KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Jumaat menyatakan keraguannya bahawa Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah, berkata tidak ada petunjuk bahawa Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan RCI itu meskipun menerima tekanan daripada banyak pihak di sini, termasuk SAPP.
Katanya, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah seperti PBS, Upko dan LDP cuba menjuarai isu itu dengan membuat pelbagai kenyataan termasuklah mengesahkan bahawa RCI akan ditubuhkan.
“Bagaimanapun, PBS, Upko dan LDP merasa malu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu ketika lawatannya ke Sabah, baru-baru ini,” katanya.
Chong berkata itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan tidak jujur untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin yang sudah lama berlarutan di sini.
Bagaimanapun, katanya SAPP akan terus berjuang untuk penubuhan RCI itu untuk membolehkan masalah pendatang tanpa izin di Sabah diselesaikan.
each year the problem of illegal immigrants are becoming more common ... hope the federal government really give serious attention to the problem faced by Sabahans
ReplyDeletehopefully this fight will be continued by Sabah leaders regardless of the government or the opposition even after the PRU-13 ended
ReplyDeletemeanwhile, the government must do what MUST be done immediately and not jeopardising the safety of Sabah people any further
ReplyDeleteand the government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority
ReplyDeleteall Sabahans must stand united and do not let the PATI to intimidate our people anymore!
ReplyDeleterakyat sabah tulen harus bersatu padu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha menyelesaikan isu PATI di sabah..
Deletedengar2 dulu RCI sudah diluluskan oleh kabinet..
ReplyDeleterasanya RCI akan ditubuhkan cuma masanya yang tidak diketahui.
Deletemungkin masa belum sesuai lagi untuk najib buat pengumuman...
ReplyDeletePasti PM akan mengumumkan RCI tidak lama lagi.
Deleteharap RCI akan ditubuhkan dengan segera.
Deletenamun diharapkan RCI ini bukan hanya satu retorik...
ReplyDeletememang semua berharap RCI ini bukan sekadar retorik.
Deletekenyataan dari Chong ini seolah-olah SAPP tidak pernah cuba menjuarai isu ini..
ReplyDeletesudahpun dijelaskan kenapa Najib tidak mengumumkan RCI ketika mengadakan lawatan di negeri ini.. masih juga SAPP mahu ungkit.. nampak sangat SAPP mahu dilihat satu2nya parti di Sabah yang kononnya menjuarai isu ini..
ReplyDeleteSAPP hanya ingat mau dapat nama saja ba ne, itu la berabis mau kasih panas isu rci ini.
Deleteuntuk mendapatkan perhatian, semua pun boleh jadi isu,.
Deletesebagaimana SAPP meragui penubuhan RCI oleh kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah pendatang haram dan projek IC di negeri ini, begitu juga keraguan saya terhadap perjuangan SAPP yang sebelum ini pernah mengetuai kerajaan negeri Sabah, namun tidak melakukan apa2 untuk membawa RCI ke negeri ini..
ReplyDeleteWe must be confident and trust the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is all out to practise what he preaches under the 1Malaysia concept
ReplyDeleteBelieving that the Prime Minister would prioritise the interest of Sabahans, especially the natives
ReplyDeletewe have to wait for the PM official announcement. Hopefully RCI will be set up before election.
DeleteLogikkah hari ini RCI diluluskan, esoknya siasatan terus dibuat? Tentulah mereka sedang merangka pelan kaedah siasatan yang efektif agar ia berkesan. Spekulasi dibuat hanya untuk raih sokongan.
ReplyDeleteSAPP seperti tidak ingin RCI ditubuhkan agar mereka dpt terus mainkan isu ini. jika RCI ditubuhkan nnti, pasti SAPP akan terdiam.
ReplyDeleteRCI pasti akan ditubuhkan setelah terma rujukan ditetapkan. kita nntikan sahaja.
ReplyDeleteSepatutnya RCI tidak perlu jadi bahan politik.
ReplyDeleteApa yang diragukan. Sedangkan kita sudah dimaklumkan yang RCI sekarang dalam perbincangan dalam kabinet dan pasti bila-bila masa akan dilaksanakan. Tambahan lagi Datuk Najib PM Malaysia mengatakan akan meluluskan RCI jika itu yang terbaik. Begitu juga dengan Kerajaan NEgeri Sabah sendiri tidak membantah penubuhan RCI untuk negeri tersebut.
ReplyDeleteSebenarnya SAPP cuma memainkan isu RCI ini untuk membuat rakyat bimbang kununnya RCI tidak akan ditubuhkan. Itu semua hanyalah perangkap SAPP.
ReplyDeleteharap masalah kebanjran pati akan dapat diatasi dan semua harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.
ReplyDelete