KOTA KINABALU: Penduduk tempatan Sabah kecewa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat sebarang pengumuman mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.
Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun berkata, tidak ada pengumuman RCI itu jelas bermakna kerajaan Persekutuan tidak ambil berat tentang apa yang berlaku di Sabah.
"Najib dijangka membuat pengumuman tentang RCI itu semasa lawatan dua harinya ke sini tetapi beliau tidak berbuat demikian. Apa yang menghairankan, kenapa para pemimpin Persekutuan agak keberatan? Mungkin ada sesuatu yang mereka mahu sorok bawah tikar.
"Menurut Menteri perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Kabinet Persekutuan telah buat keputusan mengenai RCI dan Kabinet Persekutuan telah memberi mandat kepada Najib untuk mengumumkan keputusan itu, tetapi apa yang berlaku adalah tidak ada pengumuman dibuat.
"Penduduk Sabah kecewa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, ketiadaan pengumuman itu merupakan satu tamparan keras ke muka parti-parti komponen barisan nasional (BN) Sabah seperti PBS dan Upko yang telah beria-ia memberitahu rakyat bahawa Najib akan membuat pengumuman itu semasa melawat negeri ini.
Majimbun berkata, maka sekarang ini, rakyat Sabah mahu Kerajaan persekutuan membuat pendirian sama ada RCI itu akan ditubuhkan ataupun tidak.
Katanya, rakyat juga mahu tahu terma rujukan RCI sekiranya Kerajaan persekutuan bersetuju menubuhkannya.
Katanya, kelihatan Najib mempunyai masalah untuk mengumumkan RCI itu mungkin kerana ia boleh menjejaskan sokongan terhadap Umno.
Beliau menambah, ada kemungkinan isu RCI itu boleh membuatkan para pemimpin Umno diheret ke mahkamah undang-undang.
Menurut beliau, kemungkinan lain adalah kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tidak bersetuju dengannya kerana nama beliau terlibat dengan "Projek IC" dan itulah kenapa Najib takut untuk buat pengumuman.
Majimbun berkata, adalah jelas yang para pemimpin komponen BN memperbodohkan rakyat di negeri ini.
Harian Ekspres
Ahad, 19 Februari 2012
M/s 2
Maybe Najib is just waiting for the best time to announce this, since this RCI is very important to us, it shouldn't be rushed.
ReplyDeleteJust hope that the RCI will not be implemented after election.
DeleteJust make sure that the RCI was officially implemented before the next general election was held this year. We need to clean up the voter list.
ReplyDeletewalaupun PM tiada umumkan RCI semasa melawat Sabah, ia tak bermakna PM takkan tubuhkan RCI.
ReplyDeleteMany assumption were made after PM didn't mention anything about RCI during his visit to sabah. I wonder what is PM response to this.
DeleteRCI pasti akan ditubuhkan juga nnti apabila tiba masanya. kita nntikan sahaja.
ReplyDeleterakyat memang betul kecewa, tapi pemimpin2 politik pembangkang pura2 kecewa.. sebab itu mereka terus mempolitikkan kedatangan Najib sedangkan tujuan utama Najib bukan semata untuk mengumumkan RCI..
ReplyDeletepemimpin2 SAPP juga patut diheret sama memandangkan mereka juga pernah berada dalam kerajaan selepas projek IC itu berlaku dalam tahun 1990 dan 1991..
ReplyDeleteRakyat Sabah tidak kecewa sebenarnya. Namun yang kecewa disini adalah parti pembangkang di Sabah. Kerana mereka yang seperti cacing kepanasan bila RCI tidak diumumkan.
ReplyDeleteActually mereka lebih suka sebab ada modal untuk mahu hentam kerajaan.
DeleteBetul tu oollin..SAPP yang kecewa sebenarnya ini. Bukannya penduduk Sabah. Yang kita tahu penduduk Sabah akan sentiasa menunggu keputusan dari kerajaan untuk kebaikkan semua.
ReplyDelete