Monday 19 March 2012

Tiga isu utama perlu diberi perhatian di Tawau diberi perhatian di Tawau

Bartholomew Chong

TAWAU: Halatuju Kerajaan Negeri akan hanya memainkan peranan kecil dalam pembangunan ekonomi memandangkan kawasan utama pertumbuhan ekonomi lain yang penting di sini terus tidak dijaga, dakwa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

Yong berkata, antara tiga isu utama dalam Halatuju, pelancongan tidak mendatangkan kesan terhadap daerah ini kerana pelancong terus pergi ke daerah jiran Semporna sementara daerah ini tidak mempunyai apa-apa yang berfaedah untuk meyakinkan pelancong untuk kekal berada di situ.

"Kita semua tahu, pelancong datang ke lapangan terbang daerah ini dan pergi terus ke Semporna dan balik dengan cara yang sama di mana Tawau di lintasi begitu sahaja," katanya ketika melancarkan forum Pelan Ekonomi Sabah parti itu disebuah hotel di sini Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, isu penting berikutnya adalah sektor pertanian yang berada di daerah itu sejak dua atau tiga generasi lalu sambil memberi contoh yang daerah itu aktif dalam pertanian sejak pengeluaran getah, koko dan sekarang ini kelapa sawit.

Satu lagi isu utama dalam Halatuju itu ialah sektor pengilangan.

Yong berkata, Halatuju itu tidak memberi faedah kepada daerah itu sementara isu utama yang lain seperti perdagangan tukar barang yang banyak mendatangkan hasil kepada daerah itu daripada segi ekonomi, telah diabaikan oleh pihak berkuasa.

Beliau memberi contoh, pembangunan pesat di jiran Kalimantan di sebelah Indonesia dan lokasi strategi infrastuktur daerah itu akan meningkatkan potensi daerah tersebut dan ini antara lain harus menjadi salah satu isu utama yang perlu diselesaikan bagi membolehkan daerah itu menjadi lebih maju.

Harian Ekspres
Isnin, 19 Mac 2012
M/s 7

15 comments:

  1. Kawasan Tawau akan dibangunkan apabila projek yang asalnya dirancang dibina di Johor akan dipindahkan ke Tawau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di tawau..

      Delete
  2. kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam membangunkan ekonomi di tawau...pasti ada perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawau adalah antara bandar utama di Sabah, pasti ada perancangan dalam membangunkan lagi Tawau.

      Delete
  3. The tourism ministry should give attention on improving the tourism industry in Tawau. Hopefully it can be developed into a major tourist attraction in Sabah.

    ReplyDelete
  4. The Sabah government and the local leaders must do their best in bringing developments and improvement to Tawau in the agriculture and manufacturing sectors.

    ReplyDelete
  5. Tawau juga mempunyai potensi untuk maju dari segi ekonomi dan mampu menarik program2 yang sesuai untuk meningkatkan socioekonomi Tawau. Sabah dijangka dapat mengeluarkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi daripada Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Tawau menjelang akhir tahun ini. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan harap akan dapat mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran dari Tawau.

    ReplyDelete
  6. Projek Tawau itu yang menelan belanja hampir RM12 juta adalah yang pertama dengan keluasan tanah pertanian kira-kira 94 hektar. Terbesar nanti ialah Sungai Lokan di Kinbatangan seluas 723 hektar dan di Padawan Mandalipau di Papar seluas 517 hektar, Sungai Koyah Kinabatangan dan Langkawit di Papar masing-masing 80 hektar untuk penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dibawah projek TKPM

    ReplyDelete
  7. Apa yang dilakukan oleh kerajaan pasti dibahagikan kepada setiap kawasan dan bukannya dirancang hanya untuk satu kawasan saja.

    ReplyDelete
  8. Rasanya perlancongan di Tawau masih mendapat sambutan. Ini kerana ada tarikkan lain disana seperti sejenis pokok yang tertinggi di dunia selain selain pokok orkid yang harganya mampu mencecah RM10,000. Tengok sendiri baru tahu..

    ReplyDelete
  9. Pengurus Taman Bukit Tawau Ariffin Johari berkata jumlah pelawat tertinggi direkodkan ialah pada Februari iaitu seramai 10,300 orang, 447 daripadanya pelancong asing termasuk dari Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat,
    Australia, Perancis, Rusia, China, Taiwan, Belanda dan Jerman.

    Antara tumpuan pelancong asing ketika berkunjung ke Hutan Simpan Kelas 1,seluas lebih 28,000 hektar itu ialah bagi menyaksikan pokok Kuning Siput (shorea faguetiana) yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 88.32 meter. Ini adalah antara tarikkan yang terdapat di Tawau. Siapa cakap tidak ada pelancong datang.

    ReplyDelete
  10. Orkid Telinga Gajah adalah spesies orkid yang mempunyai enam helai daun berbanding tiga atau empat helai yang lazimnya dimiliki orkid sejenisnya di tempat lain. Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo ini cuma berbunga dua kali dalam tiga tahun dan bunganya boleh tahan sehingga enam bulan manakala harganya di pasaran boleh mencecah sehingga RM10,000 sepokok.

    Maknanya di Tawau tarikkan adalah apa yang terdapat di Hutan Simpan dikawasan tersebu. Bukannya saja kemajuan bandar disana saja menjadi tumpuan namun pelbagai jenis tumbuhan juga mengundang pelancong untuk datang melihat sendiri keunikkannya.

    ReplyDelete
  11. Betulkah apa yang ada di Tawau itu. Mempunyai pokok tertinggi di Dunia. Baru saya tahu akan perkara ini. Nampaknya mahu pergi sendiri melihat pokok tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pokok tertinggi di dunia tetapi pokok tropika tertinggi di dunia...iaitu pokok dari spesis Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana)setinggi 88.32 meter dan ditemui tahun 2006 oleh ...

      Rujuk: http://puadede.com/v1/pokok-tropika-tertinggi-dunia-di-taman-bukit-tawau/

      Delete
  12. tidak perlulah Yong bercakap soal ekonomi Sabah atau usaha kerajaan negeri berkenaan dengan hal ehwal ekonomi Sabah.. macam la SAPP tidak pernah mentadbir negeri ini..

    ReplyDelete