Tuesday, 27 March 2012

Kebimbangan Anifah berasas, kata SAPP


Mail Mathew

TENOM: Kerajaan digesa melaksanakan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum masalah pendatang tanpa izin di negeri ini semakin sulit dengan gerakan pendaftaran bergerak di Senalang, Semporna.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin, yang bersetuju dengan kebimbangan Menteri Luar Datuk Anifah Aman, berkata gerakan tersebut perlu dihentikan segera sebelum RCI bermula.

"Memanglah kita setuju dengan gerakan Jabatan Pendaftaran itu tetapi rakyat terlalu bimbang dengan keadaan itu kerana banyak perkara boleh berlaku seperti di masa masa lepas.

"Kebimbangan Datuk Anifah berhubung gerakan pemberian sijil kelahiran kepada kira-kira 40,000 kanak-kanak di Senalang yang mana jumlahnya terlalu besar dan rakyat akan menjadi pelarian di negara sendiri ada asasnya, dan SAPP juga bersetuju dengan beliau," katanya pada Isnin.

Tambahnya, yang menjadi persoalan pokok sekarang adalah kesahihan dokumen kerakyatan dan juga pewujudan Kad Pengenalan palsu di Sabah.

Harian Ekspres
Selasa, 27 Mac 2012
M/s 5

21 comments:

  1. Semoga nasihat Anifah Aman akan dipertimbangkan iaitu untuk memberhentikan kelulusan pendaftaran Kanak-kanak tanpa warganegara buat masa ini sehingga RCI dapat dilaksanakan. Ini untuk mengenal pasti status mereka terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebimbangan anifah aman adalah berasas dan pihak KDN harus mempertimbangkannya..

      Delete
    2. Jangan gunakan kanak2 sebagai alasan untuk memberi surat beranak. Ingat, terlalu banyak perkahwinan campur di Sabah dan kita tidak mampu untuk memastikan semuanya adalah anak tempatan.

      Delete
    3. JPN pasti akan siasat status mereka terlebih dahuu sebelum mendaftarkan mereka.

      Delete
  2. Ada kesilapan dalam artikel di atas, 40,000 kanak-kanak yang dimaksudkan itu bukan hanya terkumpul di Senallang sahaja tetapi di seluruh Sabah. Tidak mungkin Senallang boleh ada jumlah begitu besar populasi yang belum berdaftar di bawah JPN. Harap pembetulan akan dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada kesilapan namun itu bukan persoalannya...rakyat mempersoalkan kesahihan kanak2 tersebut sebagai rakyat tempatan dan bukannya anak kepada warga asing..

      Delete
    2. kesahihan inilah yang menjadi kebimbangan datuk anifah..maka adalah wajar pendaftaran bergerak ini dihentikan atau satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengesahkan kesahihan kanak2 tersebut sebagai anak/waris kepada rakyat tempatan dan bukannya warga asing..pemberian sijil lahir bermakna kita memberikan mereka kerakyatan dengan mudah..perkara ini harus dipertimbangkan dengan serius dan mendalam oleh pihak berkenaan...

      Delete
    3. The worst thing is, some of them are pretending to be Sabahans.

      Delete
  3. Memang wajar pendaftaran bergerak dihentikan sehinggalah penubuhan RCI dilaksanakan bagi menyiasat punca2 kemasukan dan kebanjiran warga asing di negeri ini.

    ReplyDelete
  4. RCI harus ditubuhkan dengan segera untuk meredakan kebimbangan rakyat tulen sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. I truly anticipating this.

      Delete
  5. syarat kewarganegaraan juga harus disemak semula...syarat yang diguna pakai pada hari ini untuk permohonan kewarganegaraan malaysia adalah longgar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti, kalau tak alamat hancur Sabah.

      Delete
  6. Sabah should restrict its own immigration department like in Sarawak. I really envy Sarawak.

    ReplyDelete
  7. Its impossible that all the 40,000 children are real sabahans. Its very risky having all this 40,000 children to be given birth certificate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We need to have RCI set up in sabah before this pati issue gets worse.

      Delete
  8. bilangan kanak2 yang tidak mempunyai sijil lahir bukanlah 40,000 tapi 4,000.

    ReplyDelete
  9. Maka laksanakan RCI secepat yang boleh untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seharusnya RCI dilaksanakan secepat yang mungkin untuk mengatasi masalah di Sabah

      Delete
  10. laporan asal tidak menyebut 40000 kanak2 di Senallang.. sebaliknya 40000 kanak2 diseluruh Sabah..

    ReplyDelete
  11. bukankah lebih baik semua pihak2 yang membantah pendaftaran begerak ini supaya menubuhkan satu badan pemantau yang bertindak mengawasi perjalanan pendaftaran bergerak ini sehingga program ini selesai?? tunjukkan la kesungguhan membantu penduduk tempatan Sabah dengan melakukan tindakan2 yang sewajarnya, bukan setakat bercakap2 di edia..

    ReplyDelete