Thursday 19 April 2012

SAPP persoalkan kewujudan persatuan kutip derma

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Rabu mempersoalkan kewujudan sebuah persatuan yang dipercayai mewakili para pegawai Kastam dan sedang aktif memungut derma daripada beberapa pengusaha restoran di sini dan Penampang.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pengusaha perniagaan di sini dan Penampang mengenai aktiviti yang dijalankan persatuan itu.

"Persatuan itu sekarang ini aktif memungut derma daripada pelbagai pihak kononnya untuk pelancaran penerbitan baharu mereka.

"Soalan utama adalah sama ada persatuan itu wujud dan adalah mereka berdaftar dengan Pendaftar Persatuan dan jika berdaftar adakah Jabatan Kastam menyedari akan aktiviti mereka?

"Cara mereka memungut derma sama seperti memaksa...saya bimbang ini penipuan oleh orang-orang tidak bertanggungjawab yang hendak mengaut keuntungan daripada keadaan ekonomi semasa.
 
"Pengusaha perniagaan yang menderma sekurang-kurangnya RM300 akan diberi sijil sebagai tanda penghargaan dengan nama syarikat itu dicetak pada sijil itu yang diiandatangani Setiausaha kehormat persatuan tersebut," katanya.

Beliau berkata, sijil itu diberikan oleh mereka itu kelihatan seperti cetakan biasa dari kedai fotostat, sambil menambah alamat berdaftar persatuan itu dan nombor siri tidak dicetak pada sijil itu.

Kewujudan persatuan itu, sama ada sah atau tidak masih menjadi tanda tanya dan aktiviti memungut derma itu boleh menjejaskan nama baik jabatan tersebut, katanya.

Harian Ekspres
Khamis, 19 April 2012  
M/s 1

10 comments:

  1. Sering juga berlaku pemungutan derma yang dilakukan oleh sami-sami buddha di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. ada juga yang dari persatuan golongan orang2 kurang upaya.tidak tahu jika persatuan mereka ni sah atau satu penipuan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa tidak percaya bolehlah meminta mereka menunjukkan sijil kebenaran yang diluluskan oleh kerajaan. Kalau mereka tidak dapat menunjukkannya, maka itu mungkin satu penipuan. Tetapi mungkin ada sijil palsu jugalah.

      Delete
  2. "Cara mereka memungut derma sama seperti memaksa.."
    "sijil itu diberikan oleh mereka itu kelihatan seperti cetakan biasa dari kedai fotostat, sambil menambah alamat berdaftar persatuan itu dan nombor siri tidak dicetak pada sijil itu."

    Tiada orang yang meminta derma secara paksaan. Jelas mereka ni penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada sesiapa yang boleh memaksa sesiapa sahaja untuk mendapatkan derma, ini perlulah mengikut kerelaan.

      Delete
  3. hal ini kena disiasat, mungkin ada pihak sengaja nak gunakan nama Kastam untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perbuatan seperti ini dapat dielakkan, pihak polis perlulah membuat penyiasatan terlebih dahulu.

      Delete
  4. Mungkin ada pihak yang mengunakan nama kastam dalam pendermaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Luadan, diharapkan kebenaran akan dibongkarkan.

      Delete
  5. kalau yakin wujud unsur penipuan, buat saja ba laporan polis..

    ReplyDelete
  6. Mereka yang mengutip derma tanpa kebenaran daripada DBKK perlulah dilapor.

    ReplyDelete