Thursday, 23 February 2012

SAPP tanding 40 kerusi untuk dapatkan mandat rakyat

Uhim Wong dan Mail Matthew

KENINGAU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu akan bertanding sebanyak 40 kerusi di seluruh Negeri.

Katanya, rakyat harus memberikan mandat kepada parti tempatan itu membentuk kerajaan baru.

"SAPP dalam tempoh dua tahun akan memastikan kaum bumiputera khasnya Kadazandusun dan Murut (KDM) di luar bandar yang memohon Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) akan diluluskan dan diberikan geran NT.

"Kerajaan Sabah tidak perlu meminta kerajaan pusat membantu kerana kami boleh mentadbir dan membaiki pendapatan ekonomi Sabah termasuk royalti minyak," katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Batu  1, di sini, Selasa lepas.

Turut hadir ialah Pengerusi CLC Bingkor merangkap Pengerusi Penganjur, Richard Lee Puan Hiam, Naib Presiden SAPP merangkap Pengerusi Zon Pedalaman dan CLC Liawan Datuk Frankie Chong Yu Chee, Naib Presiden SAPP merangkap Bendahari Agung SAPP Duli @ Dullie Bin Marie, Timbalan presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Inanam Datuk Eric Enchin Majimbun dan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Induk SAPP Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan juga pemimpin-pemimpin SAPP pedalaman.


Sementara iru, pada majlis berasingan di TENOM, Yong menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi manfaat dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri, kita mengkaji kesesuaian tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan di bawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan ltu.

"Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat," katanya di majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi di perkarangan Hotel Perkasa, di sini, malam Selasa lepas.

Bekas Ketua Menteri itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau geran komunal kepada rakyat di mana ianya merugikan rakyat.

"Mereka diberi geran panjang... letakkan nama-nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat... sekadar menjadi penonton," tegasnya.

Sementara itu, berhubung persiapan menghadapi PRU-I3 Yong berkara, rakyat perlu diperjelaskan hala tuju SAPP.

Beliau menggesa jentera pilihan raya di setiap bahagian dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila-bila masa.

Katanya lagi, beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan lebih bersedia menghadapi pilihan raya kelak, sambil menambah, tidak ada keperluan bergabung tenaga dengan parti-parti pembangkang luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Pada majlis itu, beliau turut menerima kemasukan ahli baru seramai 80 orang yang diketuai oleh Dzulkifli Gunsika.

Harian Ekspres
Khamis, 23 Februari 2012
M/s 7

26 comments:

  1. Nampaknya SAPP sangat yakin boleh bertanding 40 kerusi di Sabah, tidak tahulah sama ada betul-betul boleh berjaya ataupun tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck lah SAPP..

      Delete
    2. terserah kepada Sapp mahu bertanding berapa bayk kerusi pun yang mereka mahu.

      Delete
  2. Biarlah rakyat sendiri sahaja yang menjadi penentu, bila PRU-13 kita akan undi dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat yang akan menentukan pilihan mereka sendiri nanti.

      Delete
  3. byk juga kerusi yang akan dipertanding oleh SAPP, sebab inilah SAPP tidak dpt bekerjasama dgn parti lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana dia mahu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.. YTL mahu jadi KM, Jeffrey pun mahu jadi KM.. Pakatan pun mahu pemimpin dikalangan mereka jadi KM Sabah..

      Delete
    2. Masing2 mau tunjuk hero. Parti pembangkang memang pentingkan diri sendiri.

      Delete
    3. mungkin juga sapp tidak akan bekerjasama dengan parti lain.

      Delete
  4. tapi kita tgklah. adakah rakyat Sabah akan menyokong SAPP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu juga tu semasa PRU13.

      Delete
    2. PRU13 akan menentukan segala2 nya nanti.

      Delete
  5. I don't think SAPP is worth considering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. especially after they did many destructive thing to this state in only 2 years..

      Delete
    2. rakyat sabah tidak akan mempercayai SAPP lagi, dengan sejarah mereka yang tidak baik pada masa lalu.

      Delete
  6. Ini adalah satu pertarungan yang sengit.

    ReplyDelete
  7. Parti pembangkang yang lain tidak mungkin hanya duduk diam dan tengok saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu dan lihat apa pula pendirian parti-parti pembangkang yang lain.

      Delete
  8. nampak macam terdesak pula SAPP ni sampaikan kononnya tidak perlukan bantuan kerajaan pusat dalam membangunkan ekonomi Sabah termasuk royalti.. cuba SAPP jelaskan bagaimana mereka dapat mentadbir negeri ini tanpa perlu merujuk kepada kerajaan pusat??

    ReplyDelete
  9. apa jadi dengan Sabah ketika SAPP memerintah negeri ini selama 2 tahun?? membangun sangat ka ekonomi Sabah?? berubah kah royalti minyak Sabah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada perubahan langssung selama SAPP memerintah Sabah, janji yang di beri hanya janji kosong sahaja.Lupakan sahaja untuk menjadi pemimpin sabah.

      Delete
  10. Kalau YTL suarakan masalah pti soal royalti minyak, ncr , pembangunan dan ekonomi sabah semasa dia KM sabah dulu ini lebih berharga.

    ReplyDelete
  11. 40 Kerusi saja. Kenapa tidak bertanding di semua kerusi yang terdapat di Sabah.

    ReplyDelete
  12. serahkanlah kepada rakyat untuk memilih parti mana yang mereka suka.

    ReplyDelete
  13. The defeat in Batu Sapi can be a clear reminder. Don't be too confident.

    ReplyDelete