SEMUA perkara baik disebut mengenai projek loji Samur (Sabah Ammonia Urea) bernilai RM4.6 bilion di Sipitang, upacara pecah tanah telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri pada bulan lepas (13/0212012).
Projek itu dikatakan memberi manfaat kepada penduduk Sipitang dan setelah beroperasi sepenuhnya ia dijangka bakal menyediakan 400 peluang pekerjaan.
Ia dapat mewujudkan impak ekonomi kepada Sipitang sama ada pertanian, hotel dan katering, penyelenggaraan loji dan pengangkutan, sekaligus menyediakan pekerjaan, kepada masyarakat Sipitang, menurut pengurus besar Pejabat Wilayah Petronas,' Labuan, Joseph Podtung.
Podtung tidak menerangkan bagaimana dan sejauh mana aktiviti itu akan memberi kesan kepada pertanian, pengangkutan dan seumpamanya.
Persoalannya, kenapa projek bermagnitud sedemikian (RM4.6 billion) hanya mampu menyedi- akan 400 pekerjaan.
Saya hanya dapat membayangkan ia adalah projek yang khusus dan oleh itu memerlukan pekerja yang mahir. Jika begitu, masyarakat Sipitang bukanlah penerima manfaat yang utama.