Saturday 31 March 2012

SAPP akan tanding banyak kerusi DUN

LABUAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu akan bertanding dalam jumlah kerusi yang besar bagi Dewan Undangan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, parti itu juga telah membuat siri perbincangan dengan parti dari pihak pembangkang untuk menghadapi parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Untuk kerusi parlimen, kami tidak akan bertanding dalam jumlah yang besar atas kesepakatan dengan parti lawan BN yang lain. Kami mahu satu lawan satu dengan parti komponen BN" katanya pada sidang media di sini, Isnin lalu.

Apabila ditanya sama ada parti itu berminat untuk meletakkan calon di sini, Yong berkata setakat ini SAPP belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

"Walau bagaimanapun, objektif kami di sini ialah untuk mengalahkan pihak BN dan kami akan menyokong parti lawan BN di sini dalam PRU akan datang," katanya.

Menyentuh isu cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan antara pulau ini dan Menumbok yang telah dibatalkan sebelum ini, Yong berkata pembatalan projek berkenaan satu tindakan yang mengecewakan penduduk Labuan.

Tambahnya, kewujudan jambatan itu akan meningkatkan lagi tahap sosio ekonomi antara penduduk di sini dan di sekitar kawasan Klias, Beaufort.

Yong berkata, kajian yang telah dilakukan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke atas pembinaan jambatan berkenaan menelan belanja sebanyak RM5 juta, namun wang itu terbazir begitu sahaja setelah projek dibatalkan.

Mengenai kerusi Parlimen Sepanggar yang kini menjadi 'kerusi panas' bagi parti komponen BN yang masing-masing mahu diberi peluang untuk bertanding menentang SAPP, Yong berkata SAPP akan berusaha mempertahankan kerusi itu.

"Kami yakin terhadap sokongan pengundi di kawasan Sepanggar dan kami percaya mampu mempertahankan kerusi itu," katanya.

Utusan Borneo
Khamis, 29 Mac 2012
M/s B7

10 comments:

  1. Its up to SAPP to do what they wish during the next GE, as long as they pay up the deposit upfront.

    ReplyDelete
  2. The way the Opposition are splitting up might affect their chances in the next general elections. I think this cooperation between the opposition will not work out in the end.

    ReplyDelete
  3. SAPP nampaknya makin tamak..

    ReplyDelete
  4. bagaimana dengan Star dan PR? SPF? adakah mereka rela dibelakangkan oleh SAPP yang terlalu mengejar cita2 politik YTL?

    ReplyDelete
  5. rasanya tidak akan tercapai kata sepakat di antara pembangkang di sabah berhubung dengan pengagihan kerusi dan formula 1 lawan 1...undi pembangkang akan pecah disebabkan akan ada pertandingan lebih dari 2 penjuru...BN sabah akan menang..

    ReplyDelete
  6. SAPP nak bertanding byk kerusi, dgn ini pasti sukar ia nak bekerjsama dgn parti2 lain.

    ReplyDelete
  7. SAPP bertanding saja byk kerusi, ia akan beri peluang kepada BN.

    ReplyDelete
  8. Terpulang kepada SAPP untuk bertanding di kerusi mana pun. Rasanya SAPP tidak sehebat mana pun untuk bertanding. Masih banyak parti yang lebih baik daripada SAPP.

    ReplyDelete
  9. tanding saja la banyak2 kerusi.. mana tau ada 2 atau 3 kerusi sangkut..

    ReplyDelete
  10. mudah2an ada la SAPP menang kalau tidak memalukan saja

    ReplyDelete