Lagatah Toyos
TAWAU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPI) digesa memantau ketat lesen operasi semua institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri ini, khususnya yang berkaitan kursus kejururawatan.
Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui berkata, pemantauan itu amat penting bagi memastikan tahap kualiti para pelajarnya mampu berdaya saing di pasaran kerja.
Katanya, ramai penuntut Kolej Universiti MAHSA (Cawangan Sabah) dan Master Skill misalnya, datang dari luar bandar dan terpaksa meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai pengajian tetapi akhirnya 'balik kampung' kerana gagal mendapat kerja apabila kualiti mereka tidak menepati piawaian.
"Kita mahu semua graduan dari Sabah mendapat pekerjaan tapi jumlah anak muda tidak bekerja di negeri ini adalah tinggi... jadi siapa yang akan bayar hutang PTPTN mereka sedangkan ibu bapa juga tidak mampu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Chua berkata, KPT telah gagal memantau IPTS di negara ini apabila 86 daripadanya didapati melanggar pelbagai peruntukan Akta 555 IPTS dan telahpun diambil tindakan sejak 2007 - 2011, melibatkan kompaun berjumlah RM1.751 juta serta memperolehi RM200, 000 menerusi pendakwaan.
Tegasnya, angka itu amat tinggi dan melibatkan ribuan pelajar di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa bahawa Kolej Universiti MAHSA di Kota Kinabalu yang memulakan operasi tahun ini, tidak memiliki Sijil Menduduki (OC) yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan juga tidak berdaftar dengan dewan itu.
Katanya, walaupun KPT telah mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun RM25,000 ke atas kolej tersebut tetapi ibu bapa para pelajar masih tidak berpuas hati apabila anak-anak mereka terpaksa dipindahkan ke kolej di ibu negara untuk menyambung pengajian.
"Ibu bapa berpendapat jumlah itu tidak cukup tinggi untuk memberi pengajaran kepada kolej-kolej swasta, apatah lagi anak-anak terpaksa menyambung pengajian di ibu negara dan jauh dari keluarga," katanya.
Pemantauan terakhir KPT pada 25 Ogos 2011 di MAHSA Kota Kinabalu mendapati kolej terbabit tidak lagi beroperasi di premis berkenaan.
Harian Ekspres
Jumaat, 9 Desember 2011
M/s 3
Institusi-institusi Pengajian Tinggi dalam negeri sememangnya patut dipantau supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran memenuhi syarat.
ReplyDeletePastikan institusi pengjian tinggi dalam negeri dapat menghasilkan para pelajar yang berkemampuan untuk memenuhi keperluan dalam sektor-sektor yang tertentu.
ReplyDeleteMasalah lambakan jururawat telah menjadi isu yang bermasalah di Sabah, memang tindakan yang tepat jika dipantau dengan ketat.
ReplyDeleteSekarang jururawat pula yang susah cari pekerjaan.
ReplyDeleteIPTS mmg perlu dipantau, pengambilan dilakukan secara besar-besaran dan akhirnya ia menyebabkan berlaku lebihan pelajar.
ReplyDeleteMereka yang ingin menyambung pelajaran mereka juga harus merancang lebih awal. Jangan hanya mengambil sesuatu kursus itu kerana ia dianggap in demand sekarang.
ReplyDeleteCompetition is very high out there. Make sure you are good enough to compete.
ReplyDeleteberlambak keluaran kolej kejururawatan sekarang ni. pinjaman pun 40-60 ribu. ada juga kes2 di mana pelajar berhenti sebelum tamat pengajian jadi terpaksalah pula bayar denda yang dikenakan oleh pihak kolej.
ReplyDeletekena hati2 dan rancang dengan baik jika mahu ambil sesuatu kursus. tanya dari orang yang berpengalaman. jangan main redah saja.
ReplyDeleteada IPTS ni yang sengaja mengaut keuntungan tanpa memikirkan masa depan pelajar.. mungkin ada baiknya jika para ibubapa atau pelajar meminta pendapat rakan2 atau sesiapa sahaja sebelum membuat keputusan untuk memilih IPT yang sesuai..
ReplyDeletemungkin selepas ini semua IPT perlu mengemukakan kertas laporan kepada KPT tentang hala tuju pelajar2 mereka selepas menamatkan pengajian.. jika yang menganggur lebih ramai dari yang memperolehi pekerjaan, wajar disenarai hitamkan.. dengan cara ini, setiap IPTS akan bersungguh2 membantu pelajar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian..
ReplyDeleteIPTS lebih cenderung mendapat keuntungan...maka KPT memang patut memantau IPTS di sabah..
ReplyDeletesyarat dan piawaian untuk IPTS juga harus diperketatkan..pertumbuhan IPTS juga harus dikawal oleh KPT...standard dan kualiti yang digariskan oleh KPT dan MQA harus dipatuhi oleh semua IPTS..
ReplyDeletemungkin perlu ada feedback dari bekas pelajar IPTS di seluruh negara khasnya di sabah..jika feedback yang diterima itu, negatif maka adalah wajar IPTS yang terlibat disenaraihitam dan ditutup..
ReplyDeletebakal pelajar juga seharusnya menyiasat terlebih dahulu latar belakang IPTS yang dipilih...ini bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar di kemudian hari..banyak lagi institut kemahiran kerajaan yang menawarkan program dan kemahiran yang diperlukan seperti IKBM..
ReplyDeleteKPT harus bertindak dengan lebih tegas kepada mana2 IPTS yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan..
ReplyDeletePTPTN should ensure the repayment been made.
ReplyDeleteIPTS harus menjalankan tugas dengan baik untuk membantu pelajar selepas tamat pembelajarannya.
ReplyDeleteBelia sendiri juga harus berusaha untuk memilih dan menghabiskan kursus yang diambil agar berpeluang menjawat jawatan dan memperbaiki pendapatan yang lebih baik.
ReplyDeleteIPTS that performing to towards the requirement should be blacklisted.
ReplyDeleteKPT telah gagal memantau IPTS di negara ini apabila 86 daripadanya didapati melanggar pelbagai peruntukan Akta 555 IPTS dan telahpun diambil tindakan sejak 2007 - 2011, melibatkan kompaun berjumlah RM1.751 juta serta memperolehi RM200, 000 menerusi pendakwaan.
ReplyDeleteHarus juga sering memantau agar IPTS menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan berkesan.
pemantuan perlu sentisa dilakukan agar semua mematuhi peraturan.
ReplyDeletebakal pelajar juga perlu bijak dalam membuat pilihan bakal IPT yang ingin dimasuki.
ReplyDeleteKPT juga harus memantau IPTS untuk memastikan prestasi dan tanggung jawab masing-masing dijalan dengan baik.
ReplyDeleteJika semua pihak bekerjasama dan sanggup bertugas dengan baik, tiada masalah sebenarnya.
ReplyDeletePastikan mereka yang beroperasi berdaftar dengan pihak berkuasa.
ReplyDeleteKebanyakkan IPTS hanya mahukan keuntungan dari pelajar semata-mata. Tapi kemudahan dan sebagainya sangat kurang. Maka kita harap masalah ini dapat dielakan.
ReplyDeleteCadangan yang baik juga.. Feedback dari pelajar itu sendiri selepas tamat pengajian. Ini akan dapat digunakan oleh KPM untuk memperbaiki IPTS tersebut.
ReplyDeletePastikan IPTS yang berdaftar mengikuti akta undang-undang yang telah ditetapkan.
ReplyDeleteA lot of complaints have been made lately.
ReplyDeleteIPTS2 ini patut di pantau bagi memastikan mereka mengikutundang2 yg diberi..
ReplyDeletePastikan mereka ini betul2 berdaftar bagi mengelakkn masalah sijil yg tidak sah..banyak sudah kes begini berlaku..
ReplyDelete'Kementerian Pengajian Tinggi (KPI) digesa memantau ketat lesen operasi semua institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri ini, khususnya yang berkaitan kursus kejururawatan.'
ReplyDeleteMemang harus selalu di pantau, bagi mengelakkn masalah yg tidak di ingini berlaku..
pelajar juga harus tau apa krusus yg betul2 mereka minat kerana ini untuk masa hadapan mereka jg..
ReplyDeleteHarap kerajaan akan mengambil perhatian penuh dalam hal ini..takut nnti banyak yg ambil kesempatan..
ReplyDeleteSemakin banyak IPTS yang beroperasi secara haram.
ReplyDeleteDon't let them misuse our money.
ReplyDeleteAmbil tindakan yang sewajarnya terhadap yang melanggar perjanjian.
ReplyDelete