Wednesday, 18 January 2012

‘Sabah boleh jana hasil RM5b di bawah SAPP menjelang 2015’

Larry Ralon

KOTA KINABALU: Sabah mampu memperoleh hasil bernilai RM5 bilion menjelang 2015 cli bawah Pelan Ekonomi Parti Maju Sabah (SAPP), kata penasihatnya Datuk Haji Mohammad Noor Mansur.

Bekas Menteri Kewangan negeri itu berkata, ini boleh dicapai melalui penjanaan pendapatan daripada sumber hasil yang baharu termasuk pemantauan ketat royalti terhadap minyak dan gas, meningkatkan pengeluaran minyak, cukai tanah terhadap pemasangan paip Petronas, pelelongan awam tanah komersil bandar, membolehkan pengubahan tanah kelapa sawit menjadi tanah perindustrian serta menyemak semula royalti balak konsisten dengan harga pasara.

Memberi penjelasan, beliau berkata, pada 1980-an Sabah memperoleh hasil RM1 bilion dengan hasil negeri terus meningkat dengan kepelbagaian sumber hasil kepada RM2bil pada 1990-an dan RM3bil pada 2000-an dan RM4 bilion tahun lalu.

Katanya, tambahan RM1bil setahun harus dimasukkan ke dalam Tabung Warisan Sabah (sebuah tabung simpanan negeri yang ditubuhkan  pada 1997) di mana RM100 juta akan didepositkan dalam tabung itu; Majlis Minyak Sawit Sabah (RM100 juta);  pelaburan dalam pengeluaran makanan dan keselamatan ;serta mampu diri dalam beras (RM200 juta) latihan sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti majikan dan pekerja tempatan untuk mencapai gaji saraan - gaji minimum - dalam usahasama dengan kesatuan pekerja (RM100 juta); dan tabung disatukan (RM500 juta).

"Pelan ekonomi kita untuk Sabah mensasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada lima hingga 8 peratus, berbanding kadar inflasi dua peratus, berbanding KDNK sekarang 3.5 peratus dengan inflasi dua peratus. Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat diperlukan untuk memperluaskan kek ekonomi serta mengurangkan kemiskinan," katanya dalarn menjelaskan pelan tersebut di pelancarannya di hotel Ming Garden di sini, lsnin.
 
Turut termasuk dalam pelan itu ialah pemansuhan monopoli pasir dan besi skrap, menghidupkan semula dan memperkukuhkan pusat sehenti pelaburan untuk memastikan proses cekap dan mudah difahami serta mempercepatkan kelulusan permohonan pelaburan oleh pelabur tempatan/asing, pelaburan dan penambahbaikan pelabuhan laut dan pusat perdagangan tukar barang sedia ada di Tawau dan Sandakan serta pusat perdagangan tukar barang yang dicadangkan di Kudat, Semporna dan Lahad Datu, penanaman tebu yang dicadangkan di Kuala Penyu dan pengeluaran garam di Matunggong, menghidupkan semula Lembaga Padi Sabah dengan pelaburan besar dalam pengairan dan infrastruktur lain serta penanaman padi untuk menjadikan Sabah mampu diri dalam pengeluaran beras, serta mengambil semula SESB yang sekarang ini dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri Sabah."
 
"Hanya dengan dasar tenaga yang berdaya maju dan pemansuhan dasar kabotaj, pengindustrialisasian boleh maju di Sabah,” kata Mohammad Noor.

Pelan ekonomi itu dilancarkan presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang berkata, pelan itu dirangka berikutan respons orang ramai yang bertanya apa yang boleh dilakukan parti itu untuk Sabah sekiranya ia mengambil alih kerajaan Negeri.

Harian Ekspres
Rabu, 18 Januari 2012
M/s 3

No comments:

Post a Comment