Chris Maskilone
KOTA KINABALU: Tiga orang wakil rakyat pembangkang bertindak keluar dewan pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri setelah mereka gagal mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang Enakmen (Pindaan) Pemerolehan Tanah 2012.
Adun Luyang, Melanie Chia, Adun Likas, Datuk Liew Teck Chan dan Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong keluar meninggalkan Dewan selepas berlaku perdebatan hangat dengan Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun yang mendengar rang unding-undang pindaan yang dibentangkan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nasrun Datu Mansor itu.
Mositun tidak membenarkan Wong mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang terakhir pada hari itu atas alasan yang beliau sepatutnya memohon untut mengambil bahaglian sebelum keputusan untuk meluluskan rang undang-undang itu dibuat.
Rakan pembangkang dari Luyang Chia berdiri menyokong hujah Wong yang beliau telah berdiri sebelum Timbalan Speaker itu membuat keputusan itu dan beliau memberitahunya yang beliau juga mahu mengambil bahagian dalam perbahasan itu selepas giliran Wong.
Mositun mengekalkan keputusannya, menyebabkan tiga ahli itu meninggalkan dewan.
Menurut Nasrun sebelum itu, pindaan itu adalah untuk membolehkan tanah yang diperoleh kerajaan untuk tujuan awam bagi mengembalikan lanah itu kepada pemilik asalnya atau orang yang berminat daripada membiarkanya terbiar.
Ordinan Pemerolehan Tanah (Cap 69) sekarang ini tidak mempunyai peruntukan tentang langkah yang perlu diambil sekirinya projek itu (untuk tujuan awam) untuk apa tanah itu diperoleh tidak menjadi kenyataan disebabkan perubahan pada dasar, katanya.
Di bawah undang-undang itu, tanah yang diperoleh hanya boleh digunakan untuk tujuan pemerolehan seperti yang disebut dalam Warta Pengisytiharan Perolehan Tanah,” katanya.
Nasrun berkata, dengan pindaan itu ia juga akan menyelaras ordinan Negeri itu dengan Kod Tanah Kebangsaan dan Kod Tanah Sarawak, yang sudahpun mempunyai peruntukan seperti itu.
Dalam sidang media di luar Dewan, Chia dengan disertai Liew berkata, beliau bukannya mempertikaikan tentang mengembalikan tanah yang diperoleh untuk tujuan awam kepada pemilik asalnya.
"Bagaimanapun, dalam Seksyen baharu 10(2) rang undang-undang itu, disebut bahawa.... tanah dan bangunan serta struktur yang ada di situ hendaklah dikembalikan kepada pemilik atau orang yang berminat pada tanah itu, mengikut kes......
"Sekarang, siapakah "orang yang berminat pada tanah itu" ini? Bagaimana ia dipilih? Bagaimana transaksi itu ditentukan?
Kerana soalan berhubung dengan "orang yang berminat pada tanah itu" yang mungkin bukan pihak asal yang terlibat dalam pemerolehan tanah itu, bahagian tersebut tidak seharusnya dimasukkan dalam Ordinan tersebut, katanya. .
"Ini boleh membawa kepada penyalahgunaan," kata Chia.
Harian Ekspres
Khamis, 29 Mac 2012
M/s 1-2
No comments:
Post a Comment