Saturday 31 March 2012

Projek RM4.6b sepatutnya sedia lebih 400 pekerjaan

SEMUA perkara baik disebut mengenai projek loji Samur (Sabah Ammonia Urea) bernilai RM4.6 bilion di Sipitang, upacara pecah tanah telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri pada bulan lepas (13/0212012).

Projek itu dikatakan memberi manfaat kepada penduduk Sipitang dan setelah beroperasi sepenuhnya ia dijangka bakal menyediakan 400 peluang pekerjaan.

Ia dapat mewujudkan impak ekonomi kepada Sipitang sama ada pertanian, hotel dan katering, penyelenggaraan loji dan pengangkutan, sekaligus menyediakan pekerjaan, kepada masyarakat Sipitang, menurut pengurus besar Pejabat Wilayah Petronas,' Labuan, Joseph Podtung.

Podtung tidak menerangkan bagaimana dan sejauh mana aktiviti itu akan memberi kesan kepada pertanian, pengangkutan dan seumpamanya.

Persoalannya, kenapa projek bermagnitud sedemikian (RM4.6 billion) hanya mampu menyedi- akan 400 pekerjaan.

Saya hanya dapat membayangkan ia adalah projek yang khusus dan oleh itu memerlukan pekerja yang mahir. Jika begitu, masyarakat Sipitang bukanlah penerima manfaat yang utama.
 
Seterusnya berapa banyak pengaruh YB kita dalam memastikan masyarakat Sipitang disesuaikan dalam projek ini. Saya amat yakin jika projek ini beroperasi sepenuhnya, mereka tidak akan dapat mendekati premis ini.

Kami belum lagi mendapat maklumat tentang baja ammonia dari sebelah pihak sekiranya ada. 

Setakat ini kita hanya ketahui berdasarkan maklumat dengan membaca daripada negara lain yang mempunyai pengalaman dengan penghasilan baja ammonia, gas tidak berwarna dengan bau yang tajam, boleh membahayakan kesihatan.

Ini boleh menjadi isu di masa hadapan dan patut diberi penjelasan lebih awal kepada masyarakat.

Amde Sidek
Harian Ekspres
Sabtu, 30 Mac 2012
M/s 3

4 comments:

  1. Anonymous II ver 2.02 April 2012 at 09:29

    The Kimanis Petroleum Training Centre, operated by Petronas, here will offer career opportunities for Sabahans in the state''s oil and gas sector.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous II ver 2.02 April 2012 at 09:29

      Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said the training centre can cater for 50 trainees at any one time and that the involvement of Sabahans were crucial in developing the oil and gas sector, especially the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) in Kimanis which would be fully operational in 2013.

      Delete
    2. Anonymous II ver 2.02 April 2012 at 09:30

      "Rapid development of Sabah''s oil and gas sector can only be ensured if it is supported by skilled and knowledge workforce.

      Delete
    3. Anonymous II ver 2.02 April 2012 at 09:31

      "As such, training programmes conducted at the centre would serve to meet the human capital requirements of this industry," he said when officiating the training centre''s temporary campus here today.

      Delete