TAWAU: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui meminta Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meminta maaf kepada masyarakat kaum cina negara ini atas tindakannya yang dilihat mempersenda tradisi kaum itu.
Menurut Chua, tindakan Ibrahim yang menggunakan warna putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa baru-baru ini dilihat sebagai tindakan yang kurang wajar."Pemilihan warna putih semasa majlis sambutan itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana kanak-kanak pun mengetahui bahawa simbol perayaan Tahun Baru Cina adalah warna merah," ujarnya,
Katanya, selaku pemimpin yang telah lama berkhidmat adalah tidak dapat dipercayai bahawa beliau tidak mengetahui serba sedikit tentang tradisi kaum cina di negara ini.
"Negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan bagaimana dia boleh untuk tidak menghiraukan budaya dan bangsa cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini.
"Saya sedih apabila warga tua yang datang ke majlis itu diberikan sampul berwarna putih sedangkan putih lambang kepada kematian," katanya kepada media di sini.
Jelasnya, hal ini menunjukkan walaupun sudah 54 tahun negara merdeka namun perjalanan proses integrasi kaum masih jauh.
"Jadi bagaimana kerajaan boleh mencapai 1Malaysia, jika perkara seperti itu pun tidak difahami," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan patut belajar daripada negeri ini dimana masyarakat sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana wujudnya persefahaman antara kaum yang sentiasa dapat dipelihara.
Harian Ekspres
Khamis, 2 Febuari 2012
M/s 6
想不到這樣老了,一點知識都沒有..
ReplyDelete悲哀,悲哀,真悲哀..