KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mempersoalkan sebab bagi Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Angkap untuk mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek berkata Beman pernah berkata bahawa adalah lebih ideal untuk membiarkan perkara itu kepada parti politik Sabah, jika mereka boleh bergabung untuk bertanding di Sabah menentang Barisan Nasimal (BN).
“Tapi saya tidak faham,kenapa Berman mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahirn untuk mengetuainya.
"Anwar Ibrahim tidak ada kuasa untuk membuat keputusan untuk kita di Sabah. Saya berpendapat, penduduk Sabah sendiri mampu memimpin secara individu atau parti komponen jika diberi peluang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
"Untuk Berman Angkap mengatakan SAPP adalah sebuah parti politik berasaskan Cina, saya ingin syorkan agar beliau meningkatkan pengetahuannya berhubung perkembangan parti-parti politik di Sabah, khususn SAPP,” katanya.
Harian Ekspres
Selasa 26 Julai, 2011
No comments:
Post a Comment