Friday, 9 September 2011

Betulkah Tawau bebas miskin tegar ?

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tawau diisytiharkan sebagai daerah pertama di Sabah yang bebas daripada belenggu kemiskinan tegar pada 1Ogos  2010.
Akan tetapi, apa yang kami nampak berlainan dengan apa yang dinyatakan.  Semasa rombongan SAPP Tawau melawat rakan-rakan Muslimin dan Muslimat pada Perayaan Hari Raya , kami dapati masih banyak orang Tawau yang hidup miskin tegar.

Mereka mengeluh yang kehidupan mereka sangat susah sekarang disebabkan tidak ada pekerjaan , harga barang naik ,  dan bantuan kerajaan tidak sampai kepada mereka.  Mereka bertanya apakah “e-kasih” telah menjadi “pilih-kasih” ?


Peluang mencari pekerjaan di Tawau pada masa ini memang susah . Banyak orang Tawau telah berhijrah ke semenanjung ataupun Singapore untuk mencari nasib yang lebih baik. Ada yang berjaya bila berada dirantau luar tetapi banyak juga yang terkandas sehingga mereka terpaksa melakukan jenayah disana. Berita yang buruk ini dan juga keengganan mereka berpisah dari keluarga menyebabkan banyak ibu tunggal dan pemuda pemudi menganggur di Tawau.

Bukan pekerjaan kasar sahaja yang susah didapati di Tawau, banyak juga pemuda pemudi yang mempunyai diploma, ijazah tidak dapat mencari pekerjaan di Tawau. Golongan ini merasa lebih tertekan dan susah hati kerana mereka telah meminjam PTPTN yang perlu dibayar balik.

 Apakah kerajaan BN tidak berkemampuan merancang untuk memajukan negeri Sabah supaya peluang pekerjaan bertambah ? Bukankah Sabah kaya dengan sumber hasil bumi seperti minyak, gas, kelapa sawit, hasil laut, destinasi pelancungan taraf antara bangsa, lokasi yang strategic antara 2 negara yang mempunyai pasaran besar iaitu China dan Indonesia ?  Kenapa semua hasil dan kelebihan ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan supaya orang Sabah tidak akan kekurangan peluang pekerjaan ? Bukankah orang Sabah memberi mandat kepada kerajaan untuk mengurus harta Sabah dengan baik untuk memajukan kehidupan mereka ?

Kerajaan patut tumpukan tenaga dan minda pada rancangan dan pelaksanaan yang efektive bukannya sibuk dengan mengeluarkan kenyataan dan slogan yang tidak bermakna. Orang Sabah sudah bosan mendengar berita kerajaan telah membelanjakan billion –billion ringgit untuk projek itu ini, tetapi orang Sabah tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Photo ini menunjukkan orang miskin di Tawau masih tinggal dirumah setinggan  . Mereka begitu miskin sehingga tidak mampu membeli sebungkus plastik minyak masak berharga  RM3.00,  botol kecil kicap berharga RM3.00,  sebungkus kecil serbuk sabun cuci RM3.70, satu botol Chlorox Rm 2.70,  satu tin Milo RM5.00 ataupun kopi. Mereka hanya mampu membeli barangan ini yang sudah dipek lagi tanpa jenama dalam plastik kecil berharga 20 sen setiap bungkus .  Bahan keperluan seharian juga hanya dapat dibeli sehari demi sehari. Photo menunjukkan barangan  ini dalam bungkusan plastik berwarna warni dipaparkan dan digantung digerai itu. Bagi orang Bandar yang tidak pernah beli barangan begini akan menyangka bungkusan plastik tersebut mengandungi minuman bersirap.

Oleh : SAPP Tawau

2 comments:

  1. kena packing macam tu senang mau beli bah.. sebab taukeh taukeh suka kasi naik harga menyebabkan rakyat tak leh beli kalau harga pek asal.. cara beli begini jimat sikit.. SAPP kena kempen sama tu ahlinya (taukeh) kasi turun harga dulu lah.. soal kerja yang ramai pemuda pemudi tawaui ke semananjung tu sebab gaji di sana jauh lebih mahal.. SAPP kempen lah sama taukeh taukeh di tawau ni.. kasi selaras gaji dengan yang di berikan oleh taukeh di semnanjung tu.. eg Restauran .. gaji di KL RM 500 -700 dan taukeh Tawau cuma bagi 250 - 350 jak.. apa cerita ni.. kempenlah sama taukeh taukeh... bukan salah kerajaan tu..

    ReplyDelete
  2. kalau betul ada rakyat miskin tegar di tawau ni.. berikan info pada e-kasih untuk dapat bantuan..bukan posting dalam internet saja. Atau bantulah mereka. Bukankah SAPP juga punya tanggungjawab.. Selalunya yang miskin tegar ni di setinggan bandar dan dalam kawasan Parlimen Tawau.. mana sudah MP Tawau tu . bukankah dia punya tanggungjawab mempastikan miskin tegar tiada sudah di kawasannya. he he he. Penulis artikel ni macam acu senjata dan tikam diri sendiri bah... ha ha ha

    ReplyDelete