Wednesday, 1 February 2012

Sambutan Tahun Baru Cina Foh Sang jalin keharmonian

Mary Chin

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Perhubungan Pusat Parti Maju Sabah SAPP) Luyang sudah membuat segala persiapan untuk mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina Foh Sang di kawasan lapang rumah kedai di sana Sabtu ini (4 Februari).


Pengerusi penganjurnya Yong Yit Yung berkata, majlis akan bermula pukul 6.30 petang, dan Program menarik telah disusun sempena acara tersebut.

Katanya, pasti itu sentiasa memperingati tradisi perayaan sejak penubuhannya pada 1994.

"Malah selepas SAPP keluar daripada Barisan Nasional (BN), kami terus merayakan Tahun Baharu Cina, dalam bentuk berbilang kaum.

"Kami percaya acara seperti ini boleh menjalin keharmonian pelbagai kaum," beliau memberitahu satu sidang media, Isnin lalu.

Yong, salah seorang anak kembar bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee itu berkata, antara lain orang ramai akan diraikan dengan kumpulan tarian singa dan penari-penari kebudayaan.

"Kami juga mempromosi bakat- bakat tempatan seperti Yu Tian Long yang dikenali sebagai Raja Lagu-lagu Hakka, yang akan menghiburkan hadirin.

Yu, 35, yang juga seorang komposer pernah memenangi beberapa anugerah antaranya daripada Top Ten World Hakka Pop Music (Meizhou, China, 2011); PWH Malaysian Music Award (2010); dan Independent Music Production Award (KL, 2010).

Sambil berkata yang kawasan itu akan ditutup kepada lalu lintas mula pukul 3 petang, beliau berkata jawatankuasa Penganjur meminta maaf atas sebarang kesukaran timbul.

Adun Luyang Melanie Chia Chui Ket yang turut hadir berkata, walaupun SAPP telah tiga tahun meninggalkan Kerajaan namun ia sentiasa mengambil dayausaha  menghiasi kawasan Taman Foh Sang untuk menceriakan suasana.

“Kami melakukan setiap tahun sejak 1994. Ekonomi mungkin tidak begitu baik tetapi Tahun Baharu Cina merupakan masa kita mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi.

“Jadi kami mahu mewujudkan suasana menggembirakan untuk masyarakat menikmati suasana perayaan lebih-lebih lagi bagi mereka di pekan satelit Foh Sang," katanya. 

Harian Ekspres
Rabu, 1 Febuari 2012
M/s 7

No comments:

Post a Comment