Thursday 20 October 2011

MAHKAMAH BERGERAK:Chua desak PM percepat proses beli bas pelbagai guna


TAWAU: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mempercepatkan proses pembelian bas pelbagai guna untuk membolehkan perkhidmatan Mahkamah Bergerak di Sabah diadakan secara menyeluruh.

Menurutnya negeri ini memerlukan sekurang-kurangnya empat buah bas lagi yang dilengkapi dengan kemudahan asas khususnya tandas untuk memastikan proses penyampaian perkhidmatan menerusi mahkamah terbabit di luar bandar berjalan lancar.

"Sekurang-kurangnya 'keadilan' boleh dibawa secara beroda (bergerak) di merata tempat di negeri ini, kerana daripada kira-kira 300 kes di Mahkamah Bergerak setakat ini, kebanyakannya tertumpu di kawasan Pantai Barat" katanya.

Beliau berkata, penyediaan perkhidrnatan bas dan kemudahan berkaitan perlu disediakan segera untuk memastikan kejayaan pelaksanaan 'keadilan beroda' itu dapat diaplikasikan di tempat-tempat lain yang memerlukan.

Mengulas lanjut, Chua menjelaskan daerah-daerah lain seperti Tawau, Sandakan, Keningau dan Tenom memerlukan kemudahan serupa kerana memiliki banyak kes mahkamah yang tertangguh akibat ketiadaan kenderaan yang sesuai.

Tambahnya, bilangan kes yang memerlukan penyelesaian pendaftaran sijil-sijil beranak dan permohonan MyKad di kawasan-kawasan luar bandar di negeri ini sahaia difahamkan berjumlah kira-kira 50,000 kes.

Utusan Borneo
Khamis, 20 Oktober 2011
M/s A4

No comments:

Post a Comment