Saturday, 10 March 2012

MP dakwa nama pengundi Cina di Tawau hilang dari senarai

Lagatah Toyos

TAWAU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberi penjelasan berhubung kehilangan nama-nama pengundi berbangsa Cina dalam senarai mengundi di kawasan Parlimen Tawau.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui mendakwa, pihaknya menerima banyak aduan tentang isu terbabit yang dihadapi kebanyakan pengundi Cina yang agak berumur seperti 50-60 tahun ke atas.


“Kami telah memeriksa nama mereka di dalam senarai daftar pengundi, termasuk melalui komputer tetapi ‘nama telah hilang’… tetapi yang menghairankan mereka sebelum ini telahpun mengundi pada pilihan raya lepas.

“Kami ingin tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana mereka terpaksa memohon semula untuk menjadi pengundi bagi membolehkan mereka memilih,” katanya lagi.

Beliau turut meminta mereka yang mengalami masalah hilang nama agar melaporkan masalah ini kepada SPR agar tindakan perlu dan wajar dapat diambil.

Dalam perkembangan lain, Chua menyatakan bahawa sehingga September 2011, seramai 201,359 pengundi Cina di Sabah yang berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi.

Daripada jumlah itu. Sebanyak 156,724 orang telah mendaftar sebagai pemilih, manakala 44,635 lagi belum mendaftar.

Di seluruh negara, seramai 4,891,305 pengundi Cina yang berumur 21 tahun keatas dan layak mengundi. Kira-kira 3,788,964 telah mendaftar manakala 110,230,4 lagi belum mendaftar sebagai pemilih dengan SPR.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua masyarakat cina di Sabah agar segera mendaftar nama sebagai pemilih dan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Tambahan pula, katanya, akses untuk mendaftar dengan SPR amatlah mudah pada masa kini kerana pejabat-pejabat parti, termasuk SAPP sendiri ada menawarkan perkhidmatan terbabit.

Dalam pada itu, Chua turut meminta SPR supaya mendedahkan pecahan jumlah pengundi di kalangan masyarakat Bumiputera dan Natif kerana percaya kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dengan akses pendaftaran pemilih.

Harian Ekspres
Sabtu, 10 Mac 2012
M/s 2

21 comments:

  1. Election is just around the corner. The people demand a clean and fair election. SPR ought to make sure that the election is fair and clean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, hanya dengan p/raya yang telus dan bersih sajalah baru kita tahu siapa sebenarnya yang betul2 jadi pilihan rakyat:)

      Delete
    2. memang menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan pilihanraya berjalan dengan adil.

      Delete
  2. SPR must provide the people an explanation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya penjelasan diberikan mengenai isu ini..

      Delete
  3. Diharapkan penyiasatan dan penjelasan yang lanjut mengenai kehilangan nama pada senarai pengundi itu akan diberikan oleh SPR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal ini memang patut diperjelaskan bagi mengelakkan orang ramai membuat kesimpulan sendiri.

      Delete
    2. penjelasan lanjut perlu bagi membolehkan kita tahu apa yang sebenarnya berlaku.

      Delete
  4. Pastikan senarai nama adalah tepat dan bersih sebelum pilihanraya diadakan selepas ini. Kita mahu melihat PRU-13 yang lebih adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lagi ada kesilapan kerana ia hanya akan menimbulkan salah faham dikemudian hari.

      Delete
    2. sebarang isu yang berlaku haruslah diselesaikan dengan segera..

      Delete
  5. Kenapalah hal sebegini boleh berlaku. huhu. Harap2 ia dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya.. Mungkin SPR ada penjelasan sendiri mengenai perkara ini.

      Delete
  6. SPR perlu siasat dan perjelaskan hal ini. semak semula daftar pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal ini pasti mencemarkan nama SPR jadi selesaikan hal ini segera.

      Delete
  7. Benarkah hilang atau tidak sengaja terhilang senarai tersebut.

    ReplyDelete
  8. SPR perlu memastikan kecuaian sebegini dapat dielakkan. Kita tidak mahu ada pihak yang berfikiran yang bukan-bukan dengan kebolehan SPR.

    ReplyDelete
  9. Benar..Kesilapan sebegini tidak patut berlaku. Namun cari jalan untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  10. pilihan raya sudah semakin hampir, pilihlah yang anda rasakan terbaik..

    ReplyDelete
  11. punca nama pengundi hilang dari senarai adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti status pemilih diragui apabila JPN mengesahkan bahawa nombor kad pengenalan pemilih berkenaan tidak ada dalam pangkalan datanya, nombor kad pengenalan pemilih kepunyaan orang lain dan pemilih yang memegang nombor kad pengenalan telah disahkan sebagai telah meninggal dunia..

    ReplyDelete
  12. sebelum Datuk Chua meragui ketelusan pihak SPR, kenapa tidak selidik dahulu latar belakang semua pengundi yang mana nama mereka hilang dari senarai?? bukankah pemimpin2 pembangkang juga yang minta supaya SPR melakukan pembersihan dalam daftar pemilih??

    ReplyDelete