Saturday, 31 March 2012

SAPP persoal peningkatan drastik kos jana eletrik

Oleh VITALIS G. BINGKASAN
 
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Inanam meragui kemampuan dan integriti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menangani peningkatan drastik kos penjanaan elektrik dua tahun beruturt-turut di negeri ini.

Pengerusi biro ekonominya, Chong Tet Loi berkata perkembangan itu dibimbangi akan dijadikan alasan oleh SESB untuk menaikkan lagi tarif elektrik di negeri ini.

Bercakap dalam satu sidang media di Inanam kelmarin, beliau berkata kajian berdasarkan laporan tahunan SESB bagi tempoh 2007-2011 menunjukkan perkembangan baik pada tahun 2007-2009.

"Kos penjanaan seunit selepas subsidi kerajaan berkurang dari 16.9 sen kepada 16.3 sen pada 2008 dan turun lagi kepada 15.9 sen pada 2009.

"Bagaimanapun, pada 2010 berlaku peningkatan drastik kepada 24.7 sen seunit iaitu meningkat 55 peratus dan ia terus naik kepada 25.0 sen pada 2011," katanya.

Menurut Tet Loi, apa yang berlaku pada 2010 itu menimbulkan persoalan kerana SESB mencatat keuntungan RM125 juta selepas cukai pada 2006 dan menunjukkan rekod baik pada tiga tahun berikutnya.
 
"Perkara ini berlaku disebabkan kelemahan SESB dan pemegang saham utamanya, TNB (Tenaga Nasional Berhad).

"TNB sepatutnya menjadi penyelamat SESB tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Prestasi SESB di bawah tahap yang diharapkan dan lebih teruk berbanding ketika ianya di bawah Lembaga Letrik Sabah,” katanya.

Tet Loi berkata, SAPP juga mahu SESB mendedahkan identiti syarikat dan keterangan persetujuan yang dimeterai berhubung pengendalian 'genset kanopi' atau 'genset bergerak'. 

Beliau berkata, kewujudan genset kanopi dan genset bergerak mempunyai keupayaan menjana sebanyak 80mw iaitu 10 peratus dari 800mw yang diperlukan negeri ini tetapi difahamkan bahawa kos menggunakan genset berkenaan terlalu tinggi dan menjadi penyumbang kepada kenaikan kos penjanaan seunit.

Katanya, ia menggambarkan persetujuan antara syarikat terbabit dan SESB itu bukan sahaja merugikan wang kerajaan negeri tetapi juga akan menyebabkan tarif elektrik dinaikkan lagi pada masa depan.

"Kenaikan tarif mengundang masalah dan menjejaskan lagi industri negeri ini," katanya.

Utusan Borneo
Rabu, 28 Mac 2012
M/s B12

6 comments:

  1. Semoga SESB mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka kepada para pengguna elektrik pada masa depan.

    ReplyDelete
  2. Sabah bakal menggunakan penjana kuasa Geothermal yang dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2014. Ini juga salah satu usaha untuk memberikan perkhidmatan elektrik dengan lebih berkesan dan mesra alam.

    ReplyDelete
  3. peningkatan kos eletrik kenalah selaras dan kualiti perkhidmatan.

    ReplyDelete
  4. SESB mempunyai sebab kenapa perkara ini berlaku. Maka SESB perlu menjelaskan bagi menjawab persoalan yang timbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap sesb tampil memberi penjelesan

      Delete
  5. macam mana jika SAPP setuju sahaja dengan projek arang batu atau pembinaan empangan untuk projek hidroelektrik??

    ReplyDelete