Wednesday, 30 November 2011

Penduduk pekan melalap harap tidak dipinggir dalam bajet Sabah 2012

TENOM: Penduduk di kawasan Melalap berharap pekan kecil Melalap yang semakin sepi tidak dipinggirkan dalam bajet 2012 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.

Pekan kecil Melalap yang dahulunya menjadi tumpuan masyarakat di kawasan ini kini gah pada namanya tetapi semakin sepi dalam arus pembangunan yang di harap-harapkan oleh penduduk di sekitarnya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Suliaman Mairi berkata, pembangunan pekan kecil ini diharap-harapkan oleh penduduk di sekitarnya bagi menjana ekonomi penduduk setempat.

"Kita berharap pekan kecil yang sudah diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin politik dikawasan ini bahawa pekan kecil Melalap akan dibangun dan mendapat tempias daripada bajet 2012 dalam jumlah yang besar RM 4.08 bilion itu" kata Rudy ketika mengulas bajet 2012.

"Katanya, jika pekan kecil Melalap mendapat tempias daripada peruntukan itu sudah tentu penjenamaan semula pekan kecil yang semakin terpinggir ini dapat dilaksanakan.

"Kita bimbang pembangunan pekan kecil ini terus terpinggir kerana pada Persidangan baru-baru ini ia tidak dibangki jelas Rudy.

Rudy yang juga Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman berkata, pembangunan Pekan kecil adalah salah satu daripada beberapa projek yang telah dijanjikan oleh calon-calon dan jentera kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU 12) tahun 2008.

Tetapi katanya, ia bagaikan sandiwara politik yang mungkin gendang sama yang akan dibunyikan menjelang PRU 13 nanti, Rudy berkata, penduduk di kawasan itu amat mengharapkan BN mampu melestarikan lagi pembangunan yang mapan di setiap kawasan khususnya di kawasan DUN Melalap dengan begitu pesat sekali untuk dimanfaatkan rakyat jelata.

Katanya. isu kelewatan mendapatkan tanah untuk tapak pembangunan pekan kecil Melalap dari sebuah syarikat CLC tidak timbul kerana tapak yang sedia ada dan tanah milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) boleh dibangukan untuk permulaan

Marutin Ansiung
New Sabah Times
Isnin, 28 November 2011
M/s 9

43 comments:

  1. masa saya masih sekolah pekan melalap ada lah pekan yang paling ramai bila tamu bulanan selain di pekan Tenom,tapi sekarang ia adalah pekan yang mati,selepas datuk kadoh mencadangkan supaya tanah Golden Hope pada masa itu di ambil untuk dibuat sekolah dan pembinaan kedai tergendala akibat dari kekalahan nya maka ia di sambung oleh Datuk Rizalman,dan selepas datuk rizalman tidak dicalunkan akibat permainan tangan-tangan ghaib maka cadangan dan janji manis sering didendang kan seperti paluan gong kaum murut yang tidak ada penghujung nya maka maka jadi lah pekan kecil melalap ibarat pekan yang tidak ada nilai nya lagi.mungkin cadangan saya ini agak keterlaluan tapi salah satu cara mengaktifkan cadangan ini dilaksanakan adalah dengan menumbangkan BN di kawasan ini tidak kira MP atau ADUN sebab mereka ini sudah tidak mampu lagi untuk mengutarakan masaalah ini kepada pihak kerajaan,mungkin jika MP dan ADUN tumbang dikawasan ini ia membuka mata pemerintah untuk mendengar suara rakyaat....

    ReplyDelete
  2. Harap tiada kawasan yang terpinggir daripada pembagunan negeri, pastikan semua kawasan akan dibangunkan serentak supaya tiada yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  3. Harap Pekan kecil Melalap akan mendapat pembagunan yang diharapkan oleh penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  4. Harap pekan Melalap mendapat pembelaan.

    ReplyDelete
  5. Pelaksanaan bajet 2012 harap dapat dinikmati setiap pelusuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  6. bajet sabah 2012 menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan negeri sabah dan untuk kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  7. pembangunan di luar bandar sentiasa menjadi agenda utama dalam pembangunan negeri sabah..

    ReplyDelete
  8. diharapkan agar pekan kecil melalap akan dibangunkan untuk kesejahteraan penduduk di sekitarnya..

    ReplyDelete
  9. wakil rakyat di kawasan melalap juga harus bertindak proaktif agar peruntukkan pembangunan dapat disalurkan ke kawasan beliau..

    ReplyDelete
  10. kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  11. semua kawasan harus mendapat manfaat dari bajet tersebut.

    ReplyDelete
  12. Wakil rakyat memainkan peranan yang penting untuk membangunkan sesuatu kawasan itu.

    ReplyDelete
  13. Rural areas should not be left from development.

    ReplyDelete
  14. kerajaan sentiasa memperuntukkan wang untuk pembangunan untuk seluruh Sabah setiap tahun. semua ini bergantung pada pengurusan dan pelaksanaan di pihak yang sudah diberikan amanah dan tanggungjawab. kadang2 penyelewengan/ketirisan juga menyebabkan sesetengah kawasan yang sudah disasarkan tidak mencapai pembangunan seperti yang telah dirancang.

    ReplyDelete
  15. pemimpin atau wakil rakyat di kawasan Melalap memang perlu dilucutkan dari jawatannya jika tidak mampu lagi memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan.

    ReplyDelete
  16. apa sudah cerita dengan proses pemilikan tanah daripada Sime Darby yang sebelum ini menjadi penghalang kepada kerajaan untuk mentransformasi pekan melalap??

    ReplyDelete
  17. sebelum ini kerajaan ada memberikan jaminan bahawa pembinaan pekan kecil melalap akan dilasanakan pada RMK-10.. saya yakin dengan adanya jaminan itu serta desakan dari pelbagai pihak, pekan melalap tidak akan dipinggirkan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  18. Belia muda berjijrah ke bandar besar untuk mencari rezeki, tidak hairan pekan Melalap tidak berkembang.

    ReplyDelete
  19. Betul kata Lana, wakil rakyat harus mencari kaedah untuk memperkembangkan pekan tersebut agar belia juga diberi peluang mendapat pendapatan.

    ReplyDelete
  20. Bujet harus secara keseluruhan supaya kawasan luar bandar juga turut berkembang untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi.

    ReplyDelete
  21. Agree to Shinia, development plan should cover the entire Sabah inclusive rural area.

    ReplyDelete
  22. Perancangan pembangunan harus dikaji dan dirancang dengan baik agar tiada penyelewengan dan kegagalan yang mengakibatkan kerugian yang besar.

    ReplyDelete
  23. harap semua akan mendapat manfaat daripada semua perancangan pembangunan yang dirancang.

    ReplyDelete
  24. yang penting kepentingn dan keperluan rakyat sentiasa diberikan perhatian.

    ReplyDelete
  25. Agreed to Khairul, government should stablelised their project plan.

    ReplyDelete
  26. Banyak juga pekan dan kawasan perkampungan sering dipinggirkan.

    ReplyDelete
  27. Semoga bujet 2012 dilaksanakan dengan baik.

    ReplyDelete
  28. Semoha Pekan Melalap mendapat perhatian dan dimajukan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  29. Wakil rakyat harus tahu apa yang terbaik untuk kawasan pentadbiran mereka.

    ReplyDelete
  30. Itu yang kita harapkan dalam bajet 2012 ini. Semoga peruntukan itu diuruskan sebaiknya.

    ReplyDelete
  31. Berikan tumpuan kepada kawasan pendalaman mengenai bajet 2012 ini. Semestinya perancangan pembahagian telah dilakukan. Maka wakil rakyat kawasan tersebut perlu menyuarakan masalah yang dihadapi supaya kerajaan dapat mengetahuinya.

    ReplyDelete
  32. Yeah, me as well.

    ReplyDelete
  33. Bantu la rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  34. They should be protected.

    ReplyDelete
  35. Harap pekan Melalap dapan membangun seiring dengan pembangunan2 yg ada di tempat lain..

    ReplyDelete
  36. Bantulah penduduk Melalap untuk mendapat kehidupan yg lebih baik..

    ReplyDelete
  37. Harap bajet 2012 nanti akan dapat membantu penduduk luar bandar untuk menikmati kehidupan yg lebih baik seperti di bandar..

    ReplyDelete
  38. Pembangunan yg di buat haruslah dikaji bagi memastikan ia sesuai dibuat di luar bandar..jangan setakat asal ada sahaja..

    ReplyDelete
  39. Utamakan rakyat dalam bajet 2012...pasti kerajaan tidak akan meminggirkan kawasan2 luar bandar seperti pekan Melalap..

    ReplyDelete
  40. Never betray the people.

    ReplyDelete
  41. MA assured that everyone will enjoy the budget.

    ReplyDelete
  42. Those who stay in the rural area should be prioritize.

    ReplyDelete