Lagatah Toyos
TAWAU: Ahli parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera memperbetulkan semua isu dan permasalahan yang timbul dalam senarai pengundi di Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU - 13) berlangsung.
Tegasnya, sehingga kini isu-isu berkaitan yang disuarakannya di Dewan Rakyat masih lagi berlaku dan belum diselesaikan atau dibersihkan.
Katanya, beliau menerima aduan isu berhubung seorang guru kanan di sebuah sekolah di Tawau yang memiliki nombor dan pengenalan sama dengan seorang pengundi di Kota Belud.
"kita hendak tahu siapakah antara dua individu itu yang betul dan merupakan pemilik sah dokumen itu,” katanya yang sudah menyerahkan dokumen berkaitan individu berkenaan kepada SPR untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
“Sebelum ini, katanya, beliau sering menyuarakan isu ramai pengundi 'terlalu tua' berumur 126 tahun di Parlimen Tawau, nama pengundi hilang dari daftar pemilih walaupun pernah mengundi sebelum ini termasuk isu pusat mengundi ditukar ‘sesuka hati’ oleh SPR tanpa pengetahuan individu terlibat.
"Semua ini memerlukan penyelesaian... perlu dibersihkan bagi memastikan PRU akan datang bersih dan adil seperti didakwa," katanya dalam sidang media, Sabtu.
Dalam pada itu, Chua turut mempersoalkan mana satukah jumlah yang betul tentang pecahan peningkatan pengundi di negeri ini seperti rekod SPR yang dilihat bercangah.
Jelasnya, rekod itu mencatatkan seramai 807,862 pengundi di Sabah pada 2008 iaitu 794,448 (pengundi biasa) dan 13,414 (pengundi pos).
Manakala, rekod setakat 18 Febuari 2012 menunjukkan seramai 882,138 pengundi yang meliputi 867,375 (pengundi biasa) dan 14,763 (pengundi pos). Data itu menunjukkan peningkatan sebanyak 74,276 pengundi.
"Bagaimanapun, dalam rekod senarai pengundi yang diberikan Jabatan Perdana Menteri, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 125,069 setelah diberikan dua pecahan.
"sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai permasalahan berkaitan agar segera memaklumkan kepada pihaknya melalui 089-775288 atau faks (089-778287) atau sistem pesanan ringkas (SMS) ke 019-8530087.
Ia, katanya, bagi membantu beliau mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pejabat SPR demi satu tindakan penyelesaian. Bukti-bukti berkenaan akan diserahkan pada 16 April depan.
Harian Ekspres
Ahad, 8 April 2012
M/s 1
SPR meminta kerajaan melewatkan PRU-13 supaya ada masa yang mencukupi untuk membersihkan senarai nama pengundi sebelum pilihan raya diadakan.
ReplyDeleteyang membuat keputusan untuk pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan adalah PM..
DeleteDiharapkan 400,000 pengundi yang tidak layak akan dikeluarkan daripada senarai nama pengundi. Pastikan hanya mereka yang layak sahaja yang akan dibenarkan mengundi.
ReplyDeleteisu senarai daftar pemilih harus dibersihkan oleh SPR sebelum pru13 bagi membolehkan pilihanraya yang lebih bersih dan adil dilaksanakan..
ReplyDeleteDiharapkan PRU13 akan diadakan dengan adil dan bersih.
ReplyDeleteDiharapkan pengundi yang tidak layak untuk mengundi dapat di keluarkan sebelum PRU13 nanti.
ReplyDeleteSPR pasti akan menjalankan tugas mereka dengan adil dan semua masalah pengundi hantu pasti dapat di selesaikan.
ReplyDeletesenarai daftar pemilih harus dikemaskini dan dibersihkan.
ReplyDeleteSPR telah pun mencuba yang terbaik dalam hal ini. Yang kita tahu dengan bantu PSC akan memudahkan kerja SPR nanti.
ReplyDeletebetul tu,, pembangkang ni selagi tidak berjaya rampas kerajaan selagi itu mereka tidak puas hati.. cadangan PSC yang turut dianggotai oleh wakil2 pembangkang pun masih dia bangkang..
DeleteLebih baik SPR kemaskinikan nama2 daftar pemilih
ReplyDeletekalau Chua tidak puas hati, rajin2 la turun padang dan buat statistik sendiri.. jangan hanya duduk dalam ofis tunggu aduan.. itupun entah aduan yang dia terima itu tepat atau tidak..
ReplyDelete