Wednesday, 18 January 2012

Bincang dengan RBA: Yong

Larry Ralon
 
KOTA KINABALU: Datuk Yong Teck Lee berkata, Sabah Air Sdn Bhd (Sabah Air) tidak sesuai untuk memulakan syarikat penerbangan sepenuhnya, walaupun ia hanya untuk laluan domestik Sabah, tetapi ia adalah platform terbaik bagi negeri ini untuk berbincing dengan Royal Brunei Airlinei untuk menjalin kerjasama dalam penubuhan Borneo Airlines yang dicadangkan. 

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu yakin Sabah Air boleh berbincang bagi pihak, kerajaan Negeri dan Royal Brunei dan, bentuk kerjasama dengannya untuk memulakan Borneo Airlines, dan Royal Brunei tentu bersetuju dengannya.

''Jadi jika Penerbangan Malaysia (MAS) terus tidak dapat memenuhi keperluan Sabah, dan AirAsia sekarang ini bukan lagi penerbangan tambang murah tetapi hanya menyediakan perkhidmatan murah, kerana kedua-duanya sekarang ini kapsit (bersama-sama melakukan penipuan) dengan memonopoli perkhidmatan udara di negara ini, kita perlu mewujudkan penerbangan Borneo, saya rasa yang paling sesuai untuk melakukannya adalah Royal Brunei Airlines dengan menggunakan Bandar Seri Begawan sebagai hab untuk Borneo,” beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan Pelan Ekonomi parti itu untuk Sabah di hotel Ming Garden di sini Isnin lepas.

Yong, seorang bekas Ketua Menteri, merujuk kepada isu penerbangan di Sabah sekarang ini berikutan rancangan rasionalisasi MAS, sambil berkata, sebelum ini apabila AirAsia mengambil alih laluan domestik MAS di Sabah dengan menggunakan Fax untuk ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, terlalu banyak masalah ketika itu, dan beliau sebenarnya pernah mencadangkan supaya kerajaan Negeri menimbang untuk mewujudkan satu bentuk penerbangan untuk Borneo.

Naib Presiden PKR Tian Chua nampaknya tidah mengungkit semula perkara itu sekarang dengan mencadangkan Borneo Airlines, seperti yang dilaporkan dalam media, katanya, sambil menambah; Royal Brunei mempunyai pelan itu sebelum ini di mana rnereka mahu penumpang yang pergi ke Sabah dan Sarawak singgah di Brunei, seperti yang berlaku sekarang.

“Jadi kita boleh jadikan Brunei sebagai hab untuk Borneo, di mana daripada terbang ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Kota Kinabalu, kita boleh terbang ke Brunei dan kemudian ke Kota Kinabalu dan sebaliknya... ini juga sebahagian daripada Kawasan pertumbuhan Asean Timur - Brunei, Indonesil, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

Harian Ekspres
Rabu, 18 Januari 2012
M/s 3

No comments:

Post a Comment