LABUAN: Parti Maju Sabah (SAPP) bersedia membantu mana-mana calon pembangkang termasuk calon Bebas yang akan bertanding di Labuan dalam PRU-13.
Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee, berkata walaupun sehingga kini partinya belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding di Labuan, namun apa yang pasti SAPP Labuan sudah diminta bersiap - sedia untuk membantu mana-mana calon parti pembangkang atau calon Bebas yang akan bertanding pada PRU- 13.
"Kita tidak menaruh harapan yang agak besar untuk bertanding di Labuan, tetapi objektif utama SAPP ialah mahu menumbangkan calon Umno ataupun BN di Labuan ... dan kita akan sedia memberikan sokongan kepada calon pembangkang atau Bebas yang kita rasakan calon itu boleh mengalahkan BN," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena lawatan beliau ke Labuan pada Isnin.
Hadir sama, Pengerusi SAPP Labuan, Ronny Tan; Ketua Pemuda SAPP, Edward Dagul; pemimpin aktivis Harris Ibrahim serta ahli jawatankuasa (AJK) SAPP Bahagian Labuan.
Katanya, SAPP telah mengenal pasti beberapa isu yang akan diketengahkan dalam kempen mereka menjelang PRU-13, antaranya kegagalan pemimpin BN Labuan menyuarakan kehendak rakyat tempatan mengenai jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Menumbok di tanah besar Sabah, kenaikkan harga barang yang lagal ditangani oleh pemimpin BN di peringkat negeri dan pusat.