Bartholomew Chong
TAWAU: Halatuju Kerajaan Negeri akan hanya memainkan peranan kecil dalam pembangunan ekonomi memandangkan kawasan utama pertumbuhan ekonomi lain yang penting di sini terus tidak dijaga, dakwa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.
Yong berkata, antara tiga isu utama dalam Halatuju, pelancongan tidak mendatangkan kesan terhadap daerah ini kerana pelancong terus pergi ke daerah jiran Semporna sementara daerah ini tidak mempunyai apa-apa yang berfaedah untuk meyakinkan pelancong untuk kekal berada di situ.
"Kita semua tahu, pelancong datang ke lapangan terbang daerah ini dan pergi terus ke Semporna dan balik dengan cara yang sama di mana Tawau di lintasi begitu sahaja," katanya ketika melancarkan forum Pelan Ekonomi Sabah parti itu disebuah hotel di sini Sabtu lalu.
Beliau juga berkata, isu penting berikutnya adalah sektor pertanian yang berada di daerah itu sejak dua atau tiga generasi lalu sambil memberi contoh yang daerah itu aktif dalam pertanian sejak pengeluaran getah, koko dan sekarang ini kelapa sawit.
Satu lagi isu utama dalam Halatuju itu ialah sektor pengilangan.
Yong berkata, Halatuju itu tidak memberi faedah kepada daerah itu sementara isu utama yang lain seperti perdagangan tukar barang yang banyak mendatangkan hasil kepada daerah itu daripada segi ekonomi, telah diabaikan oleh pihak berkuasa.
Beliau memberi contoh, pembangunan pesat di jiran Kalimantan di sebelah Indonesia dan lokasi strategi infrastuktur daerah itu akan meningkatkan potensi daerah tersebut dan ini antara lain harus menjadi salah satu isu utama yang perlu diselesaikan bagi membolehkan daerah itu menjadi lebih maju.
Harian Ekspres
Isnin, 19 Mac 2012
M/s 7