Monday, 25 July 2011

Parti pembangkang bakal hadapi tamparan hebat jika tidak bersatu

KOTA KINABALU: Parti-parti pembangkang di negeri ini bakal berdepan tamparan hebat jika tidak bersatu sebaliknya bercakaran sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Angkap.

Beliau berkata, parti-parti pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 sekiranya tidak bersatu dengan membentuk satu barisan pembangkang di Sabah.

“Pembangkang di negeri ini akan menghadapi cabaran getir sekiranya tidak bersatu sebagai satu pasukan untuk bertanding satu lawan satu dengan BN,” katanya dalam sidang media sebelum Perhimpunan Agung Pertama SPF disini kelmarin.

"Semua parti pembangkang juga haruslah bersatu dan bekerjasama dengan formula parti yang berpangkalan di semenanjung Malaysia bertanding di Semenanjung sahaja manakala, parti pembangkang di Sarawak bertanding di negeri itu dan di Sabah pula hanya parti yang berpusat di sini sahaja bertanding di negeri ini.

Selain itu, parti dari Semenanjung seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas disarankan bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen manakala parti tempatan Sabah seperti SPF dan Parti Maju Sabah (SAPP) bertanding di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, semua parti pembangkang juga bertanding di Parlimen dan DUN dengan nisbah sama rata tanpa mengira latar belakang dan kemampuan dengan membentuk kerjasama di setiap kawasan yang akan ditandingi parti pembangkang.

Katanya, parti-parti pembangkang yang ada di Sabah dan yang berpusat di Semenaniung haruslah berfikiran rasional, kalau benar-benar ingin melihat Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU-13.

Katanya, antara cadangan SPF ialah tujuh pati pembangkang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) digabungkan untuk didaftarkan dengan hanya satu simbol yang digunakan pada PRU-13 .

Berman juga menyifatkan BN juga pada masa ini turut menghadapi masalah dan cabaran tetapi ianya dapat disembunyikan oleh mereka tanpa digembar-gemburkan sehingga kelihatan beberapa pemimpin dalam BN kini bergerak atas platform badan bukan kerajaan (NGO) yang juga akan menjurus kepada politik.

Bemnan berkata, SPF bersedia untuk membuka ruang untuk perbincangan secara total dan konkrit untuk mengwujudkan satu formula yang bersifat ‘menang-menang' asalkan semua parti pembangkang yang terlibat jujur dan sedia bertolak ansur.

Utusan Borneo
Isnin 25 Julai, 2011
M/s A3

No comments:

Post a Comment