Friday, 16 December 2011

BN tidak harus serah isu RCI kepada J/ Kuasa Pilihan Parlimen begitu sahaja

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak seharusnya menyerahkan begitu sahaja isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk bertindak, kata Parti Maju Sabah (SAPP).

Timbalan Presidennya Datuk Eric Majimbun berkata, ia memerlukan kesungguhan politik untuk menubuhkan RCI dan bukan dengan menangguhkannya atas alasan menunggu SPR untuk memberi respon.

"Kami menghargai apa yang telah dilakukan Jawatankuasa Pilihan parlimen itu tetapi isu Projek IC dan pendatang tanpa izin sudah tertangguh begitu lama untuk diselesaikan," katanya merujuk kepada kenyataan Tan Sri. Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai jawatankuasa kecil BN mengenai pendatang tanpa izin dan juga kenyataan Upko.

Majimbun, yang juga MP Sepanggar berkata, BN sebagai kerajaan pada hari ini harus mengambil tindakan segera kerana sudah ada bukti yang mencukupi untuk bertindak sekarang.

"BN nampaknya menggunakan Jawatankuasa Pilihan parlimen itu untuk menenangkan penduduk Sabah dan kita tidak tahu sama ada SPR akan mengajukan RCI itu? Itu sendiri satu lagi isu," katanya.

Harian Ekspres
Khamis, 16 Disember 2011
M/s 2

1 comment:

  1. Satu helah dan muslihat licik BN UMNO dalam menipu serta mengelirukan rakyak Asal Sabah.

    Pairin (yang satu masa dulu begitu lantang dalam bersuara) kini telah menjadi orang mabuk madat.Apa sudah jadi Gondohing?

    SPR adalah alat BN UMNO dan SPR tidak akan menipu BOSS dia Najib.Percayalah jika nanti BN UMNO hilang kuasa,ATM dan PDRM akan rampas kuasa macam di Fiji.Ingat Kolonet Rabuka? DiMalaysia siapalah jadi Kolonel Rabuka?


    Gonzales

    ReplyDelete