TAWAU: MP Tawau Datuk Chua Soon Bui mahu Upko mendedahkan terma rujukan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin memandangkan parti itu berkata RCI telahpun berada dalam genggaman.
Beliau berkata, tidak ada sebab untuk berlengah-lengah dalam membuat pengumuman mengenai RCI.
"Rakyat berhak untuk mengetahui sama ada pertimbangan Perdana Menteri itu adalah untuk kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.
"Sudah menjadi fakta yang pendatang tanpa izin menjadi penyumbang utama kepada peningkatan melambung jumlah penduduk di Sabah, dakwaan penipuan dalam pemberian warganegara untuk undi serta kesan sosial, kesihatan dan keselamatan di negeri ini telah merosot disebabkan pendatang tanpa izin," tegas beliau.
Chua berkata, semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah perkara itu dikatakan dalam pertimbangan walaupun presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok dan timbalan presiden PBS, Datuk Maximus Ongkili telah membayangkan secara positif bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan perkara itu, semasa lawatan tersebut.
"Komponen-komponen Barisan Nasional di Sabah, terutamanya PBS dan Upko tentunya merasakan tamparan kerana Perdana menteri akan mengumumkan perkara itu pada waktu yang sesuai.
“Dan Setiausaha Agung Upko, Datuk Wilfred Tangau berkata, RCI sudah ada dalam genggaman dan terma rujukannya akan dimuktamadkan."
Beliau berharap kerajaan akan objektif dalam penubuhan RCI itu untuk menangani 899,000 pendatang tanpa izin dalam 3.2 juta penduduk Sabah.
"Memandangkan perdana Menteri berhasrat untuk menyelesaikan sebahagian daripada pembaharuannya sebelum pilihan raya umum ke-13, maka beliau haruslah memberi sebab kenapa RCI itu belum ditubuhkan kecuali kedaulatan negeri dan kepentingan rakyatnya menjadi keutamaan sekunder," tambahnya.
Harian Ekspres
Ahad, 11 Mac 2012
M/s 3
Pedana Menteri mengatakan terma rujukan untuk RCI masih dalam pertimbangan, macam mana pula UPKO boleh tahu sedangkan PM belum mengumumkannya lagi.
ReplyDeletePM dah setuju dgn penubuhan RCI dan ia akan diumumkan setelah terma rujukan selesai, kita tunggu ja.
DeleteChua Sui Boon patut tanya Perdana Menteri, keputusan untuk melaksanakan RCI di Sabah terletak dalam tangan PM.
ReplyDeletepenubuhan RCI amat dinantikan oleh seluruh rakyat Sabah. ia perlu bagi selesaikan masalah PATI dan pemlikan mykad oleh PATI ynag semakin menular di Sabah.
ReplyDeletethe government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority
ReplyDeletethe government must do what MUST be done immediately and not jeopardising the safety of Sabah people any further
ReplyDeleteall Sabahans must stand united and do not let the PATI to intimidate our people anymore!
ReplyDeleteeach year the problem of illegal immigrants are becoming more common ... hope the federal government really give serious attention to the problem faced by Sabah
ReplyDeletehopefully this fight will be continued by Sabah leaders regardless of the government or the opposition even after the PRU-13 ended
ReplyDeleteApa lagi yang mahu dibisingkan mengenai perkara ini. Setahu saya perkara ini hanya menunggu kelulusan seterusnya dari Kerajaan Pusat.
ReplyDeletePm pasti akan mengumumkan RCI tidak lama lagi.
DeleteTidak perlu risau mengenai RCI lagi. Kita sudah sedia maklum kerajaan persekutuan telah menerima cadangan ini dan meluluskannya.
ReplyDeleteMari kita semua terus berjuang untuk Penduduk Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sabah mengenai RCI untuk Sabah.
ReplyDeleteUPKO tidak ada apa yang boleh ditanyakan. Kerana UPKO hanya mencadangkan dan Kerajaan Pusat yang memainkan peranan untuk meluluskan RCI ini.
ReplyDeleteRCI untuk Sabah..Mari kita sama-sama menantikan saat yang gembira ini pengumuman dari PM sendiri untuk penubuhan RCI untuk Sabah.
ReplyDeletePenubuhan RCI amat di harapkan oleh penduduk sabah.harap janji yang di beri dapat di tunaikan.
ReplyDeletetidak perlu berlengah2 dan tidak perlu juga tergesa2 atau terburu2.. takut nanti yang dikejar tak dapat yang digendong pula berciciran..
ReplyDeletesaya juga mahu tanya kepada Datuk Chua, kenapa ketika YTL jadi KM Sabah tidak ada usaha beliau atau pemimpin2 SAPP yang lain terhadap penubuhan RCI??
ReplyDeleteIt doesn't need a genius to answer Chua's request. Once the term of reference is done, then they will reveal it. Are you desperate enough to be a "hero"?
ReplyDelete