Saturday, 12 November 2011

Mayor gagal ketepi saman SAPP mengenai papan tanda

Jo Ann Mool

K0TA KINABALU: Mayor kalah pusingan pertama apabila permohonannya untuk mengetepikan saman yang dibuat oleh Parti Maju Sabah (SAPP) terhadapnya kerana cuba menanggalkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di ibu pejabatnya, ditolak pada Khamis.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong menolak Permohonan itu dengan kos setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Beliau memerintahkan defendan memfail pembelaan mereka terhadap saman utama pada atau sebelum 25 Nov.

Terdahulu, Ken Yong, salah seorang peguam yang mewakili Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong yang memfail saman itu, memberitahu mahkamah, memandangkan kedua-dua belah pihak tidak dapat menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah maka  mereka teruskan dengan permohonan mayor untuk mengetepikan saman itu.

Pada 10 Oktober lalu, Peguam Kanan Negeri Hanafiah Kasim mencadangkan supaya saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

Wong dalam keputusannya berkata Yong adalah seorang pemegang jawatan dan boleh menyaman bagi pihak Parti itu.

Beliau juga memutuskan, kes Mahkamah Persekutuan yang telah diputuskan seperti yang dinyatakan peguam,mayor itu, tidak ada kaitan dengan kes sekarang ini kerana mentafsir Undang-Undang Kecil (lklan) Majlis Perbandaran Kota Kinabalu 1983 bukannya kes yang semata-mata berdasarkan kepada elemen undang-undang awam substantif.

Wong juga menolak kurungan 3 SAPP, selepas dimaklumkan oleh peguam Ken bahawa mereka menarik balik Kurungan 3 kerana defendan bersetuju untuk tidak membuka papan tanda itu sehingga kes saman itu selesai.


Kurungan 3 yang dipohon plaintif adalah Perintah melarang defendan daripada membuka papan tanda mereka atau mana- mana papan tanda di premis mereka.

Sementara itu, Hanafiah dalam memohon saman itu ditolak antara lain menyatakan keti adaan kapasiti plaintif untuk mendapatkan locus standi untuk mengenakan tindakan terhadap Setiausaha Agung itu dan/atau seorang pemegang jawatan bagi pihak SAPP melanggar Peruntukan Seksyen 9 @ Akta Persatuan 1966.

Tindakan plaintif adalah penyalahgunaan proses mahkamah, isu dan hal dalam tindakan plaintif itu, adalah cabaran terhadap defendan dalam pelaksanaan kuasa berkanun dan fungsi awamnya, hanya boleh dilakukan melalui permohonan semakan kehakiman, kata Hanafiah.

Ken, yang hadir bersama peguam Peter Marajin dalam hujahan balasnya, berhujah plaintif berhak untuk melaksanakan tindakan itu sebagai pemegang jawatan parti itu dan tindakannya tidak menyalahgunakan proses mahkamah.

Yong, bagi pihak parti memfailkan tuntutan mahkamah terhadap mayor pada 22 Julai kerana cuba menurunkan papan tanda pada ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang pada 9 dan 11 Julai tahun ini.

Plaintif mendakwa tindakan DBKK menanggalkan papan tanda itu sebagai mala fide, bermotifkan politik dan bertujuan untuk mencemari reputasi dan imej parti itu. 

Parti itu ingin mendapatkan deklarasi bahawa undang-undang kecil DBKK (Pengiklanan) 1983 (“Undang-Undang Kecil Pengiklanan”) tidak boleh digunapakai keatas mereka kerana mereka adalah entiti bukan komersil.
Parti itu juga memohon notis kedua yang dikeluarkan oleh defendan bertarikh 11 Julai adalah mala fide dan salah, dan oleh itu, batal dan tidak sah.

Parti itu turut memohon deklarasi bahawa mereka berhak untuk mempamerkan Papan Tanda No. 2 (Sabahtv.net) di premisnya sendiri dan deklarasi bahawa mereka berhak untuk mempamerkan sebarang papan tanda yang menjadi tanggungjawab defendan untuk membuktikan bahawa papantanda itu menimbulkan bahaya kepada orang awam dan/atau mengandung perkaraan atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang Malaysia.

Plantif juga memohon injuksi kekal dimana defendan dilarang daripada mengalihkan papan tanda atau sebarang papan tanda lain pada premis mereka.

Harian Ekspres
Jumaat, 11 November 2011
M/s 1 & 5

9 comments:

  1. Tunggu saja keputusan muktamad nanti.

    ReplyDelete
  2. Baik kita tunggulah keputusan daripada pihak mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Harap keputusan adalah adil dan berdasarkan undang-undang.

    ReplyDelete
  4. siapa yang kalah tu akur saja la.. silap sendiri juga kan..

    ReplyDelete
  5. papan tanda pun boleh jadi isu besar. lebih baik fokus pada isu2 yang lebih penting untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. kes ini masih lagi diadili dan biarlah mahkamah yang mengadilinya..

    ReplyDelete
  7. lebih baik tunggu sajalah sehingga kes ini selesai untuk mengetahui kesudahannya..

    ReplyDelete
  8. Isu ini pun susah mahu diselesaikan. Harap keputusan mahkamah nanti sebaiknya diterima seadanya.

    ReplyDelete
  9. biar pihak mahkamah adili kes ini.

    ReplyDelete