Friday, 9 December 2011

KPT digesa pantau lesen operasi IPTS di Sabah

Lagatah Toyos

TAWAU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPI) digesa memantau ketat lesen operasi semua institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri ini, khususnya yang berkaitan kursus kejururawatan.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui berkata, pemantauan itu amat penting bagi memastikan tahap kualiti para pelajarnya mampu berdaya saing di pasaran kerja.

Katanya, ramai penuntut Kolej Universiti MAHSA (Cawangan Sabah) dan Master Skill misalnya, datang dari luar bandar dan terpaksa meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai pengajian tetapi akhirnya 'balik kampung' kerana gagal mendapat kerja apabila kualiti mereka tidak menepati piawaian.

"Kita mahu semua graduan dari Sabah mendapat pekerjaan tapi jumlah anak muda tidak bekerja di negeri ini adalah tinggi... jadi siapa yang akan bayar hutang PTPTN mereka sedangkan ibu bapa juga tidak mampu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Chua berkata, KPT telah gagal memantau IPTS di negara ini apabila 86 daripadanya didapati melanggar pelbagai peruntukan Akta 555 IPTS dan telahpun diambil tindakan sejak 2007 - 2011, melibatkan kompaun berjumlah RM1.751 juta serta memperolehi RM200, 000 menerusi pendakwaan.

Tegasnya, angka itu amat tinggi dan melibatkan ribuan pelajar di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa bahawa Kolej Universiti MAHSA di Kota Kinabalu yang memulakan operasi tahun ini, tidak memiliki Sijil Menduduki (OC) yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan juga tidak berdaftar dengan dewan itu.

Katanya, walaupun KPT telah mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun RM25,000 ke atas kolej tersebut tetapi ibu bapa para pelajar masih tidak berpuas hati apabila anak-anak mereka terpaksa dipindahkan ke kolej di ibu negara untuk menyambung pengajian.

"Ibu bapa berpendapat jumlah itu tidak cukup tinggi untuk memberi pengajaran kepada kolej-kolej swasta, apatah lagi anak-anak terpaksa menyambung pengajian di ibu negara dan jauh dari keluarga," katanya.

Pemantauan terakhir KPT pada 25 Ogos 2011 di MAHSA Kota Kinabalu mendapati kolej terbabit tidak lagi beroperasi di premis berkenaan.

Harian Ekspres
Jumaat, 9 Desember 2011
M/s 3

38 comments:

  1. Institusi-institusi Pengajian Tinggi dalam negeri sememangnya patut dipantau supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi syarat.

    ReplyDelete
  2. Pastikan institusi pengjian tinggi dalam negeri dapat menghasilkan para pelajar yang berkemampuan untuk memenuhi keperluan dalam sektor-sektor yang tertentu.

    ReplyDelete
  3. Masalah lambakan jururawat telah menjadi isu yang bermasalah di Sabah, memang tindakan yang tepat jika dipantau dengan ketat.

    ReplyDelete
  4. Sekarang jururawat pula yang susah cari pekerjaan.

    ReplyDelete
  5. IPTS mmg perlu dipantau, pengambilan dilakukan secara besar-besaran dan akhirnya ia menyebabkan berlaku lebihan pelajar.

    ReplyDelete
  6. Mereka yang ingin menyambung pelajaran mereka juga harus merancang lebih awal. Jangan hanya mengambil sesuatu kursus itu kerana ia dianggap in demand sekarang.

    ReplyDelete
  7. Competition is very high out there. Make sure you are good enough to compete.

    ReplyDelete
  8. berlambak keluaran kolej kejururawatan sekarang ni. pinjaman pun 40-60 ribu. ada juga kes2 di mana pelajar berhenti sebelum tamat pengajian jadi terpaksalah pula bayar denda yang dikenakan oleh pihak kolej.

    ReplyDelete
  9. kena hati2 dan rancang dengan baik jika mahu ambil sesuatu kursus. tanya dari orang yang berpengalaman. jangan main redah saja.

    ReplyDelete
  10. ada IPTS ni yang sengaja mengaut keuntungan tanpa memikirkan masa depan pelajar.. mungkin ada baiknya jika para ibubapa atau pelajar meminta pendapat rakan2 atau sesiapa sahaja sebelum membuat keputusan untuk memilih IPT yang sesuai..

    ReplyDelete
  11. mungkin selepas ini semua IPT perlu mengemukakan kertas laporan kepada KPT tentang hala tuju pelajar2 mereka selepas menamatkan pengajian.. jika yang menganggur lebih ramai dari yang memperolehi pekerjaan, wajar disenarai hitamkan.. dengan cara ini, setiap IPTS akan bersungguh2 membantu pelajar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian..

    ReplyDelete
  12. IPTS lebih cenderung mendapat keuntungan...maka KPT memang patut memantau IPTS di sabah..

    ReplyDelete
  13. syarat dan piawaian untuk IPTS juga harus diperketatkan..pertumbuhan IPTS juga harus dikawal oleh KPT...standard dan kualiti yang digariskan oleh KPT dan MQA harus dipatuhi oleh semua IPTS..

    ReplyDelete
  14. mungkin perlu ada feedback dari bekas pelajar IPTS di seluruh negara khasnya di sabah..jika feedback yang diterima itu, negatif maka adalah wajar IPTS yang terlibat disenaraihitam dan ditutup..

    ReplyDelete
  15. bakal pelajar juga seharusnya menyiasat terlebih dahulu latar belakang IPTS yang dipilih...ini bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar di kemudian hari..banyak lagi institut kemahiran kerajaan yang menawarkan program dan kemahiran yang diperlukan seperti IKBM..

    ReplyDelete
  16. KPT harus bertindak dengan lebih tegas kepada mana2 IPTS yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan..

    ReplyDelete
  17. PTPTN should ensure the repayment been made.

    ReplyDelete
  18. IPTS harus menjalankan tugas dengan baik untuk membantu pelajar selepas tamat pembelajarannya.

    ReplyDelete
  19. Belia sendiri juga harus berusaha untuk memilih dan menghabiskan kursus yang diambil agar berpeluang menjawat jawatan dan memperbaiki pendapatan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  20. IPTS that performing to towards the requirement should be blacklisted.

    ReplyDelete
  21. KPT telah gagal memantau IPTS di negara ini apabila 86 daripadanya didapati melanggar pelbagai peruntukan Akta 555 IPTS dan telahpun diambil tindakan sejak 2007 - 2011, melibatkan kompaun berjumlah RM1.751 juta serta memperolehi RM200, 000 menerusi pendakwaan.

    Harus juga sering memantau agar IPTS menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan berkesan.

    ReplyDelete
  22. pemantuan perlu sentisa dilakukan agar semua mematuhi peraturan.

    ReplyDelete
  23. bakal pelajar juga perlu bijak dalam membuat pilihan bakal IPT yang ingin dimasuki.

    ReplyDelete
  24. KPT juga harus memantau IPTS untuk memastikan prestasi dan tanggung jawab masing-masing dijalan dengan baik.

    ReplyDelete
  25. Jika semua pihak bekerjasama dan sanggup bertugas dengan baik, tiada masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  26. Pastikan mereka yang beroperasi berdaftar dengan pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  27. Kebanyakkan IPTS hanya mahukan keuntungan dari pelajar semata-mata. Tapi kemudahan dan sebagainya sangat kurang. Maka kita harap masalah ini dapat dielakan.

    ReplyDelete
  28. Cadangan yang baik juga.. Feedback dari pelajar itu sendiri selepas tamat pengajian. Ini akan dapat digunakan oleh KPM untuk memperbaiki IPTS tersebut.

    ReplyDelete
  29. Pastikan IPTS yang berdaftar mengikuti akta undang-undang yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  30. A lot of complaints have been made lately.

    ReplyDelete
  31. IPTS2 ini patut di pantau bagi memastikan mereka mengikutundang2 yg diberi..

    ReplyDelete
  32. Pastikan mereka ini betul2 berdaftar bagi mengelakkn masalah sijil yg tidak sah..banyak sudah kes begini berlaku..

    ReplyDelete
  33. 'Kementerian Pengajian Tinggi (KPI) digesa memantau ketat lesen operasi semua institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri ini, khususnya yang berkaitan kursus kejururawatan.'

    Memang harus selalu di pantau, bagi mengelakkn masalah yg tidak di ingini berlaku..

    ReplyDelete
  34. pelajar juga harus tau apa krusus yg betul2 mereka minat kerana ini untuk masa hadapan mereka jg..

    ReplyDelete
  35. Harap kerajaan akan mengambil perhatian penuh dalam hal ini..takut nnti banyak yg ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  36. Semakin banyak IPTS yang beroperasi secara haram.

    ReplyDelete
  37. Don't let them misuse our money.

    ReplyDelete
  38. Ambil tindakan yang sewajarnya terhadap yang melanggar perjanjian.

    ReplyDelete