Saturday 31 March 2012

SAPP sedia bantu calon pembangkang di Labuan, kata Yong

LABUAN: Parti Maju Sabah (SAPP) bersedia membantu mana-mana calon pembangkang termasuk calon Bebas yang akan bertanding di Labuan dalam PRU-13.

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee, berkata walaupun sehingga kini partinya belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding di Labuan, namun apa yang pasti SAPP Labuan sudah diminta bersiap - sedia untuk membantu mana-mana calon parti pembangkang atau calon Bebas yang akan bertanding pada PRU- 13.

"Kita tidak menaruh harapan yang agak besar untuk bertanding di Labuan, tetapi objektif utama SAPP ialah mahu menumbangkan calon Umno ataupun BN di Labuan ... dan kita akan sedia memberikan sokongan kepada calon pembangkang atau Bebas yang kita rasakan calon itu boleh mengalahkan BN," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena lawatan beliau ke Labuan pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi SAPP Labuan, Ronny Tan; Ketua Pemuda SAPP, Edward Dagul; pemimpin aktivis Harris Ibrahim serta ahli jawatankuasa (AJK) SAPP Bahagian Labuan.

Katanya, SAPP telah mengenal pasti beberapa isu yang akan diketengahkan dalam kempen mereka menjelang PRU-13, antaranya kegagalan pemimpin BN Labuan menyuarakan kehendak rakyat tempatan mengenai jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Menumbok di tanah besar Sabah, kenaikkan harga barang yang lagal ditangani oleh pemimpin BN di peringkat negeri dan pusat.
 
Selain itu katanya, Kerajaan Persekutuan juga gagal menyelesaikan beberapa projek terbengkalai seperti sekolah, pasar dan juga terminal bas yang sepatutnya tidak berlaku kerana ia di bawah pentadbiran dan pengurusan secara terus oleh Kerajaan Persekutuan.

Menjawab mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi di Sabah, beliau menjelaskan kawasan Perlimen merupakan salah satu kawasan utama yang akan di tandingi termasuk di kawasan di Sepanggar yang akan ditandingi oleh beliau untuk menentang calon BN.

Untuk rekod SAPP Labuan telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan keahlian sehingga kini mencecah 1,000 orang yang 100 peratus merupakan warga tempatan. Dalam pilihan raya umum lalu, SAPP yang ketika itu masih lagi di bawah BN telah berjaya membantu calon BN Labuan untuk memenangi pilihan raya umum masing-masing pada tahun 1998, 2004 (Datuk Suhaili Abdul Rahman) dan PRU ke 12- (Datuk Yussof Mahal). 

OLEH JAINUDIN DJIMIN
New Sabah Times
Khamis, 29 Mac 2012
M/s 8

6 comments:

  1. SAPP perlulah mengotai janji mereka untuk tidak bertanding di Labuan tetapi memberi sokongan kepada parti pembangkang yang lain. Jangan cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP kan tamak, tidak mustahil juga jika ia ikut bertanding di Labuan.

      Delete
  2. Rakyat pasti akan membuat pilihan yang terbaik bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat pilihan yang terbaik dengan meneliti rekod2 yang ada.

      Delete
  3. Bukan bantu tapi sebenarnya SAPP tidak mampu untuk bertanding dan menang maka sebab itu cuba untuk membantu orang kerana sudah sedar akan kelemahan sendiri.

    ReplyDelete
  4. betul tu albet.. kalau sapp bertanding pun belum tentu boleh menang.. jadi terpaksa mereka ambil tugas membantu supaya jika parti itu menang boleh juga dapat populariti dengan membuat kenyataan di media kononnya sapp berjaya membantu parti itu memperolehi kemenangan..

    ReplyDelete