Efa Rizan
LAHAD DATU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengulangi ramalannya bahawa pilihan raya umum akan diadakan sekitar Jun atau Julai tahun ini.
Ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Ketua CLC SAPP Lahad Datu, Wong Yu Chin, beliau berkata, sejurus selepas tamat Tahun Baharu Cina, SAPP akan mula bergerak untuk menghadapi pilihan raya dan parti itu akan berbincang dengan parti-parti pembangkang yang lain untuk mengatur strategi bagi memenangi pilihan raya itu.
"SAPP berhasrat untuk bertanding di 40 kerusi dewan undangan negeri di seluruh negeri pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sementara itu, Yong berkata, SAPP juga mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Lahad Datu ekoran sokongan yang semakin bertambah daripada penduduk dan persiapan jentera SAPP.
Turut hadir ialah Ketua CLC SAPP Lahad Datuk Wong Yu Chin, pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Pilihan Raya (CLC) Tungku yang juga pengeriusi Zon Silam, Shuaib Mutalib serta para pemimpin lain.
Harian Ekspres
Selasa, 31 Januari 2012
M/s 1
No comments:
Post a Comment