Saya pergi ke Sekolah Kian Kok untuk rumah terbuka Tahun Baru Cina SAPP ada banyak makanan dan minuman dan banyak juga limau mandarin, Jika saya tidak silap, terdapat lebih 10 gerai/kaunter yang menghidangkan makanan dan minuman.
Saya juga nampak beberapa ‘orang putih' di sana. Banyak kepak ayam, mi goreng, bihun, nasi, daging dan minuman.
Kemudian saya pergi pula ke majlis rumah terbuka Parti Gerakan di Kompleks Sukan Likas.
Saya terkejut melihat penyedia makanannya adalah orang India menjadikan majlis itu kelihatan lebih seperti sambutan Deepavali dengan Roti Canai dan kari kimbing.
Tidak ada limau mandarin tapi mereka ada air sirap seperti apa yang orang Melayu hidang ketika Hari Raya.
Tanpa tarian singa, suasana sambutan kelihatan seperti Deepavali ataupun Hari Raya, bukan Tahun Baru Cina.
Pengundi
Harian Ekspres
Rabu, 29 Februari 2012
M/s 3
Banyak kepak ayam, mi goreng, bihun, nasi, daging dan minuman.
ReplyDeleteKepak ayam, mi goreng, bihun dan daging memang orang cina ada makan, tapi tidak semestinya adalah makanan tradisional cina. Roti canai, air sirap dan kari kambing ini orang cina juga suka makan walaupun bukan makanan tradisi mereka.
Jika mahu menyediakan makanan cina yang betul, rasanya banyak orang Muslim dan India yang tidak boleh terima. Kenalah menghormati bangsa lain juga kerana ini negeri 1 Malaysia.
Rumah terbuka Tahun Baru Cina ini pun mahu dibandingkan dan dijadikan alat politik?
ReplyDeleteWhat is this article tries to compare to? All it mentioned here is the SAPP CNY Open House? again compare to what?
ReplyDeletepasal makanan dalam rumah terbuka pun nak dijadikan isu ke?
ReplyDeleteSo, what's the big deal about it?
ReplyDeleteyang penting rumah terbuka itu adalah ikhlas untuk semua golongan dan bukannya untuk sesetengah orang saja.
ReplyDeletemasuk isu politik juga ka ni?? agaknya ada pihak yang sedang mengalami kegawatan isu la ni..
ReplyDeletekalau Gerakkan sajikan makanan sebagaimana tradisi makanan cina, siapa yang akan datang ke rumah terbuka itu?? besok2 keluar pula artikel kononnya Gerakkan hanya untuk orang cina..
ReplyDelete