Tuesday, 26 July 2011

Penduduk kampung lega permohonan dibenarkan

KOTA KINABALU: Mahkamah Persekutuan di sini kelmarin memberikan kebenaran kepada lima penduduk kampung untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak saman mereka berhubung dengan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) di Kinabatangan.

Hakim Tan Sri Arifin Zakaria yang duduk bersama Hakim Tan Sri Raus Sharif dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, sebulat suara membenarkan permohonan Darinsok Pangiran Apan, Kayah Unto, Wilster Lewrince, Jaafar Dorong, danJaimon Darinsok.

Tiga panel hakim berkenaan membenarkan rayuan itu berlandaskan persoalan undang-undang sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk menentukan hak-hak adat di bawah undang-undang adat atau peruntukan Perlembagaan Persekutuan Mengikut Perkara 4, 5, 8, 13,153 dan 161 A (5) dan Seksyen 14, 15, dan 41, Ordinan Tanah Sabah 1930.

Iaitu tidak termasuk bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk memutuskan tuntutan-tuntutan hak adat mengikut undang-undang adat.

Selain itu, kebenaran untuk merayu juga diberikan pada persoalan undang-undang iaitu sama ada peruntukan-peruntukan yang berkaitanOrdinan Tanah menghalang bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk memberi pengisytiharan berkenaan dengan hak-hak adat mengikut undang-undang adat.

Atau, mengikut Perlembagaan Perlindungan yang disediakan mengikut Artikel dan sama ada Penolong Pemungut Hasi Tanah (ACLR) mempunyai bidang kuasa mengikut Seksyen 14 dan 15 Ordinan Tanah Sabah untuk menentukan hak-hak adat.

Dalam keputusan sama, mahkamah juga mernbenarkan permohonan semua plaintif menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengarahkan ACLR menjalankan siasatan awam untuk menentukan tuntutan NCR mengikut Ordinan Tanah Sabah.

Keadaan di Mahkamah Persekutuan penuh sesak dihadiri lebih daripada seratus penduduk kampung apabila mahkamah menyampaikan keputusannya selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Lima plaintif yang mewakili penduduk kampung lain melibatkan Kg. Maliau, Kg. Minusoh, Kg. Liupampang, Kg. Namukon, Kg. Mananam, Kg. Napagang, dan Kg. Lanung, Kinabatangan (Daerah Tongod) telah memohon terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 9 Jun lalu, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Development Bhd dan Tanjung Bahagia Sdn Bhd, yang mengenepikan saman plaintif dengan alasan, pihak mahkamah tiada bidang kuasa mendengar tuntutan berkaitan NCR mengikut Ordinan Tanah Sabah Mahkamah Rayuan juga mengarahkan ACLR menjalankan siasatan awam dalam masa 60 hari dari tarikh penghakiman yang berkaitan dengan tuntutan plaintif.

Terdahulu, semua plantif diwakili oleh peguam bela Datuk Kong Hong Ming dan Mary Lee Chung Ching berhujah, tuntutan plaintif adalah berdasarkan undang-undang adat (NCR) yang berpandukan tujuh kriteria dan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan orang asli serta kewajipan kerajaan menjaga kebajikan anak negeri di Sabah.

Sementara peguam bela Datuk Simon Shim mewakili defendan pertama, manakala peguam bela Denis Tan mewakili defendan kedua dan ketiga serta defendan keempat dan kelima diwakili oleh Jutita Gumpil dari Pejabat Peguam Negeri.

Dalam saman yang difailkan pada 11 Oktober 2001, plaintif menamakan Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Development Bhd, Taniung Bahagia Sdn Bhd, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Negeri sebagai defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima secara berasingan.

Dalam saman itu, semua plaintif menuntut antara lain ialah pengesahan bahawa mereka layak mendapat hak mengikut NCR atas tanah berkenaan dan mengisytiharkan pengasingan, pengeluaran dan pendaftaran tanah seluas 81830 hektar atau 21,819 hektar diletakkan di dalam daerah Tongod, kepada defendan pertama.

Selain itu, mereka juga memohon pengisytiharan tindakan oleh defendan keempat dan kelima mengasingkan, mengeluarkan dan mendaftarkan tanah berkenaan adalah salah. dan bertentangan dengan Lembaga Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah mandatori menentang defendan kedua dan ketiga melakukan operasi dan membuka semua struktur, peralatan atau mesin dari tanah berkenaaa dan menuntut ganti rugi terhadap kerosakan yang berlaku.

Utusan Borneo
Selasa, 26 Julai 2011
M/s A4

No comments:

Post a Comment