Showing posts with label Komputer Riba 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Komputer Riba 1 Malaysia. Show all posts

Friday, 5 August 2011

Pelajar terkilan komputer 1 Malaysia alami kerosakan

BEBERAPA orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau yang menerima komputer riba 1 Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berasa terkilan kerana peralatan elektronik yang baru diterima itu telah menunjukkah beberapa kerosakan.

Tambahh mengecewakan, ketika mereka membawa komputer riba tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka dimaklumkan bahawa sebarang urusan untuk rnembaiki kerosakan pada komputer riba, tersebut bukan tanggungjawab mereka.

''Kami juga ada dimaklumkan yang kami perlu menanggung segala kos untuk membaiki komputer tersebut dengan menggunakan wang sendiri," kata pengadu.

"Penjelasan ini adalah amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan apa yang diperjelaskan kepada kami sewaktu mula-mula menerima komputer tersebut. Mereka menjelaskan bahawa komputer yang kami terima berada dalam jaminan untuk tempohsetahun yang mana segala kerosakan akan dibaiki oleh mereka ."