Wednesday, 29 February 2012

Tempoh pajakan 999 tahun boleh dilaksana: SAPP

PENAMPANG: Parti Maju Sabah (SAPP) mengulangi janjinya untuk mengembalikan tempoh pajakan "999 tahun" kepada pemilik tanah persendirian seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pemulihan Tanah sekiranya ia membentuk kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, ini boleh dilaksanakan kerana beliau pernah melakukannya semasa menjadi Ketua Menteri, apabila beliau meluluskannya kepada lebih 400 pemilik rumah di Taman Seputeh, Luyang.

"Tidak perlu ubah undang-undang, Ketua Menteri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian," katanya, sambil menambah, kerajaan Negeri tidak rugi apa-apa dengan mengeluarkan geran seperti itu kepada para pemilik tanah.

"Sebenarnya, ia boleh menjana lebih banyak hasil melalui kutipan hasil tanah. Di bawah pajakan tanah 99 tahun, pemilik hartanah itu sentiasa berada di pihak yang rugi.

"Sembilan puluh sembilan tahun adalah terlalu singkat bagi pemilik hartanah untuk memajukan dan menggunakan sepenuhnya hartanah mereka itu. Pihak bank mungkin tidak menerimanya untuk gadai janji atau pembiayaan semula," katanya.

Firma-firma insurans juga mungkin tidak mahu melindunginya, lebih-lebih lagi apabila tempoh pajakan tanah itu hanya tinggal 20 tahun sahaja lagi, satu dilema yang biasa dihadapi ramai pemilik tanah di negeri ini sekarang.

Beliau menyamakan keputusan kerajaan kerajaan negeri sekarang mengurangkan tempoh pajakan bagi tanah persendirian dan komersial daripada 999 tahun kepada 99 tahun , tahun lalu sebagai satu lagi bentuk rampasan tanah.

Katanya, kejadian merampas tanah secara berleluasa yang menjejaskan anak negeri Sabah berlaku disebabkan "Budaya Buaya ".

"Apa sebabnya di sebalik tindakan menghalau penduduk kampung dari tanah NCR (Hak Adat Anak Negeri) mereka, lebih-lebih lagi apabila tanah tersebut bukan untuk kegunaan awam?

Bercakap dalam satu majlis makan malam anjuran SAPP Kepayan, Yong mendakwa masalah rampasan tanah itu telah sampai ke peringkat krisis dengan lebih 800 didaftar dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) cawangan Sabah, di mana anak negeri yang telah menduduki tanah pusaka mereka selama lebih dua generasi diusir dan tanah mereka itu diberikan kepada syarikat-syarikat perladangan utama yang berpusat di semenanjung.

"Kejadian merampas tanah ini berlaku di seluruh Sabah di tempat-tempat seperti Sukau, Matunggong, Bangi, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Tenom, Kota Belud dan Papar...dan masih berlaku sekarang," katanya.

Harian Ekspres
Rabu, 29 Februari 2012
M/s 3

12 comments:

  1. Hopefully Suhakam can help protect the people's land rights in Sabah.

    ReplyDelete
  2. Whether the terms will be set to 999 years or remain as 99 years is up to the government.

    ReplyDelete
  3. The Sabah Government is still in the process of studying the request to return the 999-year lease term, instead of 99 years,taking into account the sub-divided titles for house owners and house buyers.

    This process will take into account the views of the people, stakeholders and state leaders before a conclusive decision can be drawn out for this matter.

    The CM also added that the approach will be carried out when it comes to future development proposals

    ReplyDelete
  4. During the Heads of Customs and Grass root leader's convention, Pairin addressed the reporters that the state government has knowledge this seriousness of this matter and it will be discussed among the cabinet members.

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least we know the govt is aware with the problem and will look into it.

      Delete
  5. Apart from that, the Sabah Law Assosiation (SLA) has welcome the intention of the CM to have a discussion in great depth pertaining to the NCR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The date for this matter has yet to be decided, but SLA has expressed their anticipation to this matter.

      Delete
    2. Hopefully both matters (999 year least and the NCR) will reach a mutual agreement that can satisfy all parties concern .

      Delete
  6. bgs juga jika tempoh pajakan 999 tahun dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Memang ketua Menteri mempunya kuasa. Namun perlu dilihat juga ada batasan mengenai kuasa tersebut dan jangan disalah gunakan seperti apa yang berlaku dengan SAS. Itu adalah disebabkan kuasa ketua menteri yang tersalah langkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tidak silap YTL sendiri cakap bahawa KM Sabah tidak mempunyai apa2 kuasa terhadap tanah..

      Delete
  8. memang boleh dilaksanakan, tetapi kerajaan hanya boleh melaksanakan aktiviti pembangunan di negeri ini selepas 999 tahun..

    ReplyDelete