Friday, 5 August 2011

Pelajar terkilan komputer 1 Malaysia alami kerosakan

BEBERAPA orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau yang menerima komputer riba 1 Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berasa terkilan kerana peralatan elektronik yang baru diterima itu telah menunjukkah beberapa kerosakan.

Tambahh mengecewakan, ketika mereka membawa komputer riba tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka dimaklumkan bahawa sebarang urusan untuk rnembaiki kerosakan pada komputer riba, tersebut bukan tanggungjawab mereka.

''Kami juga ada dimaklumkan yang kami perlu menanggung segala kos untuk membaiki komputer tersebut dengan menggunakan wang sendiri," kata pengadu.

"Penjelasan ini adalah amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan apa yang diperjelaskan kepada kami sewaktu mula-mula menerima komputer tersebut. Mereka menjelaskan bahawa komputer yang kami terima berada dalam jaminan untuk tempohsetahun yang mana segala kerosakan akan dibaiki oleh mereka ."

"Oleh itu, ketika komputer yang saya terima mula menunjukkan masalah, saya merujuk masalah ini kepada seorang guru di sekolah sebelum dinasihatkan untuk berjumpa dengan pegawai yang berkaitan di Jabatan Pelajaran."

Pengadu turut menambah dimana dia  Telah ke Pejabat Pelajaran Daerah bersama beberapa lagi rakannya yang turut mengalami masalah yang sama. "setibanya di sana, kami di suruh untuk kembali ke sekolah dan tiada sebarang penyelesaian yang diberi." 

Sementara itu, jurucakap dana Jabatan Pelajaran Ranau ketika dihubungi Actionline menjelaskan bahawa mana-mana pelajar  yang menghadapi masalah berkaitan dengan kerosakan komputer riba 1 Malaysia yang diterima sepatutnya merujuk kepada pihak SKMM atau pembekal komputer tersebut.

“Mereka boleh mendapat nombor telefon pihak pembekal melalui pelekat berwarna merah yang terletak di bahagian belakang komputer itu. Selalunya sebelum mengedarkan komputer itu kepada pelajar kami pasti akan memberikan penjelasan mengenai dengan siapa yang mereka patut rujuk jika komputer terbabit menunjukkan masalah," katanya.

Jurucakap terbabit  juga menafikan yang pihak mereka tidak menjalankan tanggungjawab untuk membantu pelajar yang datang ke pejabat mereka berkaitan dengan masalah tersebut. "Kami tidak pernah menyuruh mereka membaiki komputer itu dengan wang mereka sendiri tetapi karni akan menasihatkan mereka supaya rnenghubungi SKMM atau pihak pembekal itu sendiri kerana hanya itu yang dapat karni lakukan untuk membantu mereka."

New Sabah Times
Friday, August 5, 2011
Page 16

1 comment:

  1. Saya pun pengguna komputer 1 Malaysia tersebut. Dapat melalui program Broadband telekom. Masa dapat, bateri rosak.. cepat habis. Pergi saja ke service center yg dilantik di Putatan. Alhamdulillah service baikk punya.. terus diganti tu bateri.
    Saya tgk, komputer itu walaupun rebrand sendiri... saya tidak ragui kualitinya. Mmg bagus.

    ReplyDelete