Lagatah Toyos
TAWAU: Ahli parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera memperbetulkan semua isu dan permasalahan yang timbul dalam senarai pengundi di Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU - 13) berlangsung.
Tegasnya, sehingga kini isu-isu berkaitan yang disuarakannya di Dewan Rakyat masih lagi berlaku dan belum diselesaikan atau dibersihkan.
Katanya, beliau menerima aduan isu berhubung seorang guru kanan di sebuah sekolah di Tawau yang memiliki nombor dan pengenalan sama dengan seorang pengundi di Kota Belud.
"kita hendak tahu siapakah antara dua individu itu yang betul dan merupakan pemilik sah dokumen itu,” katanya yang sudah menyerahkan dokumen berkaitan individu berkenaan kepada SPR untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
“Sebelum ini, katanya, beliau sering menyuarakan isu ramai pengundi 'terlalu tua' berumur 126 tahun di Parlimen Tawau, nama pengundi hilang dari daftar pemilih walaupun pernah mengundi sebelum ini termasuk isu pusat mengundi ditukar ‘sesuka hati’ oleh SPR tanpa pengetahuan individu terlibat.

