KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Selasa berkata, agak melucukan apabila Barisan Nasional (BN) Sabah gagal memahami apa itu royalti minyak.
Ketua Wanitanya, Melanie Chia berkata, BN Sabah sepatutnya menyokong gesaan supaya royalti minyak bagi Sabah dinaikkan tetapi sebaliknya ia terus mengelirukan rakyat dengan membandingkan royalti minyak itu dengan tabung pembangunan daripada Kerajaan persekutuan.
Katanya, Sabah berhak untuk mendapat lebih banyak daripada apa yang diambil dari Sabah maka meminta kenaikan royalti minyak itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Malah, katanya, langkah itu sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri sendiri.
"Apa gunanya menjadi negeri deposit tetap sekiranya kamu tidak tahu bagaimana hendak memperkukuhkan lagi deposit tetap itu?
"Lagipun sudah lebih 35 tahun sejak Sabah menandatangani perjanjian minyak itu," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam soal itu, katanya, kenyataan setiausaha Barisan Nasional yang juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang Sabah akan mengalami nasib lebih buruk sekiranya kenaikan kepada royalti minyak itu akan membawa kepada pengurangan dalam peruntukan Persekutuan untuk pembangunan adalah tidak berasas sama sekali.
Katanya, para pemimpin BN Sabah tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan andaian tambahan kepada sesuatu itu akan membawa kepada pengurangan kepada tabung lain.
"Kita berhak dan layak untuk menerima kedua-duanya, " tegas beliau.
Chia, yang juga Adun Luyang berkata, tabung pembangunan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan di Sabah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sabah, katanya, harus menerima bahagian seadilnya daripada tabung pembangunan ini sejak penubuhan Malaysia pada 1963.
Beliau berkata, hanya sejak bebetapa tahun kebelakangan ini Sabah mendapat lebih perhatian dan bahagian peruntukan yang lebih daripada kerajaan Persekutuan untuk pembangunan.
Sabah, katanya, hanya menerima lima peratus royalti minyak daripada perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas pada 1976.
Syarikat minyak nasional yang ditubuhkan pada 1974 itu, katanya, diberikan pemilikan dan kawalan keseluruhan sumber keseluruhan di Malaysia. 
“Setelah diberi keseluruhan sumber minyak dan gas itu, Petronas membayar royalti lima peratus kepada kerajaan Negeri Sabah dan begitu juga Kerajaan Persekutuan turut menerima royalti minyak lima peratus selain semua cukai lain yang dikutipnya daripada industri minyak dan gas," katanya.
Dengan itu, Chia berkata, Sabah harus berhenti daripada menghambakan dirinya dengan harapan untuk mendapatkan peruntukan Persekutuan, yang sudah sememangnya diperoleh seperti yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Harian Ekspres
Khamis, 16 Febuari 2012
M/s 7
 
Hopefully the oil royalties for Sabah can be increased as we needed more funds to develop the state.
ReplyDeleteKalau dapat dinaikan, pasti Sabahan akan gembira:)
DeleteSabah is a big state in terms of land and population, we do need more time and money in order to make Sabah a more developed state.
ReplyDeleteFederal entitle bigger budget to Sabah, indeed the money has good potential to boost Sabah economy and also to reduce the number of poverty.
DeleteI believe madam Melinie Chia had it all wrong. It is not to compare between the oil royalty vs the development fund.
ReplyDeleteThe purpose of this question ask is NOT to compare between the oil royalty against the federal development fund, but rather simply to ask:
ReplyDeleteSHOULD THERE BE AN INCREMENT OF THE OIL ROYALTY (SHOULD THE OPPOSITION WON THE MANDATE IN THE COMING ELECTION), WILL IT HAVE AN ADVERSE EFFECT ON THE FEDERAL DEVELOPMENT EDUCATION FUND?
What DARD simply was asking: Will there be a reduction of the federal development fund should the increment of the oil royalty (should the opposition is given the mandate in the future)
ReplyDeleteSome opposition party even claimed that with the increment of the oil royalty in the future, the State will not required federal allocations.
ReplyDeleteBoth can come at the same time. Sabah require big amount of budget to boost the economy.
DeleteIsn't it better to have both? Oil royalty increment and federal fund? Opposition party is trying to confuse the people.
DeleteThis is a very short-sighted as well as an over confident stance.
ReplyDeleteThey fail to take into account the deceasing volume of oil availability outside the shore of Sabah.
ReplyDeleteAs of now, all the opposition manage to do is by diverting from answering a VERY direct and honest question posed by DARD on this matter by issuing press release such as this.
ReplyDeleteSiapa yang tidak mahu royalti tinggi??? Tapi kalau tak dapat, nak paksa mcm mana lagi???
ReplyDeleteAda parti cakap nak naikkan royalti minyak dan jika dapat dinaikkan maka Sabah tak perlu lagi peruntukan daripada Federal. Namun bg saya, royalti dan peruntukan sama pentingnya.
ReplyDeleteya.. kita perlukan peruntukan dari persekutuan dan royalti minyak. kedua sama penting untuk pembangunan Sabah.
DeleteApapun, usaha demi usaha utk membangunkan Sabah harus diteruskan bagi memastikan Sabah membangun dengan pesat lagi.
ReplyDeletePetronas pun banyak juga menyumbang pembangunan dan kemajuan sosio ekonomi Sabah.
DeleteSelebihnya, biar rakyat sendiri yang menilai calon mana yang mereka nak undi:)
ReplyDeleteapapun, Sabah sebagai pengeluar minyak utama negara perlu mendapat byk menfaat dari industri minyak dan gas.
ReplyDeletedalam masa 35 tahun itu, tidak pernahkan SAPP berada dalam kerajaan?? selama mereka dalam kerajaan, adakah mereka tidak mengetahui bahawa royalti minyak Sabah hanya 5%??
ReplyDeleteDulu SAPP dalam kerajaan kenapa tidak mendesak menaikkan royalti minyak
Deletememang Sabah berhak menerima kedua2nya tetapi mampukan persekutuan yang ditadbir oleh pembangkang kelak memberikan royalti yang tinggi kepada Sabah dan dalam masa yang sama menyalurkan peruntukkan ke negeri ini sama dengan jumlah peruntukkan di negeri2 semenanjung??
ReplyDeletejika Sabah mmapu memperolehi royalti minyak lebih tinggi dibawah kerajaan pembangkang, negeri2 pengeluar minyak yang lain juga pasti akan menuntut royalti yang sama tinggi dengan Sabah.. jika ini berlaku, bermakna peruntukkan kerajaan persekutuan akan semakin berkurangan.. lebih2 lagi ketika pembangkang mewar2kan akan menaikkan subsidi, menghapuskan cukai, menurunkan harga barang dan sebagainya.. MAMPUKAH PEMBANGKANG??
ReplyDeletekesimpulannya, rakyat Sabah berhak meragui keikhlasan dan ketelusan janji luarbiasa pembangkang untuk kebaikkan masa depan Sabah..
ReplyDeletejanji memang mudah diberikan, tapi adakah ianya benar-benar ikhlas untuk dilaksanakan, itu yang menjadi persoalan.
DeleteSemoga Petronas mengkaji kadar loyalti yang lebih berpatutan.
ReplyDeleteKerajaan negeri harus bersuara untuk mendapatkan loyalti yang lebih berpatutan.
ReplyDeletePetronas has contributed good expansion plan to Sabah. Good luck and the effort shall continue.
ReplyDeleteMemang Sabah ada hak untuk mendapat royalti jika tidak ada apa-apa yang diberikan oleh petronas kepada Sabah.
ReplyDeleteRoyalti semakin dipermainkan oleh pembangkang. Namun semua itu adalah untuk kepentingan mereka sendiri sebenarnya dan bukannya untuk rakyat.
ReplyDeletePetronas telah banyak membantu sabah dalam pelbagai cara seperti memberikan bantuan, tajaan pendidikan, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya.
ReplyDeleteMengenai royalti sudah semestinya rakyat yang menilainya nanti. Namun perlu diingat bahawa pendapatan pada masa jangka yang lama perlu diambil perhatian.
ReplyDeleteapa pun, harap projek-projek petronas di Sabah akan mampu memberikan manfaat ekonomi yang besar kepada Sabah.
ReplyDelete