Chris Maskilone
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai harus meletak jawatan seperti apa yang dilakukan Tan Sri Chong Kah Kiat apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan tertentu.
Menyatakan demikian, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chong Pit Fah bagaimanapun berkata, isu cakera satelit parabola telah mendedahkan Dr Yee sebagai seorang menteri yang tidak bertanggungjawab dan tidak cekap.
"Beliau gagal dalam tugasnya. Sebagai menteri ICT negeri, beliau tidak boleh buat apa-apa tetapi sekarang petisyen?," tanya beliau.
Chong berkata, Dr Yee sebaliknya harus tandatangani petisyen RCI dan menuntut Kertas Putih SAS untuk mendedahkan pesalah sebenamya, dan bukannya melindungi bosnya.
"Kami bukannya menentang cakera satelit parabola tetapi beliau tidak seharusnya melakukan perkara itu semata-mata untuk melindungi bos-bos Barisan Nasionalnya.
"Dr Yee harus berjuang untuk rakat di banyak kawasan luar bandar di mana tidak terdapat liputan siaran.
"Di sesetengah negara membangun di Asia, TV satelit yang menawarkan lebih 100 saluran hanya mengenakan bayaran serendah AS5 atau RM15.
"Tetapi di sini Astro dengan hanya 30 saluran berkos lebih RM100," beliau beritahu pemberita di sini Rabu.
Chong mendakwa, Dr Yee hanya bermain wayang kulit kerana pilihan raya sudah hampir tiba.
"Ini juga menunjukkan yang beliau hanya menyedari akan perkara itu selepas lapan tahun," Katanya.
Chong juga menggesa Dr Yee supaya menunjukkan "semangat" serupa dalam menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin, kewarganegaraan dan Projek IC.
"Kenapa beliau tidak membuat petisyen terhadap RCI? Adakah beliau hanya bermain wayang kulit," tanya beliau.
Harian Ekspres
Jumaat, 9 Desember 2011
M/s 4
Saya sokong petisyen terhadap cakera satelit parabola! Adalah hak rakyat untuk kebebasan mendapatkan maklumat.
ReplyDeleteHarap rakyat akan dibenarkan menggunakan satelit parabola ini supaya boleh mendapatkan lebih banyak saluran.
ReplyDeleteYee menjalankan tugas di bawah bidang kuasanya.
ReplyDeleteRasanya tidak perlu sampai letak jawatan, keadaan masih boleh diperbaiki.
ReplyDeleteJadi SAPP juga harus diam jika masalah berjaya selesai.
ReplyDeleteSAPP should just..shut up.
ReplyDeleteSaya hairan la, menteri tolong buat ini pun kena kritik.
ReplyDeletewho is SAPP to ask Dr. yee to resign..
ReplyDeleteWe are aware that the RCI matter is important but commonlah, other issue also matter too.
ReplyDeleteJust because the GE is coming, doesn't mean he main wayang kulit. Even before ge is announced to be held soon, dr.yee had always been der to help the people.
ReplyDeleteI don't think it should be that way.
ReplyDeleteSAPP yang patut diam.
ReplyDeleteTidak bersetuju dengan dasar2 kerajaan tidak bermakna menentang. Apa salahnya memberi cadangan untuk memperbaiki dasar2 yang sedia ada?
ReplyDeleteNonsense. If everything about PATI, then when can the other issues/problems to be solved?
ReplyDeletekalau tiada Astro dan parabola sekalipun rasanya ok juga bagi saya.
ReplyDeletesemoga kerajaan menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. isu cakera satelit parabola ni tak perlulah diperbesarkan.
ReplyDelete"Ini juga menunjukkan yang beliau hanya menyedari akan perkara itu selepas lapan tahun,"
ReplyDeletesama juga la macam sapp.. hanya menyedari perkara itu setelah ada pihak yang membangkitkannya.. kenapa tidak ketika sapp masih bersama2 dengan parti pemerintah??
jika petisyen YMC berjaya, pasti pemimpin2 SAPP juga akan beralih kepada parabola.. dan dalam masa yang sama, timbul lagi isu baru atau sekadar meremehkan tindakan penyelesaian itu..
ReplyDeletetakkan lah pasal parabola saja pun sudah menuduh Yee tidak bertanggungjawab? Yee buat tugas dia saja..apa yang SAPP mahu bising2?
ReplyDeletebiarlah dia buat petisyen...sudah jadi tanggungjawab Yee selaku menteri ICT negeri merangkap TKM..nanti kalau ok semua, SAPP mahu bising juga kah atau gembira?
ReplyDeletesaya lebih suka parabola daripada Astro yang mencekik darah pengguna...mungkin kerajaan patut campur tangan dan mengawal Astro daripada bertindak sewenang-wenangnya..sudahlah servis buruk, mahal pula tu bil Astro..
ReplyDeletetompinai gaman.
ReplyDeleteSAPP mahu femes saja bah tu...orang lain yang sibuk, dia pun mahu ikut sibuk juga...padahal tu kes YTL kena saman oleh si harris diorang tidak sibuk2..susah lo...
"Kenapa beliau tidak membuat petisyen terhadap RCI? Adakah beliau hanya bermain wayang kulit," tanya beliau.
ReplyDeletePBS sudah membuat tuntutan RCI melalui PSC..SAPP pun macam tu juga...jadi tidak patut si Chong cakap macam ni...macam si Chong mahu RCI itu dijadikan sebagai alat politik SAPP untuk pancing undi pada PRU akan datang..sepatutnya sama2 mahu sokong lah..kalau macam ni, sampai bila mahu berubah?
itu masing2 punya pilihan lah...si chong kah kiat pilih letak jawatan, dia punya pilihan...buat apa ikut orang lain punya cara..kalau dia makan tahi, takkan mahu ikut juga makan tahi? apalah SAPP..rasional dan profesional sikit lah...paling bagus, jangan banyak bising..biar si Yee buat kerja dia saja..nanti2 kita juga yang untung mah..
ReplyDeletesetidak-tidaknya biarlah Yee menyentuh pasal parabola ini, ada juga menteri yang ambil berat..
ReplyDeletebiarlah kerajaan negeri menyelesaikan pertikaian ini
ReplyDeletekebanyakkan rakyat Sabah pun sokong tindakan Yee ba..janganlah bising2
ReplyDeletesetidak-tidaknya kepentingan rakyat dapat ditegakkan
ReplyDeletemembenarkan kebebasan memasang piring satelit parabola tanpa tindakan undang2 di setiap rumah adalah lebih baik, sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan
ReplyDeleteTerpulang kepada Yee sama ada letak jawatan atau tidak.
ReplyDeleteMay be Parabola is an alternative channel that the people can enjoy.
ReplyDeleteGovernment should decide what is the best for the people.
ReplyDeleteGuess the people happy with Yee's work in Sabah.
ReplyDelete"Kami bukannya menentang cakera satelit parabola tetapi beliau tidak seharusnya melakukan perkara itu semata-mata untuk melindungi bos-bos Barisan Nasionalnya.
ReplyDeleteMay be Yee should proven himself to handle the issue before its grow big.
yang penting Yee menjalnkan tugas beliau dengan sebaiknya.
ReplyDeleteapa yang dilakukan oleh Yee sekarang ini disokong oleh kebanyakan rakyat..
ReplyDeleteAda juga komen positif dan negatif, yang penting tanggung jawab yang diberi harus dijalan dengan baik.
ReplyDeleteCakera satelit parabola adalah cadangan baik agar rakyat dapat menikmati program yang berbagai corak.
ReplyDeleteNo need to argue, just resolve the issue and close case.
ReplyDeleteWhy ask Yee to resign since he is doing quite well.
ReplyDeleteThis is not a serious issue, just resolve it peacefully. Im sure they can come out with better solution.
ReplyDeleteMeletak jawatan rasanya bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti apa yang YTL lakukan. Adakan YTL letak jawatan semua perkara selesai? TIdak..
ReplyDeleteDr Yee memperjuangankan apa yang perlu. Maka teruskan usaha beliau untuk menyuarakan apa yang penting untuk penduduk Sabah
ReplyDeleteSAPP tidak perlulah mahu mengajar Yee. Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan yang tidak. Meletak jawatan tidak akan memberikan apa-apa kepada beliau namun akan memberikan kerugian semata-mata.
ReplyDeleteTidak ada kuasa SAPP suruh Dr Yee letak jawatan. Biarlah Dr Yee dengan diri dan cara beliau. SAPP tidak perlulah campur tangan.
ReplyDeleteMengenai parabola rasanya satu tindakan yang tidak patut dibuat. Kalau astro dapat buat macam parabola tidak padalah juga. Tapi kalau lihat astro dengan parabola memang jauh perbezaan dari harga dan siaran yang diberikan. Parabola cuma perlu bayar pembelian dan tidak perlu ada bulanan lagi Tapi Astro sudah pembelian tambah lagi dengan bulanan yang mahal dan rancangan yang kurang rasanya tidak berbaloi langsung.
ReplyDeleteTidak wajar SAPP menyuruh Dr Yee meletak jawatan...beliau tau menjalankan tugas beliau..
ReplyDeleteDr Yee memahami apa kehendak rakyat..apa yg beliau suarakan semata2 untuk rakyat..patut biarkan rakyat yg buat pilihan..tidak bermakna beliau menentang kerajaan..
ReplyDeleteSAPP patut berdiam diri saja,jangan masuk campur..sibuk sahaja..
ReplyDeleteBukan sebab PRU13 mau dekat..tapi beliau hanya menjalankan tugas beliau..tu pun kena cakap jg...
ReplyDeleteDr Yee telah menjalankan tugas beliau dengan begitu baik..tidak perlulah menyuruh beliau meletak jawatan hanya di sebabkan isu kecil ini.
ReplyDelete