Monday, 19 March 2012

Tidak adil minta rakyat salahkan diri sendiri: SAPP

KOTA KINABALU: Ia adalah tidak adil meminta rakyat menyalahkan diri mereka sendiri apabila pemimpin yang melakukan kesilapan, kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Amde Sidik. 

“Rakyat biasa tidak tahu,dan mereka mengharapkan para pemimpin cukup bijak dan berpandangan jauh untuk memikirkan masa depan negeri,” katanya. 

Katanya, para pemimpin harus, mengambil inisiatif memulihkan keadaan apabila menyedari kesilapan dan bukan bermain sembunyi-sembunyi dengan politik. 

"Saya fikir ini adalah permainan cara lama, generasi muda mahukan jawapan. Memberikan sebab seperti ramai pendalang tanpa izin di Sabah diberikan KP kerana mereka mempunyai ahli saudara jauh di negara ini atau pemimpin di negara ini mempunyai adik saudaranya adalah jawapan yang pincang," katanya.

Mengenai isu royalti Petronas, Datuk Salleh said mesti tahu semua perjanjian adalah dibuat oleh manusia dan dengan itu ia sentiisa boleh diubah.

"Salleh tidak seharusnya malu jika mereka yang di dalam Facebook dan blog menulis tentang sikap pemimpin tertentu dinegara ini; terutamanya jika anda tidakmelakukan apa-apa kesalahan.

"Rakyat meluahkannya, tetapi RTM tidak akan menyiarkan semua ini,” kata beliau.

"selain itu menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Yee Moh Chai penembusan Internet di Sabah adalah 33 peratus tahun lepas. Saya merasakan ia kurang daripada itu, katanya.

Harian Ekspres
Isnin, 19 Mac 2012
M/s 2

27 comments:

  1. Dua-dua salah, rakyat dan pemimpin. Sebab itu tiada manusia yang sempurna dan semua tidak terkecuali daripada membuat kesilapan. Cuma bergantung kepada siapa yang sedar akan kesilapan itu dan membuat perubahan, atau sedar akan kesilapan itu tetapi masih bersikap jahil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kesilapan maka perbaikilah kesilapan tersebut..

      Delete
    2. masing-masing harus perbaiki kesilapan..

      Delete
  2. pemimpin haruslah mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..semua pemimpin harus mengutamakan kepentingan rakyat.

      Delete
  3. Those who sold off the lands for quick profits only have themselves to blame, the government gave them land but they do not utilize it to improve their earnings, instead they sell it off for a one time profit. Who to blame?

    ReplyDelete
  4. As for the oil royalties, its up to our leaders to negotiate a better share of the profits with the Federal Government and Petronas.

    ReplyDelete
  5. Petronas banyak membantu dalam sosio ekonomi Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petronas memang memberikan manfaat kepada ekonomi Sabah. harap lebih banyak manfaat yang akan diperoleh.

      Delete
  6. Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  7. tak perlu nak salah sesiapa, yang penting segala kesilapan dan kelemahan yang ada perlu diperbaiki dan jgn diulangi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tidak perlu menyalahkan sesiapa, yang penting semua perlu berusaha untuk maju ke hadapan.

      Delete
  8. Betul..Kesilapan itu yang perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  9. Mengenai royalti itu saya cadangkan hanyalah perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mencari apa yang terbaik. Kalau royalti tidak ditambah, pasti pelbagai bantuan diberikan seperti sekarang kita sudah nampak iaitu pembangunan projek mega untuk memberikan peluang kepada penduduk Sabah sendiri. Seperti SOGT dan juga SAMUR akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai ganti royalti, minta lebih banyak peruntukkan untuk negeri ini.. lagipun perubahan royalti itu akan melibatkan perubahan akta yang mana ianya bukanlah mudah untuk dilaksanakan..

      Delete
  10. Kerajaan tidak akan duduk diam begitu saja. Setiap hakpenduduk Sabah pasti akan cuba dibantu dan ditangani oleh kerajaan. Seperti sekarang kita dapat lihat usaha kerajaan Negeri menangani masalah NCR dan juga PATI di Sabah. Kerajaan Negeri cuba berjuang bersama penduduk untuk menyelesaikannya dan meminta kerajaan Persekutuan melaksanakkanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kerajaan duduk diam, sudah lama tanah adat di kampung saya menjadi milik syarikat2 besar..

      Delete
  11. Pemimpin yang memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan usaha kerajaan. Jadi buktikan yang pemimpin mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin2 kerajaan telahpun melalukan yang terbaik.. namun sebaik mana pun usaha dan tindakan2 kerajaan, tetap akan ada pihak yang cuba meremehkan usaha mereka dan tidak kurang juga yang berusaha menggagalkan usaha kerajaan itu..

      Delete
  12. Mari kita sama-sama teruskan menyokong kerajaan Negeri kita untuk mempertahankan hak penduduk Sabah. Kerajaan Negeri akan melakukan apa yang perlu untuk penduduk Sabah. Percaya kepada kerajaan negeri kita dibawah KM Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jangan percaya dengan parti yang pernah diberi peluang membentuk kerajaan sebelum ini tapi tidak menggunakan peluang itu sebaik2nya untuk menyelesaikan masalah kritikal di sabah..

      Delete
  13. tidak perlulah saling menyalahkan..pandang ke depan untuk jadi lebih maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikap saling menyalahkan adalah budaya pemimpin2 pembangkang terutamanya SAPP..

      Delete
  14. setahu saya, Datuk Salleh tidak ada menyebut dalam kenyataan beliau bahawa rakyat perlu salahkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  15. bagaimana pula dengan SAPP?? pernahkah mereka menyalahkan diri sendiri memandangkan mereka juga pernah membentuk kerajaan dengan YTL sebagai ketua menteri??

    ReplyDelete
  16. ""Mengenai isu royalti Petronas, Datuk Salleh said mesti tahu semua perjanjian adalah dibuat oleh manusia dan dengan itu ia sentiisa boleh diubah.""

    jika tahu ianya boleh diubah, kenapa bukan ketika YTL sebagi ketua menteri Sabah??

    ReplyDelete
  17. ""selain itu menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Yee Moh Chai penembusan Internet di Sabah adalah 33 peratus tahun lepas. Saya merasakan ia kurang daripada itu,""

    kalau rasa2nya kurang dari itu, tunjukkan statistik yang boleh menyokong pandangan itu.. jangan sekadar menggunakan perkataan "merasakan" untuk menyangkal fakta..

    ReplyDelete