Wednesday, 4 January 2012

SAPP mahu pemimpin persekutuan nyata pendirian mengenai RCI

BEAUFORT: Parti Maju Sabah (SAPP) mahu tahu pendirian para pemimpin Persekutuan mengenai gesaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI; untuk mengetahui sehingga ke punca pengeluaran KP kepada pendatang tanpa izin.

Ahli Jawatankuasa Zon Selatan SAPP, Jamain Sarudin berkata, ini kerana semua parti politik telah menyatakan pendirian mereka mengenai perkara itu tetapi pemimpin di peringkat Persekutuan terus membisu.

Beliau juga bertanya sama ada pengerusi Pekida Sabah, Datu Akjan Ali Muhammad bekerja sebagai ejen Kuala Lumpur apabila membantah penubuhan RCI itu.

"Kenapa Akjan membuat kenyataan itu dan bukannya seorang pemimpin BN atau Menteri Persekutuan? Siapalah Akjan untuk memberi nasihat kepada penduduk Sabah sedangkan latar belakang dan kewarganegaraannya diragui oleh ramai," katanya dalarn satu kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata, penduduk Sabah berhak untuk menuntut penubuhan RCI itu dan jika kerajaan Persekutuan enggan mendengar suara rakyat maka adalah dipercayai yang mereka akan menerima tindak balasnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Harian Ekspres
Rabu, 4 Januari 2012
M/s 2

No comments:

Post a Comment