Monday, 27 February 2012

SAPP akan berjuang sendiri

Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kewangan Sabah, Datuk HJ Mohd Noor Mansoor berkata Parti Maju Sabah (SAPP) mungkin mengharungi sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan agar ahli parti itu bersedia dan terus berjuang menyakinkan rakyat negeri ini bahawa SAPP sudah sedia mentadbir negeri ini dengan lebih baik jika dberi kepercayaan.

Katanya SAPP telah melawat hampir seluruh pelusuk daerah dan beliau mendapati penerimaan serta sokongan rakyat terhadap parti itu semakin kukuh.

“Di Tenom saya telah beritahu bahawa Sabah kini berada di persimpangan jalan dan tidak tahu ke mana hendak dituju tetapi SAPP tahu kerana parti ini telahpun menetapkan hala tujunya,” katanya semasa lawatan SAPP peringkat parlimen Sepanggar di Inanam dekat sini dua hari lalu.

Beliau yang juga salah seorang penasihat SAPP berkata, Sabah seharusnya ditadbir oleh kerajaan dari parti politik tempatan dan bukannya parti politik dari Semenanjung.

Dasar SAPP sangat jelas bahawa kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang tetapi nampaknya kita tidak bolen percaya lagi.

"Kira perlu tolak parti dari Semenanjung. Mereka tiada tempat di sini. Sabah adalah hak kita" katanya.

Mohd Noor mendedahkan bahawa ada juga orang yang bertanya kepadanya bagaimana jika Upko keluar BN dan bekerjasama dengan SAPP.
 
“Jawapan saya adalah jangan peduli apa orang lain kata atau buat. Kita tumpu sahaja kepada perjuangan kita. Bila sampai masanya kita akan buka pintu kita," katanya.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula tampil dengan nada yang lebih kuat terutamanya mengenai Sabah yang kini katanya dilanda krisis serius berhubung Hak Tanah Adat Negeri (NCR) dan Suruhanjaya Siasatan (RCI) untuk mengkaji tentang masalah pendatang tanpa izin.

Menurutnya, sikap berdolak-dalik kerajaan pusat mengenai RCI dan sikap melengah-lengahkan kerajaan negeri terhadap isu tanah NCR menimbulkan persoalan yang menghantui rakyat negeri ini.

Yong berkata kedua-dua isu itu boleh diselesaikan dan SAPP mampu melakukannya jika diberi mandat menerajui kerajaan negeri.

Katanya, SAPP mempunyai  Dasar Reformasi Tanah Sabah yang antara kandungannya boleh menyelesaikan isu tanah NCR termasuk mengembalilan kuasa mutlak dan berkekalan tanah pusaka anak negeri kepada anak negeri.

"Jika menjadi kerajaan, SAPP juga akan mengeluarkan kad pengenalan khas iaitu IC Sabah untuk rakyat negeri ini saja.

"Kalau ada IC Sabah, tiada RCI pun tidak apa. Kita tidak tahu sama ada mereka mahu buat (RCI) atau tidak," katanya.

Menurutnya, IC Sabah akan membezakan rakyat Sabah dan labuan dengan orang asing sekaligus menangani masalah pendatang tanpa izin dan rakyat asing yang memiliki MyKad dengan cara meragukan.

Beliau berkata, SAPP juga telah merangka Pelan Ekonomi Sabah bagi mengeluarkan negeri ini dari status termiskin di Malaysia.

Sementara, Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun berkata sudah sampai masanya untuk menukar kerajaan.

"Negeri ini dilanda pelbagai masalah tetapi tidak dipedulikan. Kalau tidak dipedulikan, tiada tindakan maka kitalah yang harus bertindak. Sebab itulah SAPP keluar dari BN. Kita mahu kembalikan hak Sabah. Ini boleh dilakukan dengan menukar kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Utusan Borneo
Isnin, 27 Februari 2012
M/s A2

14 comments:

  1. They left BN, Then PR, now they are going solo.
    Why am i not surprise?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This shows that SAPP cannot work together with people when there is no benefit for them. I'm interested to see how SAPP will fare during the next GE, alone.

      Delete
  2. As for the RCI, hopefully after the term of reference has been finalized hopefully the Najib administration will make the announcement

    ReplyDelete
  3. SAPP mmg tidak boleh bekerjasama dgn parti lain. SAPP suka makan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia bekerjasama dengan parti lain, tidak ada chance pemimpin2 sapp dapat jawatan kabinet negeri.. dan YTL juga kemungkinan tidak berpeluang mendapatkan jawatan KM Sabah..

      Delete
  4. bila merancang untuk bekerjasama mesti ada parti pembangkang lain yang nampak menentang dan tidak sehaluan dengan SAPP. memang wajarlah mereka berjuang sendirian. lebih mudah untuk membuat persediaan dan merancang strategik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab parti2 pembangkang yang lain pun tidak mempercayai presiden sapp.. kalau parti2 pembangkang yang lain pun tidak menyokong perjuangkan sapp, jangan harap sapp boleh dapat sokongan rakyat sabah..

      Delete
  5. "Jika menjadi kerajaan, SAPP juga akan mengeluarkan kad pengenalan khas iaitu IC Sabah untuk rakyat negeri ini saja."

    mampukah SAPP realisasikannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cakap saja.. cuba sapp jelaskan bagimana mereka boleh keluarkan IC khas untuk penduduk Sabah.. melalui JPN?? JPN dikawal oleh persekutuan.. kucar kacir la pentadbiran negeri ini jika sapp melakukan pembaharuan mengikut suka hati pemimpin2 mereka..

      Delete
  6. pergh, macam sapp saja yang ada hala tuju.. parti2 lain pun ada hala tuju juga ba.. don't underestimate your opponent..

    ReplyDelete
  7. sapp patut nilai kekalahan mereka di batu sapi.. punca kekalahan itu ialah, tidak ada kerjasama dan kesepakatan antara parti2 pembangkang di negeri ini..

    ReplyDelete
  8. In that case SAPP should not pretend to want to work together with Pakatan Rakyat, there is no need for any more discussion with them for seats. We will see a four cornered fight during the next general elections.

    ReplyDelete
  9. Berjuang sendiri? Benarkah apa yang SAPP katakan ini. Macam tidak boleh dipercaya pula. Mana SAPP mampu menewaskan parti pembangkang yang lain.

    ReplyDelete
  10. All the best. Let see how far SAPP can go.

    ReplyDelete