Mail Mathew
TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini untuk membina beberapa sekolah baru termasuklah 25 Sekolah baru di Sabah.
Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, beliau berharap agar Sekolah Kebangsaan (SK) Kalang-Kanar yang sebelum ini dikategorikan berkeadaan tidak selamat kerana sering dilanda banjir, sejak lebih 10 tahun lalu akan mendapat keutamaan.
Rudy berharap agar masalah yang berlarutan di sekolah tersebut dapat diselesaikan secepat agar pembelajaran termasuk kokurikulum dapat dijalankan semaksima mungkin apabila berada di sekolah baru yang serba lengkap dan luas.
Beliau menegaskan, tidak ada sebabnya pemindahan sekolah itu ke tapak baru yang lebih kondusif diperlengahkan sedangkan lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashir ke sekolah berkenaan sekitar 2010, pada dasarnya mempersetujuinya.
Malahan, tambah Rudy, wakil rakyat (Adun) pembangkang Datuk Liew Teck Chan telah membangkitkan masalah sekolah berkenaan ketika persidangan DUN Sabah sekitar 2010 namun, selepas itu tidak ada sebarang petanda tindakah diambil.
Rudy yang juga Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP Zon, Pedalaman dan Ketua Pemuda CLC Melalap mengakui persoalan pokok untuk melu luskan pembinaan sekolah baru adalah berkisar masalah pemilikan tapak.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan mempunyai kuasa mutlak yang terdapat di dalam Ordinan Tanah untuk memperoleh tanah secara “force acquisition” untuk tujuan penempatan tapak sesuatu agensi Kerajaan yang dikategorikan sebagai mustahak. 
Harian Ekspres
17 Februari 2012, Jumaat
M/s 7
 
Sabah needs more new schools especially in the rural areas where the nearest school is several miles away and where transport is also a problem.
ReplyDeleteHopefully these schools will be constructed as planned so that we could improve the education and literacy rates within the states.
ReplyDeleteApart from establishing new school facilities, the education ministry need to create a program to instill the passion of learning rather than to teaching our kids to answer the exam paper
ReplyDeleteCurrently our kids has been drill to regurgitate exam answers and not much emphasis to learn.
ReplyDeleteQuite disappointing. Study, answer exam, forgot what have been studied. This is a common situation among the students.
DeleteIn the city areas, majority of the city kids have confidence with their tuition teachers rather than their school teachers. In the city areas, majority of the city kids have confidence with their tuition teachers rather than their school teachers.
ReplyDeletedi Sabah masih perlukan byk sekolah, jadi harap lebih byk sekolah akan ditubuhkan.
ReplyDeleteBanyak sekolah dan perlukan juga bilangan guru yang ramai untuk mengisi sekolah2 tu.
Deleteapa akan jadi jika kerajaan ambil sesuka hati tanah untuk tujuan pembangunan?? mesti semua sudah sedia maklum apa yang bakal dihadapi oleh kerajaan..
ReplyDeletekerajaan sepatutnya mengkaji punca2 kenapa kawasan itu mudah dilanda banjir.. jika punca2 itu mampu diatasi atau diperbaiki, eloklah selesaikan masalah itu sahaja tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar dan menunggu masa yang lama untuk proses pemilikan tanah..
ReplyDeleteKawasan tu perlu mengaliran air yang betul supaya banjir tidak mudah naik
DeleteSemoga sekolah yang uzur di Sabah perlu mendapat perhatian dari kerajaan.
ReplyDeleteKenal pasti setiap sekolah tersebut. Tambahan lagi pastikan peruntukkan yang diberikan itu sampai kepada apa yang ingin dilaksanakan.
ReplyDelete