Saturday, 31 March 2012

Pembangkang bangkit Isu wakil Sabah dalam MPOB

Larry Ralon

KOTA KINABALU: Soal perwakilan Sabah dalam Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ditimbulkan seorang ahli pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri di sini Selasa, yang bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri akan meminta pertambahan oleh kerana Sabah adalah pengeluar terbesar minyak sawit di negara ini.

Adun Luyang Lemanie Chia, dari Parti Maju Sabah (SAPP) menimbulkan perkara itu dalam soalan tambahannya kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan semasa sesi soal jawab di sini Selasa.

Tan dalam jawapannya berkata, bukan jumlah orang Sabah dalam MPOB yang penting tetapi sama ada ia boleh menyumbang terhadap pembangunan perindustrian ataupun tidak.

"Saya tidak tahu berapa ramai pegawai dalam MPOB tetapi terdapat mereka dari Sabah. Jadi kenapa? Apa yang penting adalah sama ada agensi ini boleh menyumbang terhadap industri itu atau tidak....tetapi adalah mudah bagi saya untuk meminta MPOB menambah perwakilan Sabah dalam agensi itu, itu tidak jadi masalah," katanya.

Terdahulu beliau menuduh Chia mempunyai perasaan sensitif terhadap agensi-agensi kerajaan Persekutuan, yang dijawab oleh Chia bahawa Tan cuba mempolitikkan perkara itu.
 
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berdiri dan memberitahu Chia yang tidak ada sebab bagi Sabah untuk tidak mempunyai kawalan terhadap MPOB kerana ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi yang diketuai Tan Sri Bernard Dompok yang datang dari Sabah.

Chia mencelah bahawa beliau (Dompok) mungkin akan ditukar pada pusingan berikutnya.

Tan menjawab soalan daripada Chia, yang bertanya berapa banyak sumbangan yang telah dibuat oleh pengeluaran kelapa sawit negeri dan apakah sumbangannya terhadap ekonomi Negeri dan juga mengenai jumlah penduduk tempatan yang diambil bekerja dalam industri itu.

Tan berkata, industri kelapa sawit memberi sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi di Sabah dan pengeluaran minyak sawit di negeri ini mewakili 30 peratus daripada jumlah pengeluaran negara.

Nilai eksport minyak sawit Negeri jauh lebih tinggi pada kadar RM16.75 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, katanya, sambil menambah, terdapat 124 kilang minyak sawit, 11 kilang penapis minyak sawit dan 14 mesin penghancur isi rong kelapa sawit beroperasi di Sabah, selain kilang-kilang dalam industri hiliran minyak sawit.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan strategi dan program pembangunan untuk negara ini boleh dilaksanakan dengan licin dan berkesan, kerana usaha ini dijangka mampu meningkatkan pertumbuhan industri hiliran kelapa sawir di Sabah dan seterusnya membawa faedah kepada rakyat dan ekonomi negeri.

"Industri berasaskan kelapa sawit juga berpotensi besar untuk menyumbang terhadap pembangunan tenaga boleh diperbaharui negeri di mana ia dijangka mewujudkan pelaburan bernilai RM2 bilion dan boleh menjana sehingga 250megawat (MW) elektrik menjelang tahun 2020," katanya.

Tan berkata, walaupun tidak boleh dinafikan yang majoriti tenaga kerja dalam industri kelapa sawit di Sabah, terutamanya dalam sektor perladangan, terdiri daripada rakyat asing dari negara jiran Indonesia tetapi kerajaan sentiasa memberi galakan kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri.

"Kerajaan juga menggalakkan syarikat swasta yang terlibat dalam sektor ini mengambil lebih ramai penduduk tempatan kita, terutamanya bagi jawatan pengurusan seperti pengurus ladang, penolong pengurus dan penyelia," katanya, sambil menambah, begitu juga dalam industri hiliran di mana banyak pekerjaan telah diwujudkan dalam pelbagai kategori.

Beliau berkata, hingga kini, 2,200 pekerjaan telah diwujudkan secara langsung oleh industri hiliran dalam Perindustrian Berkelompok Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu.

Harian Ekspres
Khamis, 29 Mac 2012
M/s 6

6 comments:

  1. Tidak kisah sama ada kebanyakan pengawai dalam MPOB adalah rakyat Sabah ataupun tidak, yang penting MPOB ini mampu membantu membangkit Inudstri Minyak Sawit kita.

    ReplyDelete
  2. Industri Minyak Sabah telah mencapai prestasi yang amat baik di seluruh Malaysia, Sawit Sabah menyumbang 30% eksport negara sebanyak RM16.75 billion tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. jika ada anak2 Sabah yang layak, pasti ia akan menjadi pegawai dalam MPOB, yang perlu diutamakan adalah pemkembangan indistri sawit negara.

    ReplyDelete
  4. Sabah sememangnya Negeri pengeluar kelapa Sawit yang utama di Malaysia. Mengenai wakil Sabah rasanya sudah ada penduduk Sabah sendiri yang berada didalam MPOB dalam jawatan pegawai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih bagus kalau orang Sabah sendiri ada dalam jawatan tu

      Delete
  5. yang tidak ada masalah pun dia pusing 360 darjah supaya nampak bermasalah..

    ReplyDelete