Saturday, 31 March 2012

Kelewatan JPN sedar ramai penduduk tidak miliki dokumen dipersoal

Barnard Yaang

AHLI Dewan Undangan Negeri Likas Datuk Liew Teck Chan, Isnin lalu mempersoalkan kenapa baru sekarang Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) menyedari yang masih ramai penduduk di Sabah tidak memiliki sijil kelahiran sedangkan perkara itu telah begitu lama wujud.

Membahaskan ucapan dasar kerajaan di Dewan Undangan Negeri, beliau merujuk kepada keny- ataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bahawa terdapat "40,000 rakyat Malaysia di Sabah tidak mempunyai sijil kelahiran atau bentuk dokumen pengenalan sah yang lain.

Abu Seman, katanya, berkata; di Semporna sahaja, terdapat kira-kira 4,000 orang tidak mempunyai dokumen pengenalan.

Menurut beliau, Kerajaan persekutuan sebelum ini telah diminta membantu penduduk tulen tempatan Sabah mendapatkan sijil kelahiran dan dokumen pengenalan terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman dan kawasan terpencil.

"Jadi saya berpendapat, para pegawai di JPN seharusnya menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab mengikut garis panduan dan undang-undang sedia ada apabila mengelu- arkan sijil kelahiran untuk pendaftaran lewat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, isu terbaharu berhubung pendaftaran "40,000 rakyat Malaysia" di Semporna lain pula ceritanya.

Sebenarnya, kata beliau, Abu Seman menyatakan perkhidmatan pendaftaran bergerak sedang melakukan lawatan ke beberapa buah daerah di Sabah untuk membantu mendaftar mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran.
 
Kepada perkara itu, Liew berkata, JPN Sabah seharusnya mengambil lebih ramai penduduk tempatan dari Sabah untuk bekerja dengan jabatan itu dan beri mereka kuasa untuk menyaring permohonan untuk dokumen pengenalan.

"Saya yakin dan percaya para pegawai tempatan lebih mengetahui dan mengenali siapakah pemohon itu," katanya.

Liew juga menimbulkan isu gangguan elektrik di beberapa kawasan di Sabah. Katanya, gangguan bekalan di HQE 1 baru-baru ini benar-benar membimbangkan orang ramai disebabkan bahaya dan risikonya terhadap pesakit yang menerima rawatan dan mendapatkan pemeriksaan.

Beliau berkata, keadaan itu bertambah buruk apabila generator kecemasan gagal berfungsi pada waktu kritikal itu.

Disebabkan gangguan elektrik itu, unit penjagaan rapi (ICU) hospital itu terpaksa berhenti sementara daripada memberi rawatan kepada pesakit di situ sehingga tenaga dipulihkan, katanya.

Juga dilaporkan bahawa kebanyakan darah yang disimpan di tabung darah rosak dan terpak- sa dibuang," katanya. Untuk itu, beliau berkata, sekiranya berlaku kes kecemasan pada waktu kitikal, sudah tentu ia akan mendatangkan kesan serius terhadap pesakit.

Mengenai air, Liew berkata, banyak kawasan di Sabah seperti Kudat, Beaufort, Lahad Datu, Kuala Penyu dan juga di kawasan luar bandar, antara lain, masih menghadapi masalah bekalan air.

Beliau berkata, semata-mata tidak cukup air bersih untuk dibekalkan kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan.

Ketika itu, beliau bertanya, kenapakah masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Katanya, Empangan Milau berkos RM235 juta, telah mula beroperasi Julai tahun lalu tetapi masalah bekalan air di Kudat masih juga belum selesai.

Masalahnya, katanya, disebabkan beberapa kes paip pecah. 

Harian Ekspres
Rabu, 28 Mac 2012
M/s 6

14 comments:

  1. Diharapkan masalah 40,000 rakyat yang masih belum berdaftar di bawah JPN akan disiasat secara mendalam untuk memastikan status sebenar mereka sama ada PATI ataupun Rakyat Malaysia Tulen. Buat masa ini pendaftaran perlulah diberhentikan seperti apa yang dicadangankan oleh Anifah Aman. Semoga JPN akan mempertimbangkan nasihat ini.

    ReplyDelete
  2. Jikalau JPN bertegas hendak mendaftarkan mereka yang tidak mempunyai dokumen, JPN haruslah berhati-hati untuk memastikan mereka ini adalah warga negara sebenar yang dilahirkan kepada ibu-bapa Sabahan. Mereka yang mempunyai status yang diragui perlulah disiasat secara teliti terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. JPN kena pasti mereka yang akan didaftarkan benar2 anak jati dan bukan warga asing, semoga pendaftaran berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan jangan buat kesilapan yang akan menyebabkan rakyat hilan kepercayaan terhadap NRD.

      Delete
  4. ibu bapa seharusnya ada kesedaran untuk mendafatar sijil kelahiran anak2 mereka dgn segera.

    ReplyDelete
  5. Memang kalau namanya juga jabatan kerajaan bah. Ada saja yang tidak kena dengan kerja mereka ni.

    ReplyDelete
  6. Tapi tak boleh juga salahkan NRD sepenuhnya kerana hal sebeginji perlukan kerjasama daripada semua pihak barulah semuanya OK:)

    ReplyDelete
  7. Mungkin pemantauan oleh orang atas patut sering dilakukan supaya kaitangan NRD lebih serius buat kerja.

    ReplyDelete
  8. Selain itu, semua pihak pun haruslah bagi kerjasama terutamnya ibu bapa. Jangan pura-pura lupa untuk daftar sijil lahir anak.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya tindakkan JPN ini menimbulkan banyak persoalan. Yang pasti pemimpin BN sendiri tidak menyokong akan tindakkan yang dibuat oleh JPN ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus bertindak segera untuk membersihkan nama baik jabatan

      Delete
  10. saya pun mahu tanya kepada pemimpin2 pembangkang, kenapa baru hari ini mereka sedar yang JPN melaksanakan pendaftaran bergerak?? bukankah tahun2 sebelum ini juga JPN ada melaksanakan program seperti ini?? itupun atas desakan pembangkang kononnya masih ramai penduduk luar bandar yang masih belum memperolehi kad pengenalan..

    ReplyDelete
  11. pendaftaran bergerak ini sebenarnya telahpun dilaksanakan tahun2 sebelum ini, namun disebabkan pilihanraya umum dijangka akan dilaksanakan tahun ini, secara tidak langsung semua isu2 yang disenyapkan pembangkang sebelum ini terus meletup dan diapi2kan untuk menimbulkan kemarahan rakyat..

    ReplyDelete
  12. tunggu la selepas pilihanraya, mereka akan bangkitkan isu lama kononnya kerajaan mendaftarkan PATI sedangkan penduduk kampung masih ramai belum memiliki kad pengenalan.. kemudian bila diadakan pendaftaran bergerak, mereka tuduh pula mendaftarkan PATI..

    ReplyDelete