KOTA KINABALU: MP Tawau Datuk Chua Soon Bui menyifatkan pengisytiharan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Sabah sekarang ini sudah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia, sebagai satu cubaan terdesak untuk menutupi realiti menyedihkan dan memalukan yang dialami penduduk Sabah.
Beliau menambah, ia juga satu 'penghinaan berganda' kepada penduduk Sabah, yang telah bertukar daripada kaya kepada miskin, walaupun dikurniakan dengan kekayaan sumber alam.
Dalam satu kenyataan di sini Selasa, beliau berkata, kemiskinan tidak seharusnya diukur berdasarkan purata pendapatan per kapita seperti apa yang dinyatakan Perdana Menteri.
"Ini lebih-lebih lagi apabila jurang antara yang kaya dan miskin di Sabah sudah menjadi semakin meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
Sambil menyatakan yang pengukuran seperti itu sebagai mengelirukan, beliau meminta Jabatan Perdana Menteri memberi gambaran sebenar rentang Pendapatan Garis Kemiskinan di Sabah, berbanding negeri-negeri lain.
Beliau menegaskan, dengan kos hidup dan harga makanan yang semakin tinggi, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Sabah iaitu RM1,048 (PGK bagi Sarawak ialah RM912, bagi Semenanjung, Malaysia RM763) harus dikaji semula, sambil menambah, pada puratanya:penduduk di Sabah telah berhempas pulas untuk menyara hidup, hampir setiap hari.
Chua yang juga naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, memandangkan kerajaan telah menjalankan kajian melalui pendaftaran BR1M, maka tentunya tidak ada masalah bagi kerajaan untuk mengumpul statistik mencukupi untuk mendedahkan gambaran sebenarnya.
Dengan laporan 400,000 kes BR1M diluluskan di Sabah, dianggarkan daripada jumlah isi rumah 621,500 orang (laporan 2009), 64 peratus berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan kira-kira 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 (laporan 2010) iaitu di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan, katanya.
"Dengan itu, adalah satu keajaiban sekiranya Sabah yang disebut sebagai negeri termiskin seperti yang dilaporkan dalam laporan Bank Dunia (2009) tiba-tiba sahaja mendapati ramai keluarga miskin telah hilang. Adalah tidak adil untuk memberi gambaran yang indah-indah untuk menutupi realiti penderitaan yang dialami keluarga miskin," katanya.
"Adakah kita perlukan satu lagi laporan Bank Dunia untuk mengesahakan perkara ini?" tanya beliau.
Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan menangani perkara itu secara muktamad dan memperhebatkan program membasmi kemiskinan, dan bukannya memberi gambaran indah untuk mengelirukan seluruh negara, khususnya penduduk di Sabah, untuk memikirkan yang keadaan telah bertambah baik sedangkan sebenarnya ia bertambah buruk.
Sambil mengakui kenyataan Perdana Menteri bahawa Sabah mempunyai potensi besar untuk maju ke hadapan dengan kekayaan sumber aslinya, Chua bagaimanapun kesal kerana segala kekayaan itu tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk Sabah, seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Saah (SOGCA) baru-baru ini bahawa kontrak-kontrak utama dalam industri minyak dan gas Sabah tidak diberi kepada syarikat-syarikat Sabah.
Beliau secara khususnya kesal sebahagian besar daripada kekayaan Sabah dirampas oleh kerajaan Persekutuan, sebahagian besarnya melalui dasar yang tidak adil seperti hanya lima peratus royalti minyak dan Dasar Kabotaj yang berat sebelah yaug merupakan penyumbang utama kepada kos hidup yang tinggi di Sabah.
Harian Ekspres
Khamis, 23 Februari 2012
M/s 6
Ini Najis samada bodoh ataupun bebal ataupun kedua duanya.Hasil minyak dan gas semua mereka sapu tapi Sabah masih juga TERMISKIN,....
ReplyDeleteKerajaan perlulah melaksanakan polisi gaji minima dalam negara.
ReplyDeleteHarap boleh melihat Sabah keluar dari kemiskinan dan menjadi negeri yang terkaya di Malaysia.
ReplyDeletedilhat kadar kemiskinan di Sabah berjaya dikurangkan dan byk projek2 pembangunan dilaksanakan di Sabah.
ReplyDeleteJangan tu PATI yang semakin senang tapi orang tempatan makin susah.
Deletekemiskinan di Sabah memang semakin berkiurangan, cuma masalah pATI sahaja yang tidak pandai selesai.
Deleteusaha berterusan perlu dibuat agar Sabah menjadi lebih maju.
DeleteSabah pasti akan terus membangun dan dpt menjadi negeri yang kaya.
ReplyDeleteSeharusnya Parti pembangkang memberi pendapat untuk memajukan ekomnomi sabah, bukan hanya tau mengkritik sahaja.
Deletedengan sumber yang banyak di Sabah pasti negeri ini berpotensi untuk jadi lebih membangun.
DeleteUsaha kerajaan harus berterusan untuk memajukan Sabah.
ReplyDeletekalaupun Datuk Chua tidak bersetuju dengan kenyataan PM, sekurang2nya beliau bagilah cadangan bagaimana mahu menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini SEKELIP-MATA..
ReplyDeleteDatuk Chua hanya tau mengkritik, lebih baik bagi cadangan daripada bercakap kosong sahaja.
Deletelagilah terdesak jika hanya tahu mengkritik tetapi dipihak dia juga tidak ada apa2 cadangan yang brilliant untuk menyelesaikan masalah ini.. jika SAPP benar2 pakar dalam ekonomi, kerugian SAS tidak akan berlaku..
ReplyDeleteOk la ba tu Sabah bukan lagi negeri termiskin, patut bersyukurlah ini banyak cakap lagi.
ReplyDeleteMungkin apa yang dikatakan Datuk Najib itu untuk pembangunan yang dilakukan akan datang. Kemiskinan itu pasti akan dapat diatasi jika Kerajaan bersungguh-sungguh ingin melaksanakan usaha ini.
ReplyDeletediharapkan ekonomi Sabah akan terus berkembang dan rakyat negeri ini juga menjadi lebih maju.
ReplyDeleteNot the poorest doesn't mean zero poverty.
ReplyDelete