Uhim Wong dan Mail Matthew
KENINGAU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu akan bertanding sebanyak 40 kerusi di seluruh Negeri.
Katanya, rakyat harus memberikan mandat kepada parti tempatan itu membentuk kerajaan baru.
"SAPP dalam tempoh dua tahun akan memastikan kaum bumiputera khasnya Kadazandusun dan Murut (KDM) di luar bandar yang memohon Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) akan diluluskan dan diberikan geran NT.
"Kerajaan Sabah tidak perlu meminta kerajaan pusat membantu kerana kami boleh mentadbir dan membaiki pendapatan ekonomi Sabah termasuk royalti minyak," katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Batu 1, di sini, Selasa lepas.
Turut hadir ialah Pengerusi CLC Bingkor merangkap Pengerusi Penganjur, Richard Lee Puan Hiam, Naib Presiden SAPP merangkap Pengerusi Zon Pedalaman dan CLC Liawan Datuk Frankie Chong Yu Chee, Naib Presiden SAPP merangkap Bendahari Agung SAPP Duli @ Dullie Bin Marie, Timbalan presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Inanam Datuk Eric Enchin Majimbun dan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Induk SAPP Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan juga pemimpin-pemimpin SAPP pedalaman.
Sementara iru, pada majlis berasingan di TENOM, Yong menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi manfaat dan terpesong kepada tujuan asal FMU.
"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri, kita mengkaji kesesuaian tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan di bawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan ltu.
"Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat," katanya di majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi di perkarangan Hotel Perkasa, di sini, malam Selasa lepas.
Bekas Ketua Menteri itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau geran komunal kepada rakyat di mana ianya merugikan rakyat.
"Mereka diberi geran panjang... letakkan nama-nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat... sekadar menjadi penonton," tegasnya.
Sementara itu, berhubung persiapan menghadapi PRU-I3 Yong berkara, rakyat perlu diperjelaskan hala tuju SAPP.
Beliau menggesa jentera pilihan raya di setiap bahagian dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila-bila masa.
Katanya lagi, beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan lebih bersedia menghadapi pilihan raya kelak, sambil menambah, tidak ada keperluan bergabung tenaga dengan parti-parti pembangkang luar Sabah untuk menumbangkan BN.
Pada majlis itu, beliau turut menerima kemasukan ahli baru seramai 80 orang yang diketuai oleh Dzulkifli Gunsika.
Harian Ekspres
Khamis, 23 Februari 2012
M/s 7
Nampaknya SAPP sangat yakin boleh bertanding 40 kerusi di Sabah, tidak tahulah sama ada betul-betul boleh berjaya ataupun tidak.
ReplyDeleteGood luck lah SAPP..
Deleteterserah kepada Sapp mahu bertanding berapa bayk kerusi pun yang mereka mahu.
DeleteBiarlah rakyat sendiri sahaja yang menjadi penentu, bila PRU-13 kita akan undi dan lihat.
ReplyDeleterakyat yang akan menentukan pilihan mereka sendiri nanti.
Deletebyk juga kerusi yang akan dipertanding oleh SAPP, sebab inilah SAPP tidak dpt bekerjasama dgn parti lain.
ReplyDeletemacam mana dia mahu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.. YTL mahu jadi KM, Jeffrey pun mahu jadi KM.. Pakatan pun mahu pemimpin dikalangan mereka jadi KM Sabah..
DeleteMasing2 mau tunjuk hero. Parti pembangkang memang pentingkan diri sendiri.
Deletemungkin juga sapp tidak akan bekerjasama dengan parti lain.
Deletetapi kita tgklah. adakah rakyat Sabah akan menyokong SAPP.
ReplyDeleteBoleh tahu juga tu semasa PRU13.
DeletePRU13 akan menentukan segala2 nya nanti.
DeleteI don't think SAPP is worth considering.
ReplyDeleteespecially after they did many destructive thing to this state in only 2 years..
Deleterakyat sabah tidak akan mempercayai SAPP lagi, dengan sejarah mereka yang tidak baik pada masa lalu.
DeleteIni adalah satu pertarungan yang sengit.
ReplyDeleteParti pembangkang yang lain tidak mungkin hanya duduk diam dan tengok saja.
ReplyDeletetunggu dan lihat apa pula pendirian parti-parti pembangkang yang lain.
Deletenampak macam terdesak pula SAPP ni sampaikan kononnya tidak perlukan bantuan kerajaan pusat dalam membangunkan ekonomi Sabah termasuk royalti.. cuba SAPP jelaskan bagaimana mereka dapat mentadbir negeri ini tanpa perlu merujuk kepada kerajaan pusat??
ReplyDeleteapa jadi dengan Sabah ketika SAPP memerintah negeri ini selama 2 tahun?? membangun sangat ka ekonomi Sabah?? berubah kah royalti minyak Sabah??
ReplyDeletetiada perubahan langssung selama SAPP memerintah Sabah, janji yang di beri hanya janji kosong sahaja.Lupakan sahaja untuk menjadi pemimpin sabah.
DeleteKalau YTL suarakan masalah pti soal royalti minyak, ncr , pembangunan dan ekonomi sabah semasa dia KM sabah dulu ini lebih berharga.
ReplyDeleteHe's not fit to be a cm anymore.
Delete40 Kerusi saja. Kenapa tidak bertanding di semua kerusi yang terdapat di Sabah.
ReplyDeleteserahkanlah kepada rakyat untuk memilih parti mana yang mereka suka.
ReplyDeleteThe defeat in Batu Sapi can be a clear reminder. Don't be too confident.
ReplyDelete