Tuesday, 20 March 2012

‘Political will” diperlukan untuk menyelesaikan masalah sampah di Kampung Sembulan

Deklarasi yang di keluarkan oleh Datuk Mayor berkenaan situasi sampah sarap di Kg. Sembulan menggambarkan keadaan yang terlalu aib walaupun cadangan pemulihan yang dirancangkan tidak akan memberi kemanfaatan kepada penduduk tempatan.

Sejak beberapa tahun ini, tiga orang Mayor telah membuat lawatan ke kawasan ini, menghayati perkara yang sama dan melahirkan pandangan dan unsur penyelesaian, tetapi malangnya, semua ini hanya merupakan manis dibibir sahaja dan publisiti murahan.

Boleh kata semua Mayor dan Wakil Rakyat kawasan ini hanya tahu menyalahkan penduduk-penduduk di sini bersabit dengan masalah sampah sarap.

Sebagai penduduk asal yang sudah tinggal lebih kurang 50 tahun di sembulan ini, saya agak kesal dengan cara Mayor dan Wakil Rakyat yang sudah tiga penggal, YB Datuk Edward Yong, yang menggambarkan Kg. Sembulan sebagai pesakit tenat tanpa menyedari tanggungjawab pihak berkuasa terhadap penghidupan penduduk, jambatan-jambatan usang dan masalah sosial dikawasan tersebut.

Ya situasi telah menjadi begitu rumit dan serius, penduduk setempat dan pemilik-pemilik tanah telah menjadi mangsa dari segi kesihatan, kejatuhan harga hartanah terancam pula dengan kehadiran pendatang haram yang menggugat keadaan keselamatan dan menimbulkan masalah sosial.

Saya juga merasa kesal bahawa kita memiliki seorang Wakil Rakyat yang sudah tiga penggal berkhidmat dan menyandang jawatan Pembantu Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengabaikan masalah yang tidak pernah selesai bertahun tahun dibawah batang hidungnya sendiri.

Masih melambak masalah-masalah terdapat keseluruhan kawasan Tg. Aru. Lawatan beliau baru-baru ini hanya untuk mengingatkan kita bahawa pilihanraya ke 13 sudah menjelang tiba, kalau tidak susahlah untuk melihat wajah beliau.

Kita tidak punya harapan untuk melihat situasi akan menjadi baik, melainkan Kerajaan Negeri memiliki ‘political will” yang mencukupi dan cara penyampaian yang telus yang tidak pernah mereka lakukan sejak beberapa tahun ini.


33 comments:

  1. Jika masalah kemudahan asas, ia memang tanggungjawab wakil rakyat dan pemimpin untuk cuba sediakannya. Namun masalah sampah itu tanggungjawab penduduk. Jika mereka tidak membuang sampah merata-rata, masalah tidak akan timbul. Kesedaran kepentingan kebersihan itu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Soal sampah tu sendiri mahu ingatlah ya:P

      Delete
    2. Some problems are not to be blame to the people representative. The people ought to keep a clean environment.

      Delete
    3. sikap yang suka membuang sampah merata-rata adalah punca masalah sampah.

      Delete
  2. kalau penduduk tidak membuang sampah merata tempat, masalah sampah tidak akan timbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu sebelum buang sampah fikir dulu kesannya. Tengok sekarang, kan dah susah!! huhu

      Delete
    2. Penduduk di Sembulan yang bermasalah besar mengenai kesedaran kebersihan.

      Delete
    3. sikap yang negatif harus dikikis, kebersihan adalah tanggungjawb bersama.

      Delete
  3. diharapkan akan ada jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah2 yang dihadapi seperti yang disebutkan dalam artikel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haraplah. Lagipun kalau Sembulan bebas sampah semua pihak pun bahagia juga. hehe

      Delete
    2. semua harus bekerjasama untuk selesaikan masalah ini. penduduk pun haruslah jaga kebersiahan.

      Delete
  4. Sembulan memang syurga sampah. Entah mcm mana penduduk di sana boleh bertahan oo..

    ReplyDelete
  5. Rubbish problems in the village should not only be the responsible of the leaders but also the Sembulan folks as well. If all play their part accordingly then this problem can be easily resolved. First of all, the people who dump their rubbish should ensure that the trash are tied up properly and dumped at the designated area and the local city council must ensure that the rubbish will be collected on time.

    ReplyDelete
  6. If the local folks are not willing to do their part in handling their own trash, no matter how many new People's rep are assigned, Sembulan will never change. Cooperation between the people and their leaders are the best way to resolve this sort of problem.

    ReplyDelete
  7. Waaa siapa sebenarnya yang membuang sampah sarap itu? Bukankah rakyat yang tinggal berdekatan? Ada kemungkinan DBKK tidak mengambil sampah dari kawasan sembulan. DBKK sila rujuk balik pembahagian yang telah ditetapakan.

    ReplyDelete
  8. Ramai yang kena bertanggungjawab dalam hal ini. Kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja. Semua pihak harus bekerjasama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tidak wajar jika hanya menyalahkan satu satu pihak saja..semua kena bekerjasama.

      Delete
  9. Regarding this rubbish issue, the people should cooperate with each other to make sure that rubbish are not simply thrown anywhere.

    ReplyDelete
  10. Masalah perlu ditangani bersama. Kerjasama daripada DBKK, penduduk sekitar, kerajaan dan rakyat perlu ada.

    ReplyDelete
  11. kawasan Sembulan ramai PATI, PATI2 inilah yang sering membuang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  12. kesedaran perlu ada dalam diri akan pentinganya penjagaan kebersihan, bersama kita jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  13. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:06

    Ini bukanlah persoalan "POLITICAL WILL". DBKK telah berkali-kali berusaha untuk menangani masalah ini.

    Penduduk kampung perlu untuk mengubah diri dan persepsi mereka tentang kebersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:08

      Tabiat membuang sampah di luar tingkap atau secara langsung ke dalam laut tanpa berfikir dua kali harus dibuang. Sampah sarap ini mudah dilihat dan ia akan memberi imej negatif kepada bandar Kota Kinabalu dan Sabah secara umum.

      Delete
    2. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:10

      Masalah Sampah di Kampung Sembulan berjaya mendapat perhatian Datuk Bandar, Datuk Datuk Abidin Madingkir.

      Delete
  14. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:11

    Menurut Abidin, Kg Sembulan telah dipilih untuk menjadi inisiatif pertama 5K (kebersihan, keindahan, keselamatan, ketertiban dan keharmonian) kampung kerana reputasi negatif dari segi kebersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:13

      Abidin berkata Maasalah sampah ini boleh diatasi dan keadaan hanya boleh mula berubah jika kebersihan bermula di rumah.

      Delete
  15. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:14

    Abidin berkata Kampung Sembulan begitu berhampiran bandar juga dibuat lebih penting bagi kampung bersih, dengan pelbagai hotel dan pusat peranginan yang terletak di dalam kawasannya.

    ReplyDelete
  16. BM SPM CREDIT 622 March 2012 at 14:15

    Abidin, bagaimanapun, percaya melalui pemacu kesedaran lanjut dan satu sistem yang betul, penduduk kampung yang digunakan untuk membuang sampah akan belajar untuk mengubah cara mereka.

    ReplyDelete
  17. Kerjasama penduduk yang penting bagi menangani masalah sampah ini. Memang kalau kita dapat lihat di Kg Sembulan itu tidak nampak air suda dibawah rumah kerana telah ditutup oleh pelbagai sampah.

    ReplyDelete
  18. semua harus mainkan peranan untuk menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  19. sebenarnya, sebelum ini pun sudah banyak tindakan diambil DBKK untuk mengatasi masalah sampah di kampung itu tetapi tidak ada satu pun berjaya.. kawasan itu memang sukar dibersihkan, manakala tapaknya pula bukan lagi laut seperti sebelum ini..

    disebabkan sampah yang terlalu banyak dan kos pelaksanaan penstrukturan semula yang terlalu tinggi, adalah sukar untuk menyusun semula perkampungan berkenaan menjadi kampung tradisi moden dan selesa..

    cara terbaik untuk selesaikan masalah itu ialah dengan merobohkan saja rumah yang ada di situ dan tapaknya ditimbus untuk dibangunkan dengan pangsapuri...

    ReplyDelete
  20. perlu diingat.. sampah2 itu bukan wujud secara semulajadi.. jadi janganlah salahkan pihak itu ini jika puncanya datang dari penghuni itu sendiri..

    siapa pun yang memerintah negeri ini, masalah itu tidak akan selesai selain merobohkan semua rumah di kawasan itu..

    ReplyDelete
  21. KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ingin menjadikan Kampung Sembulan Lama dan Tengah sebagai Kampung 5K (Kebersihan, Keindahan, Keselamatan, Keteraturan dan Kesejahteraan).

    Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya Robert Lipon berkata, usaha ke arah itu kini giat dilaksanakan termasuklah memberi penjelasan kepada penduduk kampung supaya bekerjasama menjaga kebersihan dan menyediakan pelan tindakan jangka panjang.

    “Pelancaran program ke arah kampung Sembulan 5K akan diadakan pada 17 Mac ini oleh Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir.

    “Sekiranya program ini berjaya, Kampung Sembulan akan menjadi kampung pertama sebagai kampung 5K dan bagi kawasan komersil, Pekan Menggatal sedang diusahakan menjadi Pekan 5K,” katanya...

    http://newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/57083

    ReplyDelete