Tuesday, 14 February 2012

QEH1 alami gangguan bekalan eletrik terbesar

KOTA KINABALU: Sementara itu, Parti Maju Sabah (SAPP) pada Isnin berkata, Perdana Menteri harus menggantikan Menteri Kesihatan dengan seseorang yang lebih berkebolehan.

Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata demikian berikutan gangguan tenaga yang berlaku di hospital itu.


Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus melihat sendiri masalah penjagaan kesihatan awam ini yang telah menjejaskan penduduk di Sabah.

"Keadaan penjagaan kesihatan di Sabah telah sampai ke peringkat kritikal dan tidak ada gunanya lagi untuk merayu atau mengherdik Menteri Kesihatan kita yang tidak cekap itu.

"lni masanya untuk Perdana Menteri kita melihat sendiri perkara itu," Katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mencadangkan supaya Najib meluangkan masa semasa melawat Sabah minggu ini, untuk menjalankan pemeriksaan terhadap keadaan penjagaan kesihatan di Sabah.

Ekoran itu, katanya, Najib haruslah segera mengenal pasti langkah-langkah berkesan untuk menyelesaikan masalah yang mendesak itu.

Chong, yang juga pengerusi CLC SAPP Kepayan berkata, sesiapa juga yang diamanahkan menjaga perkhidmatan penjagaan kesihatan di Negeri ini haruslah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gangguan tenaga di HQE1 pada Ahad itu.

Beliau mendakwa menerima aduan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga pesakit dan kakitangan perubatan mengenai keadaan cemas di hospital itu pada Ahad, di mana beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke HQEII dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Katanya, generator sokongan hospital itu tidak dapat menampung keadaan itu.

Menurut beliau, Unit Penjagaan Rapi (lCU) berhenti menerima pesakit sekitar 9 malam.

"Dan memburukkan lagi keadaan, banyak pelet darah terpaksa dibuang pada lewat malam, satu pembaziran besar kepada usaha penderma darah yang telah menderma darah mereka kepada Tabung Darah," dakwa beliau.

Sambil menyatakan yang kejadian itu jelas menunjukkan ketidakcekapan dan sikap tidak ambil peduli kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap penderitaan rakyat Sabah, Chong menekankan, kerajaan Negeri juga harus menjalankan siasatan bebas terhadap kejadian itu dan buat,laporan penuh mengenainya.

Harian Ekspres
Selasa, 14 Febuari 2012
M/s 1

No comments:

Post a Comment