Wednesday, 11 January 2012

Mereka yang layak tercicir


SAYA merujuk kepada perlaksanaan Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kawasan parlimen Tungku oleh kerajaan BN.

Apa sudah jadi dengan slogan "Tiada siapa akan dikecualikan daripada aliran pembangunan" yang selalu dilaungkan oleh pemimpin BN? Saya berkata demikian kerana ramai yang layak tidak dibantu di bawah skim ini. Contohnya - Madalis Jala, 70, dari Kampung Nala yang dipinggirkan.

Ternyata mereka yang dibantu dipilih oleh parti kerajaan, dan bukannya melalui sistem.Jika semua 150 unit rumah di bawah skim ini diberikan kepada mereka yang layak sudah tentu tidak ada masalah yang timbul.

Malangnya, mereka pilih sesuka hati mereka. Inikah 1 Malaysia?

Dato Shuaib Dato Mutalib
Pengerusi CLCTungku

Harian Ekspres
Rabu, 11 Januari 2012
M/s 3

1 comment:

  1. Jika ini benar,saya merasakan bahawa konsep 1 Malaysia adalah tidak lebih daripada sekadar Window Dressing.Dalam UMNO BN tidak ada yang MUSTAHIL.Pintu depan tidak boleh masih ada Pintu Sisi,belakang dan atas/bawah.

    Bagi UMNO BN semua boleh.Perhatikan berapa banyak rumah PPRT yang diberi kepada MACAM ORANG PAKISTAN (Hidung Tinggi,cakap melayu tidak lulus) pun dapat rumah PPRT.Inikan SATU MALAYSIA?

    Bagi yang masih lagi tidak faham,coba cobalah faham.Kalau agak WAS WAS,coba Sembahyang Tahajud dan Sembangyang Hajat supaya jelas.

    Inalah UMNO BN yang Cakap Tidak Serupa Bikin.


    Gonzales
    Kota Belud

    ReplyDelete